Laman Sosial punca runtuhnya Akhlak dan merosakkan Akidah????


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hurmmmm baru-baru ini AJ ada terbaca artikel yang mengatakan laman-laman sosial ni merupakan antara punca-punca runtuhnya Akhlak dan rosaknya Akidah??? Ehhhh yeke???
Hurmm, semua orang pasti mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing kan?
Pada AJ ini semua bergantung kepada cara kita menggunakan sesuatu medium itu... 
Kalau kita gunakan medium tersebut dengan niat yang betul, maka baiklah jadinya... Begitu juga sebaliknya...... 
AJ pula guna laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya sebagai salah satu landasan perhubungan antara AJ, sanak saudara yang berada jauh diperantauan dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu untuk bertanyakan khabar dan bertukar-tukar pendapat ataupun berbual-bual sesama sendiri.. Selain itu, AJ menggunakan laman sosial sebagai salah satu sumber untuk mencari info-info yang berguna yang dikongsikan oleh rakan-rakan....
Penggunaan laman sosial juga dapat menjimatkan kewangan berbanding penggunaan khidmat telekomunikasi yang lain ... Kena bayar bil internet je la... =P


Apa yang menjadikan laman sosial ni sesuatu yang meruntuhkan akhlak dan merosakkan akidah??
Ianya terjadi bila ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sesuatu seperti, video-video lucah, link-link yang mengandungi kandungan yang boleh merosakkan minda seseorang, gambar-gambar yang tidak elok dan sebagainya..... 
Penggunaan laman sosial sebagai satu medium untuk menjatuhkan air muka dan maruah orang lain juga menjadikan laman sosial ini tidak selamat....
Selain itu, laman sosial boleh membuatkan seseorang itu terdedah kepada keruntuhan akhlak dan kerosakkan akidah apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan teknik-teknik "super-impose" atau pertindihan dengan niat memalukan individu tersebut..... Makanya, individu tersebut akan mengambil langkah-langkah yang tidak sepatutnya......


Pokok pangkalnya, TEPUK DADA TANYA SELERA.... Apakah yang kita mahukan dan cari daripada laman-laman sosial......???

P/s : Berapa banyak laman sosial yang korang ada???? Jangan gunakan untuk benda-benda yang tidak baik okay.....


Baca Selanjutnya »

Semut lah pulak....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Harap semuanya okay... Semalam, Lipas.. Hari ni AJ nak cakap pasal semut pula.. 
Ada ke yang sarapan Jus Semut pagi tadi dan waktu makan tengah hari tadi??? Hahhahahhaha...
Kata orang, orang yang pelupa ni, selalu termakan atau terminum makanan dan minuman yang telah dicemari oleh semut? Betul ke??? 
Kalau tanya AJ, jawapannya entahlah AJ pun tak berapa arif mengenai hal ni...... 
Kenapa hari ni AJ nak cakap pasal semut??? Sebabnya, ada sorang makhluk kat office ni, asyiklah bagi alasan terlupa bila ditanya mengenai "error"nya yang berulang tu..... Hurmmmmmmmm..

Fakta Mengenai Semut....

1. Seperti semua serangga, semut memiliki enam kaki. Setiap kaki memiliki tiga sendi. Kaki semut sangat kuat sehingga mereka dapat berjalan dengan sangat cepat. Jika seorang lelaki boleh berlari secepat yang mungkin setara dengan saiz tubuhnya maka semut pun boleh berlari secepat kuda... 

2. Semut boleh mengangkat beban sehingga 20 kali berat badan mereka sendiri....

3. Otak semut memiliki sekitar 250 000 ribu sel otak manakala otak manusia memiliki 10.000 juta.. Ini bermakna jika terdapat 40 ribu semut dalam satu koloni bersamaan dengan ukuran 1 sel otak manusia....

4. Semut mempunyai 4 tahap dalam pertumbuhannya telur, larva, pupa dan dewasa... Kitaran hidup semut rata-rata 45-60 hari.... 

5. Semut menggunakan antena mereka tidak hanya untuk menyentuh, tetapi juga antena tersebut merupakan deria rasa mereka.... 

6. Kepala semut memiliki sepasang rahang yang besar dan kuat. Rahang tersebut boleh bergerak serta boleh dibuka dan ditutup seperti gunting.... 

7. Semut dewasa tidak boleh mengunyah dan menelan makanan padat. Sebaliknya mereka menelan jus yang mereka perah dari potongan-potongan makanan. Mereka membuang bahagian makanan yang kering....

8. Semut mempunyai dua perut... Satu perut untuk menyimpan makanan sendiri dan yang kedua sebagai penyimpan makanan untuk dibagikan dengan semut lainnya. Seperti semua serangga, bahagian luar tubuh mereka ditutupi dengan perisai keras yang disebut dengan exoskeleton....

9. Semut mempunyai Ratu....Tugas Ratu Semut adalah bertelur dan semut pekerja sebagai pengurusnya. Semut pekerja adalah semut yang steril, mereka mencari makanan, menjaga semut muda dan mempertahankan sarang dari pengunjung yang tidak diinginkan. Semut adalah serangga yang bersih dan rapi. Beberapa semut pekerja diberi tugas mengambil sampah dari sarang dan meletakkannya di luar tempat pembuangan sampah khusus. Setiap koloni semut memiliki bau tersendiri. Dengan cara ini, penyusup dapat segera diketahui. Banyak semut seperti pada umumnya spesies semut merah memiliki sengatan yang mereka gunakan untuk mempertahankan sarang mereka....

10. Pada malam hari semut pekerja memindahkan telur dan larva ke dalam sarang untuk melindungi mereka dari udara dingin. Pada siang hari, semut pekerja memindahkan telur dan larva dari koloni itu ke bahagian atas sarang, sehingga mereka mendapat udara yang lebih hangat. Jika semut pekerja telah menemui sumber yang baik untuk makanan, ia meninggalkan jejak bau agar semut lain dalam koloni itu dapat menemui makanan tersebut. Semut tentara bersifat nomaden dan mereka selalu bergerak. Mereka membawa larva dan telur mereka dalam satu barisan koloni yang panjang.



Petua Untuk Membasmi Semut....

- Letakkan sekurang-kurangnya 3 biji bunga cengkih ke dalam balang penyimpanan gula... Selain menghindarkan semut, ia juga mengharumkan bau gula di dalam balang tersebut....

-Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.

-Bakar kulit telur sehingga menjadi abu kemudian taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.

-Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.

Okaylah, ni sahaja yang AJ nak kongsikan...... Macam biasa, Selamat Mengkaji dan Selamat Mencuba.... Hehehhehehe....

P/s : Kalau nak contohi kerajinan semut bolehlah ye....... Tapi jangan makan semut nanti asyiklah pelupa.... Susahkan orang lain pula kan??

Baca Selanjutnya »

Arghhhhhhhh LIPAS.............


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ datang keje dengan mata yang teramatlah mengantuk gara-gara baru nak landing, terus nampak lipas atas bantal... 
Sampaikan terpelanting telefon dalam genggaman.. Nasib tak terlucut kain batik AJ.... =) 
Tah mana datangnya lipas tu pun AJ tak tahu.... Kesannya pukul 2 lebih baru berjaya tidur dengan aman setelah benar-benar pasti takde lipas yang bakal-bakal muncul.... 
Dan tidurlah bertemankan Fumakilla Hit-Z.. Hahahhahahah.... (Bukan takut ye, tapi AJ geli dengan lipas kerana kakinya yang tajam-tajam serta berbulu kasar.... Kalau lipas terbang lagilah... Serius cakap ni, bukan ayat "cover line" cemerlang tau.....)

Disebabkan dari minggu lepas sehinggalah malam tadi hidup AJ diganggu oleh para-para lipas, makanya hari ini nak cerita sikit pasal lipas ni.....

20 Fakta Tentang Lipas....

1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris "cockroach" berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. (Ye, memang lipas ni gila kalau dah menggila......)

2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.... (Sebab tu kalau kita jirus lipas dalam lubang tandas, relax je dia keluar balik...)

3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus... (So, jangan berangan nak jatuhkan hukuman penggal kepala lipas ni.... Tak lut punya....)

4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup....

5. Lipas mempunyai darah berwarna putih.... (Kira lipas ni macam Mahsuri lah...)

6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.... (Lipas terbang ni paling digeruni lah....)

7. Lipas yang paling besar di dunia adalah "Macropanesthia Rhinocerus" berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram..... (Tak nak lah pergi Aussie macam ni...)

8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa dilihat di Cambodia.....

9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anaknya semua betina... (Hebatnya lipas ni...)

10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.... (Patutlah saya dah bunuh yang besar-besar pun still ada banyak yang kecik-kecik..)

Wah syok kau lipas.. Siap main gitar lagi kan??

11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada apa-apa pergerakkan yang menghampirinya....

12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.....

13. Lipas ada gigi di dalam perutnya.....

14. Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat yang terkena bisa itu.... (Okay mesti bau dia kaw-kaw punya..... Weeeekkkkkk)

15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.... (Patut ada kata pepatah seperti LIpas Kudung...)

16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula......

17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidungnya.....

18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut..... (Sesiapa yang mengalami kecederaan lutut, ambik lutut lipas buat ganti....)

19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam..... (Ini Watson Nyambek pun kalah...)

20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa.... ( Lepas ni boleh cakap kat kawan-kawan yang pemalas.... "Kau ni malas macam lipaslah.... Hahahhahah...)


Petua-Petua Untuk Membasmi Lipas.....

1. Ambil sabun buku yang wangi tidak kira apa sahaja jenama, potong kecil-kecil lalu masukkan di dalam bekas atau tempat-tempat persembunyian lipas..... Insyaallah lipas akan menjauhi tempat tersebut...

2. Lipas tidak suka akan bau Kapur Barus, jadi kapur barus boleh juga dijadikan bahan untuk menghindar lipas.... Tapi, malam-malam nak tidur terbau kapur barus confirm memasing seram sejuk.... Hahahhahaha.....

3. Timun dan lemon juga boleh digunakan untuk menghalau lipas.... Letakkan hirisan timun atau lemon di tempat laluan lipas, maka bertempiaranlah lipas ni lari....... Kalau hirisan tersebut sudah mulai kering, gantikan dengan yang baru ye....

4. Daun pandan juga boleh digunakan sebagai medium membasmi lipas..... Ambil beberapa helai daun pandan letakkan di tempat yg lipas selalu melepak, bersantai dan bersuka-ria.... Atas almari ke, dalam almari ke, bawah katil ke, kat dapur ke atau senang cerita kat memana je yamng menjadi srang para-para lipas ni.... Selain dapat menghalau lipas, daun pandan juga boleh mengharumkan kawasan tersebut..... Kalau tak pun, daun kari pun boleh....

Itu sahaja yang AJ nak bagitahu pasal lipas ni, kalau ada yang nak mengkaji fakta dan mencuba petua membasmi lipas ni.. 
Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya..... Ceeewwwwwaaaahhhh, macam nak ucap kat orang yang nak amik exam pulak... Hahhahhahah...... =)


P/s : Lipas pegi kacau orang lainlah malam ni ye........

Baca Selanjutnya »

Gila Talak!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Apa khabar semua hari ni?? Ada sesiapa yang gila talak tak?? Opssssssss. Harapnya takdelah ye. Kalau ada minta maaflah ye, AJ bukan berniat nak menyinggung perasaan sesiapa..... =)

Okay apa itu GILA TALAK????

Petikan Akhbar!


Gila Talak bermaksud teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai. Ini maksud sebenar gila talak. Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang, orang yang gagal bercinta dalam bercinta tetapi masih lagi teringat-ingat dan mengejar-ngejar bekas kekasih juga boleh dikategorikan dan akan dikategorikan sebagai gila talak.

Mereka-mereka yang termasuk dalam kategori Gila Talak sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan kembali bekas suami, isteri atau kekasih mereka dalam apa cara sekali pun.

Ada yang menggunakan ilmu-ilmu tidak sepatutnya seperti sihir. Ada juga yang terlalu psiko sehingga mengganggu hubungan bekas pasangan dengan pasangannya sekarang. Seperti menggugut pasangan mereka dan kadangkala boleh bertindak di luar batasan seperti mendatangkan kecederaan. Hurmmmmm,  bahaya kan gila talak ni?

Orang yang mengalami gila talak selalunya tidak boleh melihat bekas pasangan mereka berbahagia disamping insan lain. Mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk meruntuhkan kebahagian bekas pasangan mereka demi kepuasan hati sendiri. Dalam erti kata sebenar, orang yang gila talak ni busuk hatilah. Kesian sungguh nasib si gila talak. Sampai betul-betul gila pun ada.

Jadi, bagi mengelakkan masalah gila talak ni berleluasa. Jagalah pasangan masing-masing selagi mereka masih menyayangi dan hargailah apa sahaja yang telah mereka korbankan. Jangan nanti bila sudah terlepas dari gengaman baru nak sedar. Kalau mana yang masih diberi peluang, Alhamdulillah. Kalau dah tak dapat peluang???? Kan dah masuk dalam kategori gila talak....

P/s : Semoga kami dijauhi daripada insan-insan yang GILA TALAK.... Amin.....


Baca Selanjutnya »

Bumper Oh Bumper!


ASSALMAULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lantaran kesibukan beberapa hari ni, tak dapatlah nak update apa-apa kat blog ni..... 
Hehheheheheheh....
Okay, arini AJ sakit lengan gara-gara bumper... Oh kenapa bumper??? 
Jumaat lepas, kereta Mr. JR dilanggar oleh seorang umat manusia ni.... 
Makanya kopak dan hampir luruhlah bumper serta kemeklah panel sebelah kiri....
Punyalah frust Mr. JR time tu... 
So nak tak nak hari Sabtu terpaksalah kami bergegas ke Petaling Jaya hasil carian dekat Lelong.com.my mengangkut bumper baru.... 
Bukan angkut naik kereta, angkut naik motor.... 
AJ, Mr. JR, panel kiri dan kanan serta bumper..... Naik Motor Okay... Hhahhahahahhaha..... 
Bayangkanlah kami mengangkut semua tu dari Petaling Jaya ke Taman Permata, Ulu Klang....
Lepas pada tu, masing-masing sakit segala urat saraf.. Hahhahhahaha.. 
Kesian kitorang.. Nak buat macam mana kan? DARURAT........ =)

Hebat tak kitaorang???? =P

Hasilnya
.................
.........
....
..
.

Tadaaaaaa..... Semua sakit... Hambik korang......

P/s : Mr. JR, lain kali jangan buat kerja gila lagi ye...... Hhahhahahahahah...... 
Now say THANK YOU CEPAT.....

Baca Selanjutnya »

Kau Ni Memang Tak Reti Bersyukur Ke Ek???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari ni memang AJ bengang dan geram sangat dengan seorang umat manusia kat office ni...
Okay, bukanlah nak cakap diri sendiri bagus sangat... Tapi dah bagi muka, melampau-lampau sangat pulak jadinya... Tak bersyukur ke bila dah takde keje tu, ada company nak bagi keje???!!!!!
Kalau tak nak, buat apa terima tawaran tu, baik bagi orang lain... Berlambak-lambak dan bersepah-sepah manusia nak keje lah..... 
Ishhhhhh maaf ye semua, memang AJ geram sangat hari ni... 
Bayangkan orang lain pulak yang kena bersusah payah bila seorang budak ni buat hal??? Sesuka hati dia je nak datang keje ke tak nak datang.... 
Dia tu memang tak bersyukur ke apa? Bulan ni dah empat kali...
AJ ulang EMPAT KALI boss bagi peluang kat dia...
Dekat company lain ada nak dapat peluang macam ni??? Boss macam ni??? Kau buat hal, jam-jam tu jugak kau kena pecat...... 
Dahlah tu, kalau tak datang tak menyusahkan staff lain takpe... Ni kitorang pulak yang kena tunggu dia siapkan keja dengan ERROR yang bersepah tu?
Kalau dah ada error memang semua staff, SEMUA bukan dia sorang je yang kena bambu......
Ishhhhh Sakitnya hati ni......

Heiii, tolonglah bersyukur bila orang dah bagi keja dan dah bagi peluang keempat walaupun dalam masa sebulan ni adalah dalam sepuluh hari je kau datang keja........
Masa nak kena pecat hari tu bukan main kau merayu nak keja lagi...
Dah bagi peluang kau buat lagi hal kan??Lepas tu semalam datang lagi merayu.... 
Sekarang peluang terakhir pun kau nak sia-siakan jugak ke.....?
Apa kau ingat company ni ada share ngan keturunan kau ke??? Bersyukur la weiiiiii!!!!!



P/s : Okay sakit hati sebab kena re-check error yang berlambak-lambak...
Dan confirmnya, esok aku kena stayback lagi gara-gara perangai kau yang tak bertanggungjawab tu........
Tension betul aku!!!!
Baca Selanjutnya »

Kejutan Budaya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay, dalam beberapa hari ni kan semua kecoh pasal Nur Amalina Che Bakri tu....
Ye, gadis yang cemerlang dalam SPM suatu ketika dulu... 17A1 okay.. Kau Ada?? Hehhehhehehhe....
Okay-okay, serius...... AJ tak tahu akan kesahihan gambar-gambar tersebut, tapi pada pandangan mata kasar, dia memang Amalina..... Perubahan yang sangat mengejutkan ramai pihak.... 
Dahulunya, kelihatan sopan dan lemah lembut, tetapi penampilan sekarang sangat jauh berbeza dari apa yang kita lihat dahulu.... 
Inilah yang dikatakan KEJUTAN BUDAYA.... Lebih lagi bila duduk diperantauan dan dikelilingi orang-orang yang berlainan budaya dengan kita, mesti lama-kelamaan kita akan terikut sama jika tidak tahan godaan kan?? 
AJ tidaklah menyokong akan perubahan yang Amalina lakukan... Sebab memang apa yang berlaku salah... Tapi semua orang buat salah kan?

Berbalik kepada kejutan budaya, tak usahlah kita memandang nun jauh kat UK tu....
Dah tentu-tentu negara Barat memang jauh beza budaya dan cara pemakaiannya lagi pula berjauhan daripada IbuBapa yang boleh membimbing lagi jauhlah terpesongnya...
Cuba lihat saja disekeliling kita... Penuh dengan insan-insan yang mengalami kejutan budaya.... 
Sebagai contoh, mereka yang baru meneroka dan mengenali kehidupan sosial dan berasal dari kampung atau pendalaman... Ini contoh ye, jangan salah faham pulak.. 
AJ tahu, tak semua yang datang dari kampung atau pendalaman akan mengalami kejutan budaya.. 
Tapi kebanyakannya pasti sedikit sebanyak akan mengalami kejutan budaya.... 
Tak payah tengok yang dari luar bandar jugaklah, ada yang datang dari bandar besar sendiri pun boleh dapat kejutan budaya.... 
Dari tak hisap rokok dah pandai hisap rokok... 
Dari kat depan Mak Bapak tak minum arak malahan arak tu apa pun tak tahu, keluar kawasan sikit dah pandai teguk Air Kencing Setan tu, siap jadi hidangan wajib lagi.... 
Dari sopan-santun, lemah lembut dan menjaga penampilan dah pandai pakai seksi, buka sana, buka sini, dedah sana, dedah sini bila sampai kat Bandar-bandar besar... 
Tidakkah kita perasan akan semua ini?? 
Pokok pangkal, tepuk dada tanya selera.. Adakah itu yang kita mahukan?? Tapi kenapa kita sibuk menggembar-gemburkan Cerita Dari Barat?? 
Tolonglah betulkan dulu insan-insan yang mengalami kejutan budaya kat Malaysia ni, barulah kita cerita pasal kisah dari UK....





P/s : Tapikan, mak Amalina keluar kenyataan cakap semua pakaian yang dipakai anaknya dibeli oleh beliau sendiri semasa bercuti di sebuah negara, Paris kalau tak salah.... 
Aik???? Seluar jaring-jaring tu pun mak dia yang belikan ke??? OPSSSSSSSSSSS........... Wallahualam.... Seorang ibu tentu lebih mengenali anaknya dari orang lain kan....... 
Kalau itu kata dia kepada pihak Media, itulah kot........


Untuk diri sendiri : Ye, AJ pun takdelah sesempurna mana.... Tapi nak kata ada masalah kejutan budaya tu, tak lah sangat adalah sikit...

 Sebabnya AJ memang dibesarkan dan membesar dalam suasana begini sejak kecil....  =)

Baca Selanjutnya »

Cuti Sekolah Telah Berakhir...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Apa khabar semua hari ni? Hopefully sihat-sihat je....
Wahhh hari ni pagi lagi AJ dah update blog.... Excited kunun.. Hahahahhahahah....
Okay semua orang dah tahu kan hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi semua sekolah di Malaysia, kecuali bagi beberapa negeri yang telah memulakan sesi persekolahan semalam....
Mesti seronokkan bila dapat tengok gelagat anak-anak kecil yang baru memasuki fasa prsekolahan... 
Ada yang menangis ketakutan, ada yang seronok dan ada yang diam kelu seribu bahasa.. 
Terimbau kenangan AJ dulu.... Kalaulah boleh diulang masa, waktu persekolahan itu adalah zaman yang paling menyeronokkan... 
Bukan seronok nak belajar, tapi seronok nak berjumpa dan membuat onar bersama teman-teman seperjuangan..... Hahahahah.. Okay terserlah pulak AJ ni budak nakal...... =P

Okay sekarang nak imbau sikit kenangan zaman persekolahan AJ... 
Setiap tahun, kalau hari pertama persekolahan mesti AJ ke sekolah dengan baju baru, kasut baru dan beg sekolah pun baru. Buku sudah semestinya barulah kan.... Tahun baru semuanya mesti nak baru.... 
Tapi, tukang balut buku sekolah dah tentu abang AJ... Kadang-kadang tu, kasut sekolah pun abah yang basuhkan tau.. Terukkan??? Heheehh... 
Lepas tu, kawan-kawan AJ kat sekolah majoriti adalah yang berlainan gender.. Bukan AJ tomboy ye.. 
Tapi AJ lebih selesa bergaul dengan pelajar lelaki.. Sebab tu masa sekolah AJ agak nakal... 
Adalah beberapa kali keluar dari kelas duduk melepak kat kelas lain, macamlah cikgu takde dalam kelas sendiri... Hahhahah.... 
Selalunya, awal-awal tahun AJ selalu jarang ada dalam kelas sebab terlalu bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.. 
Olahraga, Bola Baling, Bola Tampar, Kapten Rumah Sukan, Setiausaha Pengawas, Ajk kelab itu, kelab ini... Banyaklah, bak kata pelajar lain, habis semua sukan dan jawatan yang AJ nak bolot.. Hahhahahah... 
Dah la setiap hari perhimpunan asyik tengok muka yang sama... Dah kata emcee, korang hadaplah kan?? Hahahhahah... =) 
Korikulum pulak??? Bolehlah, cukup makan... Tak gagal okay... Hahhahha... Boleh??? 
Alhamdulillah dalam pada nakal AJ, ponteng sana sini dan kadang-kadang sesuka hati sendiri nak keluar masuk pintu pagar sekolah, AJ tidak berada dalam kalangan pelajar yang tercorot...... 
Yelah, nakal-nakal jugak... Tapi time belajar tu, belajarlah jugak.. Hhahahhha.....

Kepada adik-adik yang masih bersekolah tu Selamat Berjaya okay.... Semoga kalian berjaya dengan cemerlang dan menjadi insan berguna kepada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan juga negara...... Insyaallah... Mana yang rasa diri tak berapa tu, belajar rajin-rajin, insyaallah mesti boleh.. Kadang bukan tak pandai pun.. Tapi malas nak berusaha....

Kat sini nak selit sikit gambar-gambar semasa masih di bangku persekolahan.....
Kawan-kawan mana ada dalam ni, Selamat Menyusuri Kenangan Persekolahan Kita....

 Darjah 2 Kot... Yes i know i'm innocent.. Tq.. Hahahhaha....


 Darjah 1 Cekal


Darjah 4 Budi

Kelab Olahraga... Tingkatan 1

Tingkatan 6 Of Course... Dah Ada Tulis kan...

Pengawas-pengawas Brutal.. Hahhahhah...
Pelari-Pelari Sekolah...

 Antara Kawan-Kawan Kat Sekolah...

P/s : RINDU kenangan zaman sekolah....


Baca Selanjutnya »

Hari Pertama Bekerja 2012


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Macam biasa lah kan... Bila dah hari pertama setelah berhari-hari cuti mesti semua orang lemau....... (Jangan nak geleng kepala ye..... Mesti punyalah kan kan kan.....)
Hari ni, AJ sampai awal okay... Orang pertama sampai office... 
"Cayalah kau AJ, hari pertama dalam tahun 2012 kau sampai awal...."
Bermonolog pula dalam diri kan... Hhehheheheh..... Kembang makan puji diri sendiri.... 
Tapi mungkinkah sampai awal dengan harapan dapat gaji hari ni?? Jeng...jeng...jeng..... 
Okay orang lain punya gaji dah habis pegi shopping, kau baru nak gaji... 
Tapi lantaklah kan... Selamat sikit duit gaji bila dapat gaji selepas "Year En Sale" kan.....? Fuhhhhh......

Hari ni, Boss AJ masuk dengan mood yang baik.... Memang betul pun.. 
Lunch tadi dia secara tak semena-mena tanya, kitorang ada appointment ke tak during lunch?? 
Memang tak lah jawapannya.... Then, dia suruh AJ order pizza, dia dengan murah hati nak belanja.... Alhamdulillah.. Murah rezeki kitorang hari ni... Tak payahlah nak turun bawah tapau... Heheheheheh..... Terima kasih ye Encik Boss... Esok belanjalah lagi.... Wahhh, berlemak nak suruh belanja lagi kan? =p

Okaylah, hari ni tak boleh nak membebel panjang sangat... Sebab Encik Boss tak keluar berfoya-foya pulak.. Hahhahahahha... "Okay nampak sangat Curi Tulang.." Shuuuuhhhhhhhh keep it secret.. Hhahahhahaah..
Okbye.....

Okay ini bukan Iklan Pizza..... Teeettttttttt!!!!!!!!!

P/s : Perut kenyang.. Sebab tu hati riang... Lalallalallalalalala..........
Mr. JR Jangan Jeles okay... I Love U....

Baca Selanjutnya »

Selamat Datang Ke Tahun 2012


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni kita dah berada di tahun 2012.....
Wahhhhh ini bermakna usia kita semua dah meningkat naik 1 tahun lagi.... 
Usia AJ pun dah jadi 18 tahun lah.... Hahhahhahhaha.... Okay jangan nak perasan muda sangatlah.....

Azam AJ untuk tahun baru ni apa ek??? Okay, tak nak lah cakap azam...
Sebab kalau azam mesti nak kena kejar betul-betul kan? Impianlah senang cakap.... 
AJ rasa tahun 2012 ni, AJ nak tukar status kot... Insyaallah kalau diizinkan Allah swt dan jodoh AJ dengan Mr. JR dipanjangkan... 
Yelah, AJ pun bukannya semakin muda... Tahun ni je dah masuk 26 tahun..... 
Jadi elok sangatlah tu kan?? Heheheheh.... 
Kawan-kawan dan sepupu sepapat yang lebih kurang seusia semua dah selamat menjadi tunangan dan isteri orang... 
AJ je yang belum... Hehehhehe... Semakin banyak soalan "cepukmas" yang akan AJ kumpul nanti... 
Bukan takde jodoh.... Tapi seru untuk kami melangkah ke alam seterusnya tu belum sampai.... 
Banyak lagi perkara yang belum dilaksanakan... Insyaallah jika tiada aral melintang, menegak atau membulat, dalam tahun ni adalah.... 
Cuma tak tahulah tengah ke hujung.... Heeheheheh...

Selain itu, AJ nak kumpul aset sendiri... Paling tak pun, sebiji motor jadilah... 
Kapcai secondhand pun dah kira bersyukur dah tu.... 
Kerjaya pun agak stabil... Insyaallah, kalau usaha lebih sikit dari selalunya, impian ni tercapai kot..... 
Doa-doakan AJ ye kawan-kawan... Ohhh, mungkin kena kurangkan nafsu membeli belah yang membuak-buak tu..... (Boleh ke?) Belum gaji dah pegi survey itu ini... Macam manalah nak kumpul aset ni?? Hehehhehehe....

Okay lah rasanya ni je lah yang AJ impikan buat masa ni.... 
Kang bila dah banyak sangat, tak tahu mana nak kejar... Hehehhehhehehe..... 
Korang pulak macam mana? Banyak ke azam dan impiannya?? Jangan tak terkejar sudahlah ye........ Apapun azam dan impian korang, AJ doakan korang semua Selamat Berjaya..... =) 
Insyaallah.... Rezeki Allah tu luas.. Ada rezeki kita, adalah kan???.......


P/s : I Love U

Baca Selanjutnya »