Buffet Ramadan 2025 | Bangi Golf Resort

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2025 | Bangi Golf Resort | Tak lama lagi Ramadan bakal menjelang tiba, selain fokus nak tingkatkan ibadah mesti ada juga yang mencari pakej-pakej berbuka puasa dengan harga yang berpatutan kan?




Kali ni kakak nak kongsikan dengan korang buffet Ramadan di Bangi Golf Resort (BGR), Selangor. Seperti setiap tahun BGR sentiasa menampilkan pelbagai menu yang berlainan. Untuk tahun 2025, BGR dengan tema Ramadan Riang Rasa, menampilkan kelainan dengan menyajikan menu dari Kemboja dan Arab.


Pasukan kulinari BGR telah mencipta semula versi Halal masakan tradisi Kemboja seperti Daging Lok Lak, Ikan Amok, Kari Ayam Kemboja dan banyak lagi menu menarik lain dengan kolaborasi bersama Chef selebriti Kemboja, Chan Kanha (Best Female in Masterchef Cambodia Season 1).




Chef Chan Kanha juga telah memperkenalkan pelbagai pencuci mulut yang pasti memukau selera korang seperti kek Beras Pandan dihidangkan dengn Gula Melaka Kemboja, puding beras, jagung kukus, kek beras keladi bersama kelapa parut dan banyak lagi! Kakak belum penah lagi menikmati juadah dari Kemboja tau, so kakak memang eksited bila dapat mencuba sendiri masakan tradisional Kemboja.




Selain masakan Kemboja, BGR juga telah memperkenalkan hidangan baru iaitu Nasi Maqluba iaitu nasi Arab yang wangi menggunakan beras panjang dan rempah aromatik seperti kulit kayu manis dan jintan dengan ayam yang empuk. Rasa Nasi Maqluba ni tak sama macam Nasi Mandy semua tu tau, so korang kena cuba! Hidangan tradisional dari Kelantan dan Johor seperti Nasi Kerabu, Ayam Kuzi yang kaya dengan rasa aroma rempah ratus pun ada.




Bagi penggemar makanan Barat pula, korang boleh cuba hidangan baru seperti bebola Daging Ayam dengan Sos Cendawan Bawang Putih, Spageti Laksa Kering, Spageti Pad Thai dan sup French Prawn Bisque yang dihidangkan bersama roti.




Tak lengkap hidangan kalau takde menu wajib iaitu Kambing Golek! Setiap tahun inilah yang kakak amik dulu dekat BGR. Hahahahah. Kambing golek yang empuk dan lembut memang membuka selera kakak. Selain tu tak lupa juga hidangan Sup Kambing Mamak, Sate Ayam dan Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma. Yang ni kalau takde rasa tak lengkap.




Tahun ni pencuci mulut pun banyak gila! Selain pencuci mulut dari Kemboja, ada juga kuih-muih tradisional seperti Talam Sago Dinda pelbagai warna, kek yang macam-macam perisa, Spanish Churos bersama marshmallow dan sos coklat serta banyak lagi. Untuk anak-anak pun banyak pilihan tau, ada soft-serve ice cream, ABC, Cendol, popcorn dan cotton candy! Bebudak kalau nampak menu ni, confirm tak pandang dah menu lain!




Harga yang ditawarkan seperti berikut :




RM68.00+ (Dewasa)
RM34.00+ (Kanak-kanak)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025.

Hotline : 1700-821-457

Bangi Golf Resort
No.1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Baca Selanjutnya »

Pakej Haji Swasta dan Premium dari MKM Ticketing Travel & Tours

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pakej Haji Swasta dan Premium dari MKM Ticketing Travel & Tours | Sebagai umat Islam, menunaikan ibadah haji tertakluk dalam Rukun Islam ke-5 bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal. Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan. Siapa je yang tak teringin nak ke Baitullah al-haram di Mekah kan?


Allah SWT juga telah menjanjikan pelbagai kelebihan untuk mereka yang menunaikan ibadah haji.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّه
Bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada ketaatan) maka dia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).” (Riwayat Bukhari).


Pakej-Pakej Haji dari MKM


Kalau ada yang merancang hendak menunaikan haji pada tahun ni, kakak nak kongsikan dengan korang beberapa pakej haji swasta dan premium dari MKM. Pakej haji dari MKM ni memang boleh dipercayai, buktinya ramai selebriti dan mereka yang ternama dah menunaikan haji di bawah pengurusan MKM antaranya Alif Satar, Puan Pija Minaz dan ramai lagi. MKM juga berpengalaman lebih dari 13 tahun dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, jadi korang tak perlu ragu-ragu untuk mengambil pakej dengan MKM. Pada tahun ini, MKM menyasarkan 2,000 jemaah haji.







Terdapat 5 Pakej Istimewa Haji yang disediakan oleh MKM pada tahun 2025 iaitu :




PAKEJ SALAM
harga bermula dari RM54,900/5 pax



 



  • +- 40 hari
  • MINA : Khemah Muassasah (Muassim)
  • MEKAH : Rayannah Hotel (lebih kurang 400 meter dari Dataran Masjidil Haram)
  • MADINAH : Millenium A-Aqeeq (lebih kurang 50meter dari Masjidil Nabawi


PAKEJ SALAM PLUS
harga bermula dari RM58,000/5 pax

 


  • +- 40 hari - 45 hari
  • AZIZIYA: V12 Al-Arabia Hotel (Bilik Berempat) dan Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 670 meter)
  • MEKAH: Maysan Al-Mashaer (lebih kurang 430 meter dari Dataran Masjid Al-Haram)
  • MADINAH: Worth Peninsula (lebih kurang 300 meter dari Dataran Masjid Nabawi)


PAKEJ MENARA JAM
harga bermula dari RM75,900/4 pax



  • +- 40 hari
  • AZIZIYAH: Al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500 meter)
  • MEKAH: Movenpick Hajar (lebih kurang 50 meter dari Dataran Masjidil Haram)
  • MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (lebih kurang 50 meter dari Dataran Masjidil Nabawi)


PAKEJ SAFA
harga bermula dari RM115,000/4 pax


  • +- 20 hari
  • AZIZIYAH: Al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500 meter)
  • MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (lebih kurang 50 meter dari Dataran Masjidil Haram)
  • MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (lebih kurang 50 meter dari Dataran Masjidil Nabawi)


PAKEJ FIRDAUS
harga bermula dari RM275,000/2 pax

 


  • +- 18 hari
  • AZIZIYAH: Al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500 meter)
  • MEKAH: Dar Tawhid Intercont. (lebih kurang 10 meter dari Dataran Masjidil Haram)
  • MADINAH: Oberoi Medina (lebih kurang 10 meter dari Dataran Masjidil Nabawi)


Pakej berharga RM54,900 adalah bagi mereka yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini, manakala pakej premium bermula RM75,900 terbuka untuk jemaah terpilih haji dan mereka yang membuat rayuan.


Kenapa perlu mengambil pakej haji dengan MKM?


Mesti korang tertanya-tanya kenapa kena ambil pakej haji dengan MKM kan? Bila musim haji je, kita ada juga dengar pengalaman yang tak berapa baik dari jemaah haji. Ada juga bakal haji yang tertipu sampai terkandas dekat airport. Selain boleh dipercayai, MKM juga menjanjikan pengalaman haji yang sempurna bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan pengurusan haji mereka.


Pembimbing Ibadah Haji Yang Berilmu dan Berpengalaman

MKM sangat berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci. Pihak MKM akan memastikan kebajikan jemaah terjaga dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik.

MKM juga mempunyai beberapa orang Mutawif yang  sangat berpengalaman untuk membimbing para jemaah semasa menunaikan haji.


Khemah di Arafah dan Mina

Mashariq akan mengelolakan segala keperluan dari khemah, makanan, minuman dan kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan setiap jemaah haji. Jemaah haji juga dapat melaksanakan ibadah Sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah.






Ziarah dan Lawatan
*Bergantung kepada perubahan semasa

Ziarah Makkah :
Sekitar Masjidil Haram, ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah.

Ziarah Madinah :
Sekitar Masjid Nabawi, ziarah Quba’, Uhud, Khandaq dan kedai kurma.

Lawatan Luar :
Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama.





Pengajian Kelas Agama

Sebelum mengerjakan ibadah haji, pihak MKM mengadakan kursus Haji Intensif di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci. Pihak MKM juga akan mengadakan kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci. Jemaah haji juga boleh bersoal jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji.





Barang Hadiah Haji

Pihak MKM juga menyediakan barang-barang keperluan asas untuk setiap jemaah haji yang mengambil pakej haji seperti :

  • Beg Pakaian
  • Beg Sandang
  • Beg Bimbit
  • Beg Kasut
  • Beg & Sejadah
  • Beg Uncang
  • Tag Beg & Kipas Tangan
  • Buku Panduan Haji
  • Bantal Leher
  • Kain Ihram / Mini Telekung
  • Botol Wudhuk
  • Tasbih Digital

Bagaimana untuk menunaikan ibadah haji bersama MKM Travel & Tours?


Terdapat 2 kategori yang layak memohon pakej Haji MKM travel iaitu :


Kategori 1: Telah mendapat tawaran haji.
Kategori 2: Masih menunggu giliran dan ingin membuat rayuan.

Kedua-dua kategori diatas layak untuk mendaftar pakej Haji MKM Travel.


Cara pendaftaran :


Bakal jemaah haji boleh muat turun dan lengkapkan borang pendaftaran pakej Haji MKM Travel. 


Cara untuk memohon rayuan menunaikan ibadah haji :


Bakal jemaah yang telah mendaftar haji sekurang-kurangnya 4 tahun dari tahun semasa boleh mendaftar bersama MKM Travel dan membuat rayuan melalui aplikasi THIJARI. Keputusan rayuan tertakluk kepada kouta Tabung Haji.


Orang ramai yang terpilih untuk menunaikan haji atau yang membuat rayuan dan berhajat menunaikan haji secara swasta boleh mula mendaftar dari sekarang sehingga tarikh yang akan ditentukan Tabung Haji kelak.


Untuk butiran yang lebih lanjut korang boleh hubungi pihak MKM di :



Alamat :Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.

Telefon :
+603 7831 6740 (Haji / Umrah / Visa)
+603 7831 8740 (Ticketing)
+6011-1121 4188 (Khidmat Pelanggan)


Tentang MKM Ticketing Travel & Tours


MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00.


MKM Ticketing Travel & Tours juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.


Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM Ticketing Travel & Tours dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya. Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Haji & Umrah.


Baca Selanjutnya »