Warded Lagi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Gambar Hiasan

Nampaknya tahun ni awal-awal tahun lagi ade kucing AJ yang pecah rekod masuk wad......
Last aritu bulan 10...
Tup tup tadi sekor lagi kene tahan wad 5 hari wehhhh......
Sebabnya kucing AJ tak boleh kencing.......
Dulu penah jadi kat kucing lain sekali, tu yang AJ dan kakak alert tu pasal kucing tu.....
Yelah, kucing AJ si Montel tu pulak lasak...
Tetibe duduk diam je...
Lepas tu pegang sikit je dia marah....
Habis berdarah tangan AJ digigitnya.....
Alahai.... Kesian dia.....

Kalau ikutkan, semalam nak hantar pegi vet.....
Tapi memandangkan semalam Kitty's Cottage tutup, AJ tunda hari ni.....
Sebenarnya lagi lama tunggu lagi teruk..
Tapi AJ takde pilihan...
Nak pegi vet kat Jalan Gasing tu, dalam angan kurang-kurang kene ade RM 200.....
AJ belum gaji, kakak AJ pun belum gaji.....
Kat Gasing tu confirm-confirm caj dia RM 700++ punya.......
Hantar Kitty's Cottage tadi pun, anggaran kasar dia dalam RM 370++....
Takpelah, AJ pun dah nak gaji......
Terpaksalah korbankan duit gaji sikit untuk bil dia........

Semoga en Montel AJ tu cepat baik....
Okaylah...... Nanti AJ bagitau keadaan dia....
AJ baru nak gerak ke sana dari ofis ni.....

P/s : Rezeki dia gaji AJ tu.....

Baca Selanjutnya »

Event : Hipertensi : Pembunuh No 1


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



17 Januari 2014, Persatuan Hipertensi Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian bagi Persidangan Saintifik Tahunannya yang ke 11 di Hotel Shangri-La...
Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini dilancarkan oleh Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah.
Turut melancarkan majlis ialah Proffessor Datin Dr. Chia Yook Chin, Professor Dr. abdul Rashid Abdul Rahman dan Assoc. Proffesor Dr. Sazzli Kassim.
Seramai 8 orang panel antarabangsa dan lebih kurang 30 orang jurucakap mewakili 400 delegasi juga dikumpulkan di bawah 1 bumbung selama 3 hari ini...


Persidangan ini diadakan bagi membincangkan isu hipertensi yang menjadi pembunuh no. 1 tanpa kita sedari.
Hipertensi lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi dikatakan pembunuh senyap kerana tiada simptom-simptom yang menunjukkan kita mengalami gejala hipertensi.
AJ sendiri pun baru tau rupanya tekanan darah tinggi ni tak bagi apa-apa tanda!

Antara penyebab hipertensi ialah :
-Berat badan berlebihan
-Merokok
-Pengambilan makan tak sihat / masin
-Kurang bersenam
-Stress melampau
-Sejarah keluarga
Dll.

Hipertensi juga boleh menyebabkan munculnya beberapa komplikasi seperti serangan jantung, kegagalan hati, kerosakan buah pinggang dan juga strok.

Hipertensi boleh dikawal dengan menukar cara hidup seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan makanan kurang garam, berhenti merokok dan menjauhi alkohol juga pengambilan ubat-ubatan.
Selain itu kita juga disarankan memeriksa ujian darah setiap tahun..

Wahhhhhh... Banyak sebenarnya yang kita tak tau mengenai bahayanya hipertensi ni kan??
Disebabkan tu, kita jangan culas atau lepas pandang mengenai kesihatan ni....
Kadang, kita sendiri tak sedar kita ade penyakitkan?

Nak tau lebih lanjut mengenai hipertensi boleh hadiri forum awam yang akan diadakan pada 19 Januari ni ataupun pergi je ke mana-mana hospital berhampiran...

Antara blogger yang turut sama hadir..


Baca Selanjutnya »