Kad Raya Dah Sampai...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi semua cakap pasal kad raya....
Balik je dari ofis tadi tengok ada 3 sampul yang dinamakan atas nama AJ...
Muka pun ada manyak senyum...
Satu per satu sampul AJ buka.....
Pertama dapat kad dari blogger Eqbal Zack......
Kedua kad dari blogger Cik Rongoks.....
Ketiga kad undangan perkahwinan juga dari Blogger.....
Apapun terima kasih atas ingatan kalian.....
Ada sesiapa lagi tak yang teringin nak bagi AJ kad raya?
Hahahahaha.... Tak malu sungguh.... =P



P/s : AJ memang selalu jadi penerima kad raya tetap dalam rumah ni...
Hehehehehe.... =D


Baca Selanjutnya »

Olimpik London 2012



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay entri lagi..
Sila jangan muak atau rasa nak muntah belahak....
Ni semua gara-gara sistem kat ofis tengah buat hal.....
Daripada stress-stress, rasa nak lempar PC baik AJ berblog.....
Kurang sikit rasa nak marah tu...
Hhehehehehe... =D



Korang tengok Olimpik London 2012 tak?
Mesti tengok kan....
Tapi AJ bukan nak cakap pasal unsur-unsur illuminati atau freemason yang digembar-gemburkan tu.......
Sebab dah ramai sangat yang cakap pasal tu...
Kang elok okay, terpesong pulak gara-gara taksub nak kaji semua tu......
Bila ada acara sukan.. Tak kisahlah Olimpik ke, sukan Sea ke AJ suka tengok 2 acara ni....
Balapan dan sukan yang lelaki suka tengok samapi ada nak terkeluar biji mata...... Renang berirama....
Haaaaa....... Betul tak kaum Adam semua???
Hehhehehehhe... Jangan marah ye.. AJ gurau kasar je...

AJ kagum sangat dengan atlet yang masuk acara ni.....
Kagum dengan tenaga mereka....
Kalau balapan tu kan, 100 meter macam nak lari pegi toilet rumah je...
Sekejap gila sampai....
Ada yang buat rekod catatan masa bawah 9 saat....
Wahhhhhhhhhhhh.... Apa rahsia diorang ye??
AJ nak tuntut ilmu lah....... =D

Lepas tu yang renang berirama pulak, AJ suka tengok gerakan diorang...
Nampak sama sekata je.....
Siap boleh maintain senyum, mata dan kawal pernafasan segala........
Kalau AJ, lama dah tenggelam tak timbul-timbul kot.... Hehehheh.. =P
Kalau ramai-ramai pun, gerakan tu susah nak nampak cacat celanya....
Macam manalah training diorang tu agaknya.....

Kagum sangat dengan atlet-atlet tu.....
Oh ya, semoga atlet Malaysia adalah yang bawa balik pingat........
Satu pun jadilah... Tapi kalau lebih, lagi bagus.....



P/s : GO Malaysia GO!!!!!
Majulah Sukan Untuk Negara......

Baca Selanjutnya »

Raya Di Mana??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Wahhhhhhh... Semangat betul AJ nak raya...
Asyiklah keluar entri raya kan....
Hehehheheh... =D
Hari ni AJ nak tanya, korang ni beraya kat mana tahun ni...?
AJ rasa bagi yang masih bujang, mesti takde masalah pun pasal balik raya..
Yang dah berumahtangga macam mana pulak?
Jangan ada yang tarik-tarik rambut, baling pinggan mangkuk pasal isu nak balik raya ni ye..
(Eceeewwwwaaahhhh macamlah kau dah berumahtangga.... =P)

Okay, AJ macam biasalah..
Tiap-tiap tahun memang hari raya pertama di Kuala Lumpur...
Saudara mara AJ kebanyakkannya kat KL ni....
Raya pertama, biasanya adik beradik sebelah mak akan datang berkumpul kat rumah AJ, sebab mak anak paling tua...
So pagi raya rumah AJ memang haru biru la....
Tambahan pula, sepupu sepapat AJ semua kaki bergambar......
Nampak kamera, habis porak peranda segala...
Makanan tah kemana, kami tah kemana...
Hehhehehehe... =D
Memang meriahlah....
Petang raya pula, kami akan berkunjung ke rumah saudara sebelah abah yang ada di sekitar KL......
AJ pulak setiap tahun ada tugasan khas tambahan....
Hantar juadah raya dekat En. Sayang, sebab dia kena kerja... (Kesian dia...)
Agaknya tahun ni dia dapat cuti ke tak??

Then, hari raya kedua barulah kami bertolak ke kampung di Negeri Sembilan/Melaka......
Kami memang akan balik kampung sebelah abah je tiap-tiap tahun..
Sebelah mak, dah takde sesiapa pun kat Perak tu......
So kat rumah AJ memang takkan timbul isu nak balik kampung siapa antara kedua orang tua AJ...
Lepas tu hari raya ketiga, kami akan balik KL......
Tak betah nak duduk kat kampung lama-lama.... =D
Hari-hari lain tu, barulah AJ berkunjung ke rumah rakan-rakan lain........
Tahun ni AJ ingat nak pulun cuti seminggu terus....
Hopefully Boss luluskan lah..... =D

Ni ada gambar Raya yang lepas....
Nampak kamera semua tetiba muncul.......
*Ni baru sebahagian je...*





So tahun ni korang beraya di mana??
Ada ke yang tak dapat cuti???

P/s : Jemputlah Datang Rumah AJ Ye Nanti... =D

Baca Selanjutnya »