Jana Pendapatan dengan Al’Ard

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Jana Pendapatan dengan Al’Ard | Kakak memang pengguna produk Al’Ard dari dulu lagi, terutamanya Minyak Zaitun Al’Ard yang premium dan organik dari Bumi Palestin. Banyak khasiat yang boleh didapati dari produk ni tau! Jenama Al’Ard pun bukanlah suatu nama asing, mereka dah bertapak lama dalam pasaran di Malaysia ni sejak sedekad yang lalu.




Lepas tu pulak, produk Al’Ard ni sangat pelbagai dan boleh digunakan untuk seisi keluarga dan setiap peringkat umur. Baby kakak pun dah start consume Minyak Zaitun Al’Ard sejak umur 6 bulan tau. Kakak titiskan minyak zaitun dalam bubur baby. Alhamdulillah, baby pun tak sembelit.

Rangkaian produk Al’Ard




Syarikat Palestin Tunggal di Malaysia


Al’Ard merupakan Syarikat Palestin Tunggal di Malaysia dimana pejabat yang terletak di Shah Alam, Selangor adalah satu-satunya pejabat operasi kami di luar Palestin.




Bagi Al’Ard, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun adalah bukti kukuh bahawa Malaysia adalah lokasi paling sesuai untuk menjalankan operasinya.


Disebabkan itu, walaupun produk kami dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan untuk pembukaan syarikat.


Kempen “Palestine di Setiap Rumah”


Kita semua tau mengenai pergolakan yang berlaku di Bumi Palestin kan? Jadi dengan membeli produk Al’Ard, kita juga boleh membantu rakyat Palestin melalui kempen “Palestine di Setiap Rumah” yang menyasarkan penghantaran dana sebanyak RM3 juta ke Palestin. Kempen yang bermula pada awal Disember 2023 ini telah berjaya menghantar sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00. Alhamdulillah.




Peluang Jana Pendapatan dengan Al’Ard


Korang tau tak, kita boleh membantu meningkat ekonomi para petani Palestin dan juga boleh membantu diri anda sendiri dengan menjana pendapatan dengan menjadi ejen Al’Ard?


Al-Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen dimana Rakyat Malaysia boleh mendapat bekalan secara terus dari Palestin sekaligus menjana pendapatan melalui perniagaan. Melalui transaksi perniagaan yang sah ini, dana dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestin.


Menurut Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. 


Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.

Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan.



Jadi Partner Al’Ard dengan modal serendah RM188!




Sebelum ni, Al’Ard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan.


Tapi setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah mengambil inisiatif menambah baik sistem penjualan dan memperkenalkan Sistem Alard Partner dimana penjual boleh melakukan pembelian stok dalam sistem.


3 Kategori Al’Ard Partner


Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Jadi korang boleh dipilih mengikut bajet sendiri.


Gold Partner
  • Margin keuntungan sehingga 40%
  • Pembelian Pertama RM3,888.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM1,888.00



Silver Partner
  • Margin keuntungan sehingga 32%
  • Pembelian Pertama RM388.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM388.00



Bronze Partner
  • Margin keuntungan sehingga 20%
  • Pembelian Pertama RM188.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM188.00


Pihak Al’Ard juga menyediakan sales kit bagi membantu proses pemasaran setiap partner dimana sales kit tersebut merangkumi marketing support seperti :


  • Channel Telegram  untuk kandungan konten pemasaran
  • Gambar / Poster / Video berkaitan produk jualan
  • Flyers Product
  • T-Shirt Al’Ard
  • Bunting
  • Promotion Stand
  • Non-Woven Bag
  • Web Listing

Jadi tunggu apa lagi? Jom bantu meningkatkan ekonomi Rakyat Palestin dan jana pendapatan melalui Al’Ard Partner.

Untuk mendaftar layari,


Whatsapp : SertaiPartnerAlard


Semoga usaha kecil kita dalam membantu dan meningkatkan pendapatan dipermudah Allah SWT. Aamiin.


Baca Selanjutnya »

GKB Z-Well Untuk Tidur Yang Berkualiti

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

GKB Z-Well Untuk Tidur Yang Berkualiti | Sebagai seorang isteri dan ibu, kakak akui kadangkala nak dapatkan tidur yang berkualiti tu agak terbatas. Yelah, sebagai surirumah sepenuh masa ni tugas mengatur rumahtangga ni dah menjadi salah satu rutin  harian kakak. Sementara suami keluar bekerja, kakaklah yang membantu basuh baju, cuci pinggan dan menjaga anak. Nak tidur pun macam takde masa.




Bila dah kurang tidur atau sukar tidur, badan pun akan jadi letih dan penat. Keletihan juga membuatkan munculnya lingkaran hitam di bawah mata, sakit kepala dan sebagainya yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan kerana molekul oksigen terlarut lesap oleh otak. Jadi, kakak mengamalkan pengambilan GKB Z-Well untuk membantu kakak dapatkan tidur yang berkualiti.


GKB Z-Well


GKB Z-Well merupakan suplemen tambahan yang digunakan secara tradisional untuk melegakan pening kepala, berpeluh, kesukaran untuk tidur dan mata yang letih. Ia adalah salah satu produk GK Bio International Sdn. Bhd., sebuah syarikat pakar dalam suplemen probiotik dan kulat.


Korang jangan salah faham, Z-Well ni sama sekali bukan ubat tidur tau! Ianya merupakan suplemen tidur yang digunakan untuk mengawal hormon tidur bagi menggalakkan kita mendapat kualiti tidur yang lebih baik.






GKB Z-Well mempunyai pensijilan Halal Jakim, jadi korang tak perlu rasa was-was untuk mengamalkannya. Selain tu, produk ini juga lulus KKM Malaysia dengan MAL11115036T tau! Sebab tu la, kakak berani gunakan dan cadangkan penggunaan GKB Z-Well kat korang.




Kandungan Utama GKB Z-Well


GKB Z-Well menggunakan ramuan tradisional seperti :

  • Fungi Armillariella Mella 300mg
  • Fructus Lycium Barbarum (Wolfberry)
  • Fructus Schisandrae Chinensis Extract 30mg
  • Fructus Ziziphus Jujube Extract 20mg



Kesemua bahan utama ini terbukti sangat berkesan untuk memudahkan permulaan tidur sekaligus meningkatkan kualiti tidur. Ianya juga dapat menenangkan mata yang letih dan membuatkan kita rasa tenang. Rumusan sinergi 4 dalam 1 ni pastinya membuatkan tidur kita sangat berkualiti!


Cara Pengambilan GKB Z-Well


Produk ini merupakan sediaan herba dalam bentuk kapsul. Korang cuma perlu ambil 2 kapsul sekali sehari selepas makan dan sebelum tidur.


Satu botol mengandungi 60 biji kapsul.




Kesan Pengambilan GKB Z-Well


Lepas seminggu mengamalkan Z-Well, kakak rasa tidur kakak lebih lena, badan pun dah tak rasa lesu. Paling best, nak bangun tidur di waktu pagi pun rasa lebih bertenaga dan segar.

So kalau korang nak dapatkan tidur yang lebih berkualiti dan badan yang bertenaga, cubalah GKB Z-Well!





Produk GKB dijual di KPJ Hospital, IJN Hospital dan banyak farmasi-farmasi seperti: 

Whole Malaysia : Alpro Pharmacy, Watsons 

Central : M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy 

Melaka : Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak 

Penang : MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy 

Perak : HTM Pharmacy 

East Coast : Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan 

Southern : The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy 

Sabah : LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy 

Sarawak : Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy

Untuk info lanjut mengenai produk dan senarai farmasi layari :


小红书 ID : 1318211221 (GKB 集康宝)


#gkb 
#gkbinternational 
#alpro 
#watsons 
#GKBZwell 
#GKBFungi 
#sleepwell 
#sleeplessness


Baca Selanjutnya »