Bintang Akademi Fantasia Musim 1 Bakal Kembali Menggegarkan Industri!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa masih ingat para peserta musim pertama?
Mei ni mereka akan buat showcase! So, jangan lepaskan peluang korang tau sebab Bintang Akademi Fantasia Musim 1 bakal kembali menggegarkan industri!
AJ ingat lagi sebab masa Akademi Fantasia tu start, AJ baru pasang Astro...
Rancangan tu pulak baru diperkenalkan, memang sakan AJ tengok tanpa miss setiap minggu okay.....

Antara moment yang masih AJ ingat, Atie peluk kaki Adi masa penyingkiran....
Khai dapat Nemo yang paling digeruni oleh Nija...
Gossip antara Vince dengan Liza....
Airmata Nana masa menyanyikan lagu I Will Survive ke Lagu Misha Omar entah.... Yang ni lupa pulak...
Dan banyak lagi moment setiap peserta antaranya Azza, Burn, Azizi, Rosma dan Sahri....
Perghhhh... Dasat AJ tau.. Semua nama AJ ingat....
Masa tu AJ memang gile sangat dengan AF1, sampaikan AJ follow beberapa event dengan diorang termasuk Chit Chat Azwan kat Seremban....
Masa ni AJ menang tiket masa diorang buat promo kat KLCC....
Hahahahhahaha.... Tahap fanatik dah! Tapi berbaloi, dapat stay dan ikut program tu...

Macam mana nak tengok #AF1Reunion ni?

Showcase ini akan diadakan pada 6 dan 7 Mei 2017 bertempat di Planet Comedy, Great Eastern Mall...
Masa showcase ni nanti 12 orang bintang kesayangan korang akan buat kemunculan eksklusif...
Lama dah tak tengok mereka bersatu atas pentas kan?
Agaknya kan, nanti Pak Nil ada tak? Hehehhehe... Tunggu....
Mana tau ade surprise... Kan kan kan....



Tiket boleh didapati dengan menghantar whatsapp kepada #SUCIARAFFLAWLESSFOUNDATION di : www.wasap.my/60189049167
 Jom pakat whatsapp ramai-ramai....
AJ harap AJ berkesempatan nak tengok showcase ni jugak.....
Jom korang!

Nah AJ belanja sikit gambar masa photoshoot #AF1Reunion tu buat pengubat rindu...
Vince takde masa ni, dia ade hal lain...
Nanti Vince akan buat photoshoot asing....


Pastu kan kan kannnnn...
Meh AJ payung sikit gambar dengan diorang mase dedulu.... Hahahhaa....







Semua adalah pemenang, bukan pengalah!

Hahahahhaaha... Sila jangan gelak!
Ada lagi sebanarnya... Tapi kene cari balik...

  P/s : Tazabaaarrrrrrrr!

Baca Selanjutnya »

I-Sihat (ellVita) Premium Berry - Sihat di Dalam, Cantik diluar!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Susu kambing merupakan susu yang banyak memberikan manfaat kepada tubuh badan kita. Selain tubuh badan, ianya juga sangat baik untuk kesihatan kulit. Tapiiiiii. Yang AJ tak tahannya susu kambing selalunya ada rasa hamis dan agak hanyir. Tu yang buat AJ tak mampu nak telan. Rase melekat hamis dia kat tekak!

Baru ni AJ ada cuba 1 produk berasaskan susu kambing I-Sihat Premium Berry untuk sihat di dalam, cantik diluar. Apa yang membuat AJ tertarik dengan produk ni? Ianya merupakan minuman kolagen dengan 15 bahan aktif semulajadi terbaik dan terpilih dari seluruh dunia. Perempuan, kalau dengar pasal cantik memang sukalah kan? AJ tak terkecuali! 😃😃😃

Nota : I-Sihat kini telah membuat penjenamaan semula dari I-Sihat kepada ellVita.




Mula-mula nak rasa tu AJ cuak jugaklah, takut tak mampu diterima tekak. Tapi Alhamdulillah I-Sihat (ellVita) Premium Berry, kena dengan tekak AJ. Selain rasa susu kambing yang tak hamis, Premium Berry ni ada rasa-rasa strawberry sikit. Sedap dan warnanya juga putih-putih pink je.

15 bahan aktif yang terdapat di dalam I-Sihat (ellVita) Premium Berry


Pembungkusan baharu

⭑Applephenon ⭑ekstrak bunga sakura ⭑astaxanthin ⭑kolagen ⭑buah strawberi ⭑buah beri ⭑badam ⭑kismis ⭑habbatus sauda ⭑buah tiin ⭑delima ⭑saffron ⭑kurma ⭑madu ⭑susu kambing


Kebaikan yang terdapat dalam I-Sihat (ellVita) premium Berry

✦ Kandungan Vitamin C untuk membantu mencantikkan wajah dan meningkatkan ketahanan tubuh

✦ Antosain dan antioksidan dari ektrak beri mampu membantu menajamkan penglihatan, melindungi dari penyakit jantung dan mengelakkan kanser

✦ Kolagen membantu memperbaiki masalah kulit dan rambut serta menjadikan kulit lebih anjal serta anti penuaan

✦ Melatonin yang tinggi dari ektrak sakura membantu mencerah, melembabkan kulit serta merawatkulit kusam

✦ Ekstrak Applephenon membantu mengurangkan pigmentasi kulit, mencerah serta mampu mengurangkan kolestrol LDL

✦ Astaxathin melindungi kult dari sinaran U serta mampu merawat ekzema dan dermatitis serta bersifat anti-fungal.

Cara minum I-Sihat (ellVita) Premium Berry

Dalam kotak tu ada 20 sachet, setiap 1 sachet tu ada 25grams. Boleh  diminum 2 kali sehari : Pagi (sebelum breakfast) dan Malam (sebelum tidur)

Cara nak bancuh I-Sihat (ellVita) Premium Berry ni senang je :

Amik 1 sachet dan tuangkan dalam setengah cawan air kira-kira 200ml. Jangan gunakan air yang terlalu panas tau, ianya boleh mengurangkan khasiat susu tu nanti. Seeloknya gunakan air suam sahaja. I-Sihat (ellVita) Premium Berry ni senang larut dalam air tau....

Kalau nak lagi senang, tengok je video AJ ni.



Selain dari I-Sihat (ellVita) Premium Berry, susu kambing ini turut didatangkan dalam 2 perisa lain iaitu :


I-Sihat (ellVita) Susu Kambing Asli - kini dijenamakan semula sebagai ellVita susu kambing orgalac
Susu kambing ASLI (orgalac) tanpa gula tambahan, organik, tanpa bau hamis, lemak berkrim. 

I-Sihat (ellVita) Vachoc 10
Vachoc Plus 10 amat baik untuk minda kerana mengandungi buah zaitun, buah tin, buah delima, kurma, kismis, badam, manna, saffron, habbatus sauda dan ginkgo biloba.

Untuk pengetahuan korang, semua produk susu kambing I-Sihat (ellVita) ni sesuai diminum oleh semua peringkat umur, lelaki dan juga wanita.....
Kalau ada cik abang yang nak minum Premium Berry pun boleh tau!



Pembungkusan baharu

Pembungkusan baharu

Harga Pasaran :

I-Sihat (ellVita)Premium Berry - RM 55
I-Sihat (ellVita) Susu kambing Asli (orgalac) - RM 45
I-Sihat (ellVita) Vachoc 10 - RM 45

Kalau korang nak dapatkan dan cuba sendiri produk-produk susu kambing I-Sihat (ellVita) boleh layari laman sesawang di bawah :

Website: www.ellvita.com
Careline: 019-2020 911
FB: ellVita Susu Kambing HQ
IG: @ellvita_susukambing_official



So apa tunggu lagi, cubalah sendiri. AJ pasti korang SEKALI CUBA PASTI NAK LAGI!


P/s : Best gile!

Baca Selanjutnya »