Tahukah Kamu????

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi-pagi buta ni AJ ada sedikit info nak share dengan korang......
Korang semua tahu tak ada 4 jenis makanan hebat yang mampu mengawal kadar Kolestrol dalam tubuh kita semua??? Apa dia makanan tersebut.....

1. EPAL
~Memakan sebiji Epal Hijau dan meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan kamu.


2. KISMIS
~Mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan kolestrol!!! Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8 peratus.... WOW!!!!


3. OAT
~Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat juga dapat mengurangkan risiko Penyakit Jantung.


4. JAMBU BATU
~Buah ini mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8 peratus. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas dalam tubuh.


P/s : Sekarang dah tau kan??? Apa kata korang masukkan segera dalam menu makanan korang mulai hari ini...... Selain menyihatkan, ianya juga murah dan mudah didapati....
Cepat jangan berlengah lagi... =)
Okay, sekarang AJ nak ZzZzZzZzZzZz.....
GudNite Korang..... =)



Baca Selanjutnya »

Jangan Kau Sangka Badanku Kecik, Tak Kuat Makan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya, setelah dari tadi mencuri-curi menggodek blog sana sini...
Barulah AJ dapat menaip dengan tenang dan tanpa rasa was-was...
Tadi Boss ada, so kenalah cover line cemerlang.... Heheeheh.... =P
Tapi dalam cover-cover line tu, sempat jugaklah buat Header baru yang lebih simple dari sebelum ni....
Okay masuk topik yang sebenarnya AJ nak cerita.....

Badan kecik tak kuat makan???? Ehhhh? Betul ke??
AJ tak percaya langsung sebabnya saya seorang yang bertubuh kecil atau petiti....
Tapi nafsu makan.... Humakngai... mengalahkan mereka yang mempunyai berat badan 60-70 kg ke atas....
Kalau kat rumah, AJ lah juara makan...
Tak percaya??? Pegi tanya mak AJ... Ni no dia 0123456789... (Okay tipu je nombor ni)

Kejap tadi pun baru lepas makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis petai......
Dan tak sampai 10 minit lepas habis makan nasi, AJ makan pulak maggi perisa Asam Laksa..
Aduhaiiii... Heaven dan nyaman betul... Nak pulak bila tengok luar tingkap ofis rintik hujan turun dengan lebatnya..... =D
Malam ni pulak AJ nak paksa sesiapa je bawak pegi makan Steak.... Yummy......
Sampai ada yang cakap AJ bela ANAKONDA dalam perut..... Adehhhhhh =)
Tapi dalam pada AJ kuat makan, berat ni susah jugak nak naik........
Itu yang AJ tak suka..... =(
Apapun AJ bersyukur masih boleh lagi menikmati kelazatan nikmat makanan......
Alhamdulillah........


P/s : Sekarang bila perut dah kenyang, barulah bersemangat nak buat kerja lebih masa tak berbayar kat ofis ni....
Itupun kalau gagah nak buat keje... Kalau tak.........
ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZ
Krooooohhh....Krooooohhhhh..... 


Baca Selanjutnya »