Ye, Aku "QUEEN CONTROL"


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ nak buat pengumuman. Ye, memang AJ "QUEEN CONTROL"
So??? Tak suka?? Boleh  blah. Tapi melekat lagi.
Sebab apa??? Tanya diri sendiri. Janganlah tanya AJ.

Ada masalah dengan orang lain ke kalau AJ Queen Control??? Kalau dengan orang yang berkenaan memanglah menjadi masalah. Tapi ni yang tak berkenaan pulak nak lebih sudu dari kuah.

"Hello...... Siapa je yang aku control, orang tu ada kena mengena dengan aku..."
Sebab aku nak control???
Tak perlulah nak bukak Aib orang kat sini kan. Berdosa pulak tak pasal. Hehehehehehh.

Apa pun, ada aku kisah????


P/s : Queen Control okay lagi, Jangan Drama Queen!!!!!



Baca Selanjutnya »

Selamat Pengantin Baru Zul...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Macammana Hujung Minggu korang??? Hope baik-baik je. Okay, minggu ni merupakan minggu yang membuatkan AJ happy. Sebabnya????? Sahabat baik AJ melangsungkan perkahwinan.

Alhamdulillah. Dulu AJ lah yang bercinta bagai nak rak. (Tapi tu cerita lama.. Sekarang AJ bahagia, cuma belum masa untuk mendirikan rumahtangga....)
Tapi penyudahnya dia kahwin dulu.. Tak sangkakan?? =D

Apapun tahniah kepada sahabat AJ Mohd Zulkifli Aliah dan pasangannya, Mastura.
Semoga hubungan kalian sebagai suami dan isteri kekal sehingga ke akhir hayat.... Amin.


Terima kasih kepada mereka yang menemani AJ.. Mr. JR and Reid...... =)
Reid, sorry gamba ko takde plak.... Hehehheeh....

P/s : Turn AJ??? Insyaallah sooner or later jika diizinkan Allah swt dan jodoh AJ dengan Mr. JR berpanjangan..... =)


Baca Selanjutnya »

Kenapa.....Kenapa......Kenapa.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ehhh? Kenapa ni????
Huhuhuuuh... =)
Kenapa ye?????
AJ rasa, AJ tau kenapa......
Dan AJ rasa, AJ tak tau kenapa.......
Alamak!!!!!! Kenapa ni???
Okay, kenapalah macam ni....
Kenapa.....Kenapa.....Kenapa......


KENAPA????
AJ dilanda 1 rasa....
Rasa nak demam...
Alaaaaaa.... Tak sukanya kalau nak demam ni.......
Dari semalam dah rasa macam tu....
Lepas tu pegi keje pun macam takde semangat....
Siap tidur-tidur kat ofis....
Dah la dengan slumbernya tidur time Boss ada...
Hahahhahahahhahaah...=)

Tapi.....
Dalam pada rasa nak demam tu...
Balik keje semalam sempat pulak layan karaoke dengan Mr. W...
Lelaki misteri ke??? Bukanlah....
Hehehheh =) Dia minta AJ rahsiakan....
Ni takut gf ke apa?? Entahlah...
Apapun thanks for cheer me up Kawan..... =D
Psssttt : Mr. W, lain kali kau bawak aku lagi tau.... Hahahhahaa.....

Dan.....
Hari ni AJ still lagi rasa nak demam....
Lepas tu malas yang bertimpa-timpa.......
Ini la bahananya....
KENAPA???
Kerana Cuti yang berulang-ulang dan AJ sememangnya takde mood......
Adehhhh... Apa pun tak bolehlah...... =)

P/s : Kau dah kenapa AJ!!!!!!!!!!????


Baca Selanjutnya »

Kepada pasangan yang suka Berposing Sakan....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kepada pasangan suami isteri atau kekasih yang suka berposing tu, apa kata korang join contest yang Durex LoveBox buat bersempena Valentine yang bakal tiba ni....
Ehemmm..... Kalau dah anjuran Durex, maknanya korang mestilah berumur 18 tahun ke atas.....
Hadiahnya agak lumayan...
Percutian ke Krabi, Thailand bernilai RM10,000......
Sesiapa yang baru berkahwin dan belum pegi Honeymoon bolehlah cuba....
Mana tau rezeki korang.....
Kannnnnn, dah saving..... Jimat duit...
Hahahhahahhahah...... =)

Kalau ada sesiapa yang nak join contest ni, klik : http://my.churpchurp.com/ayuejean/share/Durex
Jangan malu-malu ye......... Mudah je....
Ambil kamera..... Click-Click dan tadaaaaaaaaaaa.......
BOLEH BERCUTI..... YEAYYYYYY!!!!

P/s : Tu pun kalau bernasib baik menang ye..... =)


Baca Selanjutnya »

Penipuan : Bolehkah ia Mengembalikan Kepercayaan???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ehhh? Dah petang??? Hati dah ada kat rumah dah ni.....
Huhuhuhuhuhuhu... =)
Okaylah, balik kepada entri AJ...
Semua orang... Baik lelaki mahupun wanita, mesti pernah menipu, ditipu dan tertipu....
Tak kisahlah penipuan tersebut datangnya daripada siapa kan??
Tipulah kalau ada yang cakap tak pernah melalui pengalaman tersebut... =)
AJ juga pernah menipu dan ditipu......
Cuma, sebab kita menipu itu yang berlainan....
Ada orang menipu untuk menyelamatkan diri sendiri....
Ada yang menipu untuk melindungi orang lain.....
Ada yang menipu untuk kepentingan diri sendiri..
Di tahap manakanh penipuan kita? Tepuk dada tanya selera.....

Pada yang pernah ditipu, pasti sukar untuk kita mempercayai kembali si penipu kan???
Tambahan pula jika penipuan tersebut dilakukan berulang kali oleh insan-insan yang terdekat dengan kita...
Mampukah kita memberi kemaafan dan mempercayai insan tersebut.....???

AJ percaya kepercayaan itu pasti kembali.....
Cuma masa je akan menentukan semuanya....
Pintu kemaafan itu luas........
Semakin luas kita membuka pintu tersebut, makanya semakin cepatlah kita boleh mengembalikan kepercayaan kita terhadap si penipu......
Walaupun selalunya, kepercayaan tersebut tidak sama seperti sebelumnya.....
Kepada insan-insan yang selalu menipu, berterus teranglah....
Kerana sepahit mana pun kebenaran itu, sekurang-kurangnya ia tidak sepahit dan sesakit sebuah penipuan......
Kepada sesiapa yang pernah merasa tertipu dan ditipu oleh seorang insan bernama AJ...
AJ ingin memohon sejuta kemaafan.....
Kepada yang penah menipu AJ, AJ maafkan kalian....
Berterus teranglah kalau rasa masih mahu mengembalikan sebuah kepercayaan....
Nescaya hatimu akan lebih tenang.......



Pilih Jalan Kita....
Hadiahkan Sebuah Kemaafan...
Kembalikan Kepercayaan....



P/s : Alhamdulillah, buat masa ni tiada episod penipuan yang berlaku dalam hidup bagi fasa 2012 ni.....
Esok lusa??? Wallahualam.... Allah s.w.t sahaja yang lebih Maha Mengetahui....


Baca Selanjutnya »