World's First Tri-Fold Phone : HUAWEI Mate XT Ultimate Design Makes Its Grand Debut In Malaysia

ASSALAMUALAIKUM AND HELLO! 

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:

HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES ITS GRAND DEBUT IN MALAYSIA

HUAWEI Redefining Innovation with Groundbreaking Technology

 



KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN, the world’s first tri-foldable smartphone, to the Malaysian market. First unveiled in Shenzhen, China, this groundbreaking device exemplifies Huawei’s relentless pursuit of innovation and continuous breakthroughs in hinge mechanisms, display engineering, and battery innovations, the HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN pushes the boundaries of smartphone design, delivering an ultra-thin yet expansive screen experience tailored for modern users who demand both portability and versatility.

 

Ultimate Design: Stunning Aesthetic Art

Huawei continues to lead the way in product design and is committed to providing consumers with unique aesthetic experiences. HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN inherits the iconic symmetric Star diamond design seen on previous ULTIMATE DESIGN devices. Its shimmering surface is created using a precise cutting process, while the smooth, flowing curves on each edge add to its distinctive and eye-catching look. This blend of craftsmanship and technology ensures a phone that’s not only powerful but also visually stunning.

 

 

 

Ultimate Technology: Leading Innovation and Research

Huawei remains at the forefront of technological advancement, investing in industry-leading research to deliver next-generation devices. HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN features an advanced precision hinge system that involves two tracks working in tandem to support both inward and outward folds. This ultra-light streamlined hinges are calibrated with optimal precision in their gears, to provide a remarkably fluid fold. HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN's immersive screen is made of flexible materials that bend seamlessly in either direction and is capable of resisting compression when folded inward as well as tension when folded outward.

 

Ultimate Experience: Power Packed into One

The HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN revolutionizes smartphone usability with its ability to switch effortlessly between single, dual, and triple-screen modes. Featuring the stunning HUAWEI X-True display, it unfolds to an impressive 10.2 inches with a 16:11 golden ratio, providing an optimal balance of productivity and entertainment. The 1:1, 1:2, and 2:1 split-screen modes further enhance multitasking, making working, viewing, and browsing more efficient than ever.

 

In triple-screen mode, users can enjoy a cinema-like immersive experience, perfect for watching movies or reviewing detailed documents. Dual-screen mode is ideal for reading articles, managing emails, or cross-referencing information, while single-screen mode keeps things compact and focused, making it great for quick calls, photography, or capturing on-the-go moments. Whether you’re editing a presentation while taking notes, video calling while reviewing documents, or simply unwinding with a full-screen movie, the HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN adapts to your needs with extreme flexibility.

Ultimate Photography: Capturing Wonderful Moments

HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN packs powerful HUAWEI XMAGE imaging capabilities into its slim body. It features a 10-step adjustable physical aperture, allowing users to capture everything from sweeping landscapes to intricate macro details with exceptional clarity. With Speed Snapshot, users can freeze fast-moving action with razor-sharp precision, ensuring no moment is missed.

 

HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN Availability

The HUAWEI Mate XT will be available in Red and Black. Priced at RM14,999, customers can pre-order the HUAWEI Mate XT starting now until 14 March 2025 at HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on ShopeeHUAWEI Flagship Store on Lazadaand HUAWEI Official TikTok Shop.

 

Customers who pre-order now also get to enjoy HUAWEI 1-Year Screen Protection worth RM3,999. Stay connected for exclusive promotions, special launch offers, and your chance to be among the first to own this revolutionary device!

 

For more information, latest updates or promotions about HUAWEI Mate XT  ULTIMATE DESIGN, please visitHUAWEI Official Website, HUAWEI Official Facebook page orInstagram.

Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadan 2025 | Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2025 | Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur | Ramadan ini JOM MAKAN 2.0 Buffet di Grand Millennium Hotel kembali lagi dengan masakan Malaysia yang menampilkan signature menu iaitu Kawah Pak Ali , Nasi Mandi Salai dengan Kambing Panggang Utara dan "Rumah Manisan".




Jom Makan 2.0 ni diwujudkan semula selepas mendapat sambutan yang menggalakkan Ramadan tahun lalu. Jadi tahun ini The Mill Cafe, Grand Millennium, KL mengembalikan Jom Makan 2.0 yang bakal menjanjikan pengalaman gastronomi lebih baik dengan pelbagai sajian tradisional dan antarabangsa untuk korang dan seisi keluarga!


Setiap hidangan yang disajikan oleh Chef Eksekutif Vincent Wong dan Chef Eksekutif Sous Razali Ismail, kedua-duanya Chef Muhd. Faisal bin Zainol (Sous Chef, The Mill Café) dan Chef Hamzah bin Yakob (Junior Sous Chef, The Mill Café) dan pasukan menggunakan resepi dan teknik yang betul bagi memastikan setiap hidangan mengikut dan menepati citarasa warisan masakan Malaysia.



Menu Jom Makan 2.0


Kawah Pak Ali




Menu yang pastinya membuatkan korang mengimbau kenangan dengan hidangan dan suasana kampung. Yelah, dulu-dulu kan kalau buat majlis keraian mesti masak dalam kawah kan? Antara hidangan Kawah Pak Ali ialah :

• Assam Pedas Telur Ikan Mayong
Hidangan yang terkenal di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menampilkan telur ikan mayong dengan rasa kuah asam pedas yang cukup rasa pedas masam dia.


• Gulai Kawah Kelantan – Ayam, Daging, Perut dan Paru
Hidangan istimewa tradisional Kelantan, dimasak dengan pelbagai daging dan dimasak perlahan untuk menghasilkan rasa lembut dengan air rebusan rempah.


• Telur Itik Masak Lemak Cili Api
Variasi hidangan Melayu klasik ini menggunakan telur itik untuk tekstur yang lebih berkrim, direneh dalam kuah santan kelapa pedas. Kuah kuning pekat dengan wangi cili tu bukann sahaja menusuk hidung, tapi menusuk selera korang tau!


Kambing Bakar Utara dengan Nasi Mandi Salai




Tak sah kalau takde kambing tiap kali Ramadan, jadi Grand Millennium KL menampilkan Kambing bakar utara dengan nasi mandi salai. Kambing yang diperap dalam campuran rempah tradisional seperti ketumbar, jintan putih, bawang putih, halia, dan lada hitam, kemudian dibakar dengan sempurna di atas api terbuka menghasilkan rasa rangup dibahagian luar dan lembut didalam. Dihidangkan pula dengan sos pencicah seperti air asam, sos lada hitam atau sos cendawan. Lepas tu padankan pula dengan Nasi Mandi Salai memang terangkat! Kakak suka nasi mandi ni tau, memang terasa aroma salai dia dalam setiap suapan.


Sup Daging Selat – Stew Daging Lembu Berempah Aromatik
Rebusan daging lembu ni diperkaya dengan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, dan lada hitam buatkan kuahnya berperisa dan beraroma. Hidangan ni memang menu wajib dari Selatan.




Aneka pilihan masakan Tradisional dan Antarabangsa

Kat sini korang boleh rasa pelbagai pilihan masakan tradisional seperti Rendang Tok, Ayam Masak Merah, Sotong Masak Kicap, Daging Dendeng Minang, Udang Goreng Oat, Bubur Lambuk dan banyak lagi termasuk Ulam-ulaman, Rojak Pasembor, Kerabu, Lemang, Ketupat, Serunding, dan Keropok. Lepas tu ada salad bar yang dipenuhi dengan sayur-sayuran segar. Ada juga stesen 'Berasap', untuk korang dapatkan Sate Ayam, Sate Lembu dan Otak-Otak Muar.



Hidangan Antarabangsa pun banyak antaranya masakan India seperti Ayam Tandoori, Lamb Vindaloo, Fish Tikka, Nasi Briyani Hyderabad, Naan Mentega dan Bawang Putih, Dal Fry serta Murtabak Daging dan Murtabak Ayam. Selain tu ada Stesen Barat yang menampilkan pizza, spaghetti dan sebagainya,  Kaunter Shawarma, Seafood on Ice,  Makanan Jepun dengan Aneka Sushi, Maki, Nigiri, Soba Sejuk, Chawan Mushi dan Takoyaki. Bagi penggemar mi ada Stesen Mi dengan pelbagai pilihan perasa.




Rumah Manisan


Dah makan mestilah nak pencuci mulut kan? Di Rumah Manisan, korang boleh makan pencuci mulut tradisional seperti Kuih Lapis, Kuih Seri Muka, Onde-Onde, Pulut Hitam, Kuih Talam, Apam Balik,  Bubur Serawa Durian, Ais Kacang, and Cendol. Korang juga boleh dapatkan goreng pisang segar, goreng cempedak, sukun, keladi, dan ubi getuk. Selain tu kek dan buah-buahan pun banyak tau. Paling kakak suka kat bahagian rumah manisan ni tapai pulut dan tapai ubi! Serius susah tau nak jumpa buffet Ramadan yang ada tapai ni, 1 dalam sejuta kot! Hehehehhe.




Harga yang ditawarkan untuk ‘Jom Makan 2.0’ adalah seperti berikut :


RM178++ seorang dewasa
RM89++ seorang kanak-kanak (5 hingga 12 tahun)
Dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025 - 7 sehingga 10 malam


PROMOSI EARLY BIRD EKSKLUSIF untuk pembelian sebelum 28 Februari 2025.
RM143++ (Dewasa)
RM71.50++ (kanak-kanak) 

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan : 
WhatsApp : +60 12 317 0120
Telefon : +603-2117 4163


Tawaran lain di Grand Millennium, KL


Acara Persendirian (2 hingga 30 Mac 2025)


Kalau korang nak buat acara persendirian  korang oleh memilih antara dua set menu berharga RM150++ dan RM180++ seorang dengan minimum 50 tetamu. Untuk pertanyaan, hubungi Pengurus Acara Kanan di :  zarrazeellah.haniffa@millenniumhotels.com.


Makan Dalam Bilik (1 hingga 29 Mac 2025 dari tengah malam hingga 5.00 pagi)


Bagi tetamu yang lebih suka menjamu selera dalam keselesaan bilik mereka, dua set menu boleh didapati bermula pada RM40++ seorang, tersedia untuk pilihan semasa daftar masuk atau bila-bila masa sepanjang penginapan mereka.


Sebagai alternatif, tetamu boleh memilih untuk menikmati bufet sarapan pagi di The Mill Café yang bermula dari jam 5 pagi.


Tempahan bilik boleh dibuat di :

E-mel: reservations.gmkl@millenniumhotels.com
Telefon: +60 3 2117 4888.


Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia, tertakluk kepada 10% caj perkhidmatan dan cukai semasa.
Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadan 2025 | Bangi Golf Resort

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2025 | Bangi Golf Resort | Tak lama lagi Ramadan bakal menjelang tiba, selain fokus nak tingkatkan ibadah mesti ada juga yang mencari pakej-pakej berbuka puasa dengan harga yang berpatutan kan?




Kali ni kakak nak kongsikan dengan korang buffet Ramadan di Bangi Golf Resort (BGR), Selangor. Seperti setiap tahun BGR sentiasa menampilkan pelbagai menu yang berlainan. Untuk tahun 2025, BGR dengan tema Ramadan Riang Rasa, menampilkan kelainan dengan menyajikan menu dari Kemboja dan Arab.


Pasukan kulinari BGR telah mencipta semula versi Halal masakan tradisi Kemboja seperti Daging Lok Lak, Ikan Amok, Kari Ayam Kemboja dan banyak lagi menu menarik lain dengan kolaborasi bersama Chef selebriti Kemboja, Chan Kanha (Best Female in Masterchef Cambodia Season 1).




Chef Chan Kanha juga telah memperkenalkan pelbagai pencuci mulut yang pasti memukau selera korang seperti kek Beras Pandan dihidangkan dengn Gula Melaka Kemboja, puding beras, jagung kukus, kek beras keladi bersama kelapa parut dan banyak lagi! Kakak belum penah lagi menikmati juadah dari Kemboja tau, so kakak memang eksited bila dapat mencuba sendiri masakan tradisional Kemboja.




Selain masakan Kemboja, BGR juga telah memperkenalkan hidangan baru iaitu Nasi Maqluba iaitu nasi Arab yang wangi menggunakan beras panjang dan rempah aromatik seperti kulit kayu manis dan jintan dengan ayam yang empuk. Rasa Nasi Maqluba ni tak sama macam Nasi Mandy semua tu tau, so korang kena cuba! Hidangan tradisional dari Kelantan dan Johor seperti Nasi Kerabu, Ayam Kuzi yang kaya dengan rasa aroma rempah ratus pun ada.




Bagi penggemar makanan Barat pula, korang boleh cuba hidangan baru seperti bebola Daging Ayam dengan Sos Cendawan Bawang Putih, Spageti Laksa Kering, Spageti Pad Thai dan sup French Prawn Bisque yang dihidangkan bersama roti.




Tak lengkap hidangan kalau takde menu wajib iaitu Kambing Golek! Setiap tahun inilah yang kakak amik dulu dekat BGR. Hahahahah. Kambing golek yang empuk dan lembut memang membuka selera kakak. Selain tu tak lupa juga hidangan Sup Kambing Mamak, Sate Ayam dan Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma. Yang ni kalau takde rasa tak lengkap.




Tahun ni pencuci mulut pun banyak gila! Selain pencuci mulut dari Kemboja, ada juga kuih-muih tradisional seperti Talam Sago Dinda pelbagai warna, kek yang macam-macam perisa, Spanish Churos bersama marshmallow dan sos coklat serta banyak lagi. Untuk anak-anak pun banyak pilihan tau, ada soft-serve ice cream, ABC, Cendol, popcorn dan cotton candy! Bebudak kalau nampak menu ni, confirm tak pandang dah menu lain!




Harga yang ditawarkan seperti berikut :




RM68.00+ (Dewasa)
RM34.00+ (Kanak-kanak)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025.

Hotline : 1700-821-457

Bangi Golf Resort
No.1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Baca Selanjutnya »