Review : Kerex Studio dan Kerex Photography!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kali ni AJ nak review 1 lagi khidmat fotografi yang AJ tau hasil kerjanya memang menarik.....
Kerex Studio / Kerex Photography milik Abang Sam suami kepada Blogger Nadia Johari.....



 Sebelum AJ berceloteh lebih lagi kan, AJ nak throwback sikit antara gambar-gambar pertama AJ dari lensa Abang Sam few years back.. =D



Masa ni kan, event pertama AJ join blogger...
Sebelum tu duduk sembunyi je.... Hahhahahahah....

Lepas tu beberapa kali juga AJ jumpa Abang Sam dan Nadia kat event yang lain...
Dan paling latest masa Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari...
Abang Sam ade join sama, secara tak langsung dia jadi photographer tak rasmi event.....
Wahhhhh... Gigih tau dia naik flying fox jugak untuk dapatkan shot-shot menarik.....
Lepas tu siap ikut kami jungle trekking lagi untuk amik gambar tau....

Kerex Studio / Kerex Photography ade buat khidmat fotografi untuk macam-macam event jugak tau...
Bukan spesifik untuk majlis-majlis tertentu je....
Dari event korporat, majlis pertunangan, perkahwinan, cukur jambul, launch event semua ade....
Kalau nak buat personal photoshoot untuk comcard pun boleh kot... =D
Dari apa yang AJ perhatikan, hasil kerjanya sangat teliti dan kreatif...
Kalau korang nak dapatkan khidmat dia boleh hubungi Abang Sam sendiri....
Insyaallah korang pasti berpuas hati.....

Jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil masa Family Day aritu.....







Ni AJ cilok lagi sikit hasil kerja Abang Sam kat page dia dengan kebenaran tuan punya gambar okay...
Hehehehe...






 Panorama




Majlis perkahwinan dan selebriti event

Cantikkan???

Sebarang pertanyaan atau info lanjut boleh hubungi Abang Sam sendiri :

Tel : 011-15354445
Facebook : Kerex Art
Page FB : Kerex Studio & Kerex Photography
Instagram : @kerexphotography
Profile Folio Album : kerex.zenfolio.com
Terima kasih Abang Sam sudi abadikan kenangan kami semua....
Awesome!

 P/s : I am camera detector!
Hahahahhaha....

Baca Selanjutnya »

Movie Review : Pontianak Menangis


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Isnin lepas AJ berpeluang menonton preview filem Pontianak Menangis dengan geng #KelabBloggerBenAshaari.....



Filem Pontianak Menangis sebuah filem bergenre seram komedi merupakan filem terbitan sulong Heart N Soul Sdn Bhd telah diarahkan oleh Saudara Ismail Jejaka fdam yang lebih dikenali sebagai pemuzik penggesek gergaji dimana bakatnya telah dicungkil dari program “BAKAT” terbitan RTM pada tahun 1979.
Filem yang berdurasi 100 minit ini menelan belanja sebanyak RM800,000.00 dan telah menjalani penggambaran selama 35 hari di Batu Kurau, Taiping dan Kuala Terengganu...
Filem ini mula ditayangkan pada 1 Oktober 2015 diseluruh pawagam-pawagam di Malaysia dan Indonesia...

SINOPSIS Pontianak Menangis

Mengisahkan Kampung Selamat yang kerap diganggu oleh pontianak pada waktu malam dan sering berlakunya kecurian harta benda penduduknya...
Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat yang ketakutan telah berpakat untuk mencari jalan penyelesaian  di atas gangguan yang berlaku pada setiap hari...

Seorang pemuda bergelar Din Kelentong (Soya) telah memberi cadangan untuk memanggil seorang pakar pengusir pontianak yang kononnya dikenali dari Tanah Jawa iaitu Raja Paku.. Din Kelentong cakap, nenek dia yang cakap... =P
Di atas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk Kampung Selamat telah sepakat untuk bersetuju dengan cadangan Din Kelentong walhal Raja Paku tak penah wujud pun....
Disebabkan itu, dia telah berpakat dengan rakan karibnya Mat Yeh (Yassin) untuk menyamar sebagai Raja Paku.
Mat Yeh bersetuju dengan cadangan itu untuk mendapatkan habuan berupa karung bergerak dan penyamaran dipercayai oleh penduduk Kampung Selamat.

Penduduk Kampung Selamat mengharapkan Mat Yeh dapat mengusir pontianak tetapi Mat Yeh pula telah jatuh cinta pada pontianak bernama Azura semasa cubaannya memaku pontianak....
Perasaan Mat Yeh terhadap pontianak akhirnya membongkar segala yang berlaku di Kampung Selamat bukanlah angkara pontianak, tetapi angkara orang lain yang disegani oleh penduduk kampung....
Siapakah dalang yang berbuat onar dalam semua kejadian di Kampung Selamat ini dan mengapakan pontianak ini menangis???

Layan trailer kat bawah ni dulu... =D

Barisan Pelakon

1. Sally (Indonesia)
2. Bella (Indonesia)
3. Sayuti (Indonesia)
4. Soya
5. Yassin Senario
6. Wan Walla
7. Rahim Sepahtu
8. Hamdan Senario
9. Ilya Senario
10. Joey
11. Watie Elite
12. Sathia

Bagi AJ untuk filem sulung, Pontianak Menangis ni okaylah...
Banyak idea dan plot cerita yang cuba digarapkan dalam 1 kisah ni so ade sikit kekeliruan cerita kat situ...
Terdapat unsur seram, kelakar, sedih dan boleh diperbaiki untuk filem-filem yang akan datang....
Mengandungi beberapa mesej kehidupan masyarakat yang bersatu dan bekerjasama dalam membantu menyelesaikan masalah yang telah timbul...
Filem ini juga menggarapkan muzik terapi sebagai latarbelakang diiringi gesekan gergaji oleh Saudara Ismail Jejaka fdam

Kalau korang nak saksikan filem ini, jangan lupa okay 1 Oktober ini tayangannya....

P/s : Pontianak Menangis, AJ pun menangis!
Hahahhahaha..
Baca Selanjutnya »