Berfesyen!!! Bukan "Mangsa Fesyen"




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Cuba korang tengok sekeliling korang....
Apa yang korang nampak???
Mestilah kawan-kawan dan orang sekeliling kita kan....
Cuba tengok pakaian mereka pulak...
Macam mana????
Haaaaaaaa... Pasti ada yang menarik, kurang menarik dan juga pelik-pelik.....
Inilah yang dinamakan FESYEN....

Sekarang ni macam-macam fesyen yang ada kan....
Cakap je nak gaya macam mana dan macam siapa...
Bersepah-sepah dalam pasaran... =D
Tak salah nak berfesyen... Tapi mestilah kena dengan tempat dan keadaan...
Jangan main redah je kawan...
Silap-silap haribulan, pakaian yang cantik dan fashionable pun boleh nampak janggal...

Sedikit tips supaya tak menjadi "Mangsa Fesyen"

1. Berpakaianlah mengikut kesesuaian majlis.
Jangan pulak pegi Majlis bertemakan Traditional tapi pakaian kita terlampau Moden sangat pulak.....
Tak ke nampak sangat lainnya tu......
Walau macam mana cantik pun pakaian yang digayakan, tetap menampakkan kita seperti mangsa fesyen....

2. Pakai bersesuaian dengan bentuk tubuh kita.
Bukannya suruh pakai yang "fit" gila sampai nampak susuk tubuh tu.....
Tapi biarlah kena dengan tubuh badan..
Ini tak, badannya kecik tapi baju yang dipakai besar ya amat...
Dah nampak macam baju pinjam pula....
Macam tu jugak sebaliknya bagi mereka yag bertubuh besar...

3. Memilih pakaian yang tepat dan sesuai dengan warna kulit.
Bagi mereka yang berkulit agak cerah, masalah warna bukanlah isu yang besar buat mereka....
Untung ada kulit yang gebu kan..... =D
Tapi bagi mereka yang berkulit gelap tu, pandai-pandailah bermain dengan warna...
Tersalah pilih warna, nampak macam baju bergerak pula nanti....

4. Pilih aksessori yang kena dengan pakaian.
Dalam berfesyen, tidak lengkap sekiranya tidak dipadankan dengan aksessori kan?
Contohnya rantai, cincin dan sebagainya...
Pastikan anda memilih aksessori yang sesuai dengan pakaian yang dipakai....
Dan jangan pula berlebihan kalau tak nak nampak macam "Pokok Krismas"

Ini saja lah kot tips yang dapat saya kongsi......
Selamat BERFESYEN.... Jangan sampai jadi MANGSA FESYEN..... =P


P/s : Kadang apa yang CANTIK pada mata kita,
tak semestinya nampak CANTIK kalau tak kena dengan kita.... =D

Baca Selanjutnya »

Korang Tolong VOTE BABY NURSYIFFA IMAN DAMIA Boleh???



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

ENTRI INI AKAN MELEKAT KAT SINI SEBAGAI 1ST ENTRI SAMPAI 31 MEI 2012

Korang.......
AJ nak minta tolong korang boleh????
Mana-mana yang ada FACEBOOK tu, tolong Like link bawah gambar tu boleh??....
Lepas tu mana yang baik hati, tolonglah share jugak.. =D
Ini bukan spam......
Ini gambar si comel ni....
NURSYIFFA IMAN DAMIA


Sebelum tu.... Kena like page penganjur dulu barulah undi tu dikira...
http://www.facebook.com/chanteques <------- LIKE NI DULU...


KLIK LIKE KAT SINI
Boleh VOTE sampai 31 MEI 2012

P/s : Terima Kasih Korang.....
Nanti Mia Belanja Coklat........
Baca Selanjutnya »

Handphone Canggih Korang Tu ORIGINAL Ke???




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Saya yakin korang semua ada handphone kan????
Dan saya rasa handphone korang semua mesti canggih-canggih kan?? 
Paling kurang pun ada function MMS, MP3, kamera dan macam-macam lagi.... 


Tapi....

Korang yakin ke handphone canggih korang tu ORIGINAL????
Jom kaji selidik sikit.... =D



1. Keluarkan handphone masing-masing...
2. Tekan keypad handphone korang dengan nombor ni *#06# 

3. Lepas tu akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
Kemudian tengok nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
Contoh : 358516015391035

4. Semua dah dapat nombor IMEI masing-masing kan....
Jom kita semak ORI ke TAK ORI....

  
   02 atau 20 – dari CHINA = LOW QUALITY
 08 atau 80 – dari GERMANY = FAIR QUALITY
 01 atau 10 – dari FINLAND = VERY GOOD
 00 / 03 / 04 -  dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
 13 – Azerbaijan = VERY BAD QUALITY AND DANGEROUS FOR YOUR HEALTH

 


P/s : Dah tau dah Handphones Korang punya Status???
Mana yang masa korang beli, orang tu cakap ori tapi tak ori....
Kena TIPU la tu....
Baca Selanjutnya »