Mari Beli Lokal Ramadan & Raya di MyMall

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Mari Beli Lokal Ramadan & Raya di MyMall | Bagi merancakkan ekonomi digital, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal. Buat julung kali KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya yang dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.





Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya pada kali ini telah disertai oleh hampir 1000 usahawan dengan menawarkan 803 produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Selain produk yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan produk daripada usahawan tempatan daripada Sabah seperti Ikan Bilis Mata Biru. Wahhh! Mudahnya nak dapatkan produk dari Borneo dengan MyMall ni.




Kempen Mari Beli Lokal bukan sahaja hanya disertai oleh usahawan tempatan, tetapi turut disertai oleh usahawan selebriti terkenal seperti Lima Waktu, 7zikr, KEKASIH by The Melvins, Aspirasi Jelita Ainina Ahmad B, Girl Republique, SamTilla, Starvendors dan Boenda.


Lepas tu yang menariknya, korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik berupa baucar beli belah di MyMall dan dua (2) unit iPad sebagai hadiah utama dengan menyertai peraduan yang diadakan di platform media social sepanjang kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya di MyMall ini berlangsung.


Menurut YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,




Pelancaran Kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya ini bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan usahawan Malaysia.


Kempen ini bertujuan memberi sokongan terhadap produk dan perkhidmatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dan secara tidak langsung membantu proses pendigitalan PMKS di Malaysia.



Macam mana nak mendaftar dengan MyMall?


Bagi usahawan tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan, mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan perniagaan mereka di :



Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya seperti makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau muat turun sahaja aplikasi MyMall 2.0 di PlayStore atau AppStore. Banyak tau produk menarik yang boleh korang dapatkan.




Selain menyediakan platform e-dagang tanpa caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan. Nak tau lebih lanjut korang bolehlah lawati website atau aplikasi MyMall atau hubungi sahaja KUSKOP.




KUSKOP terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

 

Baca Selanjutnya »

Bibir Mungil Dengan Her Beauty "Fire & Ice Lip Booster Serum" Keluaran Nynaa Harizal

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Bibir Mungil Dengan Her Beauty "Fire & Ice Lip Booster Serum" Keluaran Nynaa Harizal | Siapa je tak nak bibir yang mungil kan? Sebagai seorang wanita, kita mesti tak lari dari perasaan nak cantik. Tapi nak dapatkan bibir yang mungil tu macam impossible je kalau tak cucuk-cucuk ni. Tapi sekarang jangan risau, korang boleh dapatkan effect bibir yang mungil dengan Her Beauty Fire & Ice Lip Booster Serum keluaran Nynaa Harizal.



Pada 21 Mac yang lalu, Nynaa Harizal telah melancarkan empayar kosmetik menerusi jenamanya sendiri, Her Beauty yang dilancarkan secara rasmi di sebuah majlis sidang media tertutup. Sebagai langkah pertama sebagai usahawan dalam bidang kosmetik, Nynaa Harizal telah memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum yang dicipta dengan teknologi tinggi untuk turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.




Menurut Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Her Beauty,



Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik. Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri.


Melalui pengamatan kami sewaktu masih dalam fasa market research untuk jenama Her Beauty, kami dapati trend pelanggan di Malaysia kini cenderung untuk memilih produk keluaran tempatan yang menawarkan kualiti tinggi dengan harga berpatutan. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap jenama dan produk lokal semakin meningkat. Ini juga membuktikan kualiti produk lokal dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa.


Oleh itu, kami merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk melancarkan produk pertama keluaran Her Beauty iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum untuk bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran.


Sebagai pemain baharu dalam industri kecantikan, kami berhasrat untuk mengembangkan misi perniagaan dan potensi Her Beauty ke aras tertinggi menerusi pelbagai strategi untuk rangka promosi yang lebih meluas sudahpun dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat untuk mempromosikan jenama kami.


Her Beauty "Fire & Ice Lip Booster Serum"



Kakak sendiri berpeluang mencuba sendiri produk terbaru Nynaa Harizal ni dan teruja dengan hasil dia tau! Dalam masa beberapa minit je, bibir jadi lebih mungil tanpa perlu cucuk sana sini. produk Fire & Ice Lip Booster Serum didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama. Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.



Serum Fire yang diformulakan dengan bahan pelembap semulajadi seperti asid hyaluronik, minyak jojoba, ekstrak minyak kelapa organik, minyak badam, vitamin E dan minyak biji anggur akan memberikan warming effect yang boleh membuatkan bibir menjadi mungil, tegang dan lembab secara semulajadi dengan selamat. Memang masa guna serum fire ni kan, korang akan rasa bibir sedikit panas, tapi jangan risau efek panas ni sekejap je dalam masa lebih kurang seminit je, hilanglah rasa panas tu.


Serum Ice pula diperkaya dengan ekstrak beri, vitamin E, mentega murumuru dan minyak argan yang akan memberikan cooling effect selepas penggunaan serum fire untuk memberi kelembapan bagi merawat masalah bibir kering, kusam dan merekah. Kalau tadi panas, sekarang korang akan rasa sensasi sejuk pula pada bibir. Masa ni, korang akan mula rasa bibir tu lebih mungil.


Tak percaya? Korang boleh tengok sendiri, kesan sebelum dan selepas penggunaan Her Beauty Fire & Ice Lip Booster Serum. Serius best gila! Sekarang ni, nak dapatkan bibir mungil tanpa melalui prosedur yang menyakitkan bukan lagi sesuatu yang mustahil.



Kat mana nak dapatkan produk Fire & Ice Lip Booster Serum ni?


Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi :


Laman web rasmi : www.herbeauty.com.my
Instagram : myherbeauty
Tiktok : myherbeauty
ataupun melalui ejen dan stokis berdaftar.


Harga pasaran pula memang mampu milik, hanya RM44.90 sekotak untuk 2 serum (Fire & Ice). Berbaloi-baloi kan? Kakak dah cuba produk ni, apa kata korang pun cuba. Gerenti puas hati!

Baca Selanjutnya »

Trend Raya 2023 di Mid Valley, Lagi Trend Lagi Beraya

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Trend Raya 2023 di Mid Valley, Lagi Trend Lagi Beraya | Masuk je bulan Ramadhan, selain daripada berpuasa dan beribadah, festival jualan raya adalah yang paling kakak nantikan. So bersempena Syawal yang bakal menjelma nanti, Todak Fusion Sdn Bhd akan menganjurkan Trend Raya 2023 dengan sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik.



Dengan tagline "Lagi Trend Lagi Beraya", Trend Raya 2023 ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 7 sehingga 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.  Trend Raya 2023 ini bertujuan untuk menyatukan para peniaga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan indoor bazaar yang berkonsepkan trendy.


Menurut Encik Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd,


Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri trendy dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini. Trend Raya 2023 juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer yang diminati ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023. Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini.


Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan dengan sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan.



Melalui program ini, Pihak Afiz Ayub Foundation bersetuju menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf. Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023.



Pada majlis Pelancaran ini juga, Encik Mohd Ikmal Fareeq sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama sama kami di dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana mana booth jualan di Trend Raya 2023.


Pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal pada tiga hari acara berlangsung.



Kakak difahamkan dalam acara Trend Raya 2023 ini, sebanyak 60 booth daripada barisan jenama terkenal akan mengambil bahagian antaranya Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi!


So tunggu apa lagi? Jom ikut kakak serbu Trend raya 2023 nanti! Rugi tau kalau korang tak pegi. Dengarnya memang banyak yang trendy kat situ! Jangan lupa tau!


ACARA: TREND RAYA 2023

TARIKH: 7, 8 & 9 APRIL 2023

LOKASI: MID VALLEY EXHIBITION CENTRE (Hall 3)

WAKTU: 10 PAGI - 10 MALAM

KEMASUKAN: PERCUMA

PENGANJUR: TODAK FUSION SDN BHD dengan sokongan BADAN KEBAJIKAN AFIZ AYUB FOUNDATION, SUGAR BOMB HQ, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (MAIWP), AEON (M) CO BERHAD, TODAK BIGO AGENCY & KENTANG HIJAU PRODUCTION


Info lanjut,

Instagram: https://instagram.com/mytrendfest/

Facebook: https://www.facebook.com/mytrendfest/

Email : mytrendfest@gmail.com


Baca Selanjutnya »