Isnin Sangat KEJAM!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Setelah berhujung minggu, tidur sampai petang tak ingat dunia....
Bangun tidur bersiap sedia lepas tu keluar merambu sampai pagi buta dengan Mr. JR...
Mulalah terasa Isnin tu sangat kejam....
Hahhahahahhahah.... =)
Tahap malas melampau dengan mata yang mengantuk teramat sangat memburukkan keadaan...
Tambahan pula pagi tadi nak pegi keje cuaca pulak sejuk dengan hujan rintik-rintik...
Lagilah rasa Isnin itu memang teramat kejam.... Huhuhuhu.....
Maka, otak pun mulalah berimaginasi.......
Aduh kenapalah ada Hari Isnin???
Kenapa takde hari yang hari-hari adalah weekend, lepas tu gaji masuk je sentiasa...
Kan syok kalau ada hari yang macam tu.... =)
Okay terserlahlah kemalasan dah sampai tahap yang paling tinggi.......
Hhahahhaahhah.. =D
Sekarang ni mood nak buat keje dah drop ke tahap 0.0012%...
Mata mulalah asyik menjeling-jeling jam kat desktop...
Berkira-kira bilalah nak pukul 1pm...
Sambil-sambil tu jeling sekali boss kat dalam bilik, kang tak pasal kantoi tak buat keje..
Dah start esok tak payah datang keje pulak.... =P
Okay, 5minit lagi dah pukul 1pm.....
Hati ni dah mula melonjak-lonjak keriangan..
Nasib duduk dalam badan...
Kalau jantung kat luar semua orang akan nampak jantung tengah happy bila nak pukul 1pm..
Sebabnya dalam kepala otak dah set...
PUKUL 1 PM AJ NAK TIDUR.....
Hahhahhahahahah.... =)

Ye, memang ISNIN SANGAT KEJAM.........


P/s : Isnin boleh tak jangan ada dalam mana-mana kalendar???
Hahhahahahahaha... =)
Baca Selanjutnya »

Bagaimanakah Hari Tua Kita????


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ pegi makan dekat Medan Selera Damai dengan Mr. JR......
Kalau sesiapa yang tak tahu, Medan Selera Damai ni terletak berhampiran Hotel Vistana, Kuala Lumpur....
Tapi, AJ bukan nak cerita pasal medan selera ni.....
Hehehhehhehe.... =)
Kat situ dipenuhi dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang beriadah.....
Riadah apa ye????
Aktiviti diorang ialah Karaoke......
Syoknya tengok golongan-golongan dalam lingkungan umur ibubapa AJ beriadah dengan cara begitu....
Tersenyum AJ melihat gelagat mereka........
Kagum pun ada.....
Suara mereka pulak, ada yang mengalahkan penyanyi-penyanyi sedia ada dalam industri....
Waaaaaahhhhhhhhhhhh terpegun AJ dan Mr. JR.....
Ada yang suaranya biasa-biasa dan ada pula yang suaranya membuatkan AJ pandang dia, dia pandang AJ.... Tak tahu nak cakap, nyanyi ke baca lirik.....
(Maknanya??? Korang fikirlah sendiri... =D)

Agaknya kan....
Macam manalah Hari Tua kita nanti????
Sempatkah kita semua menikmati hari tua???
Apakah dan bagaimanakah kita di hari tua???

Semalam tanya kat Mr. JR, Boleh tak dah tua nak macam tu??
Kan best kalau ada geng macam tu bila dah tua nanti.....
Jawabnya..... Boleh, tapi jangan kacau dia Ride.....
(Dah tua pun nak ride jugak ke Mr. JR??)




P/s : Riadah, riadah juga..... Tapi jangan lupa bekalan untuk dibawa kelak....
"Eceeeewwwwaaahhhhhhhhhh AJ....  Pandailah kau nak menasihat kan???
Hahhahahahhahahaha...... OkBye...."



Baca Selanjutnya »

Hujan....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kala ini,
Hujan menitiskan mutiara jernih dari awanMu yang sebentar tadi biru......
Membasahi permukaan bumiMu yang sedang ketandusan...
Menyirami hidupan-hidupan serta pepohon menghijau yang sedang kedahagaan....
Mendamai dan menyejukkan hati yang sedang kepanasan......

Hujan,
Kau mengingatkan aku kepada sesuatu....
Mengingatkan kenangan dimana Aku dan Si Dia bertemu.....
Dimana aku jatuh cinta saat Sang Pencipta menjatuhkan manik-manik jernih di muka bumiNya....
Alangkah indahnya waktu itu....
Masih lagi indah seperti dulu....

Hujan,
Di saat ini, ingin sekali aku keluar biar diri ini basah kedinginan dalam rahmatMu....
Ingin sekali aku menikmati kejadianMu yang indah dan mendamaikan....
Biarlah aku menangis dan tertawa dibawah titis-titis manik jernihMu.....
Sesungguhnya,
Hujan itu suatu Rahmat yang diturunkan Ilahi.......

Saat Allah s.w.t melimpahkan rahmatNya....
Ketika itulah aku melamun jauh.....
Kerana Selepas Hujan... Dimana Aku dan Dia bertemu...
Kenangan Terindah....


P/s : AJ Suka Hujan.......


Baca Selanjutnya »