Malu Ke Macam Tu??



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kalau siapa yang ada sempat terbaca entri AJ sebelum ni mesti tahu kisahnya....
Entri yang berkenaan telah AJ draftkan atas sebab-sebab tertentu.....
Tak faham betullah AJ.....
Malu tu sekadar cakap je ke apa??
Kalau betul malu, mesti takkan ada orang yang buat perkara yang tak mendatangkan faedah kan?
Kalau betul malu, kenapa tunjuk, tayang atau buat????
Maaflah, AJ bukan sesenang tu je nak percaya......
Tapi AJ kesiankan orang-orang sekeliling "dia" tu...
Tak kesian ke kat anak, bini semua tu???
Janganlah berselindung di sebalik wajah atau imej yang sejuk mata memandang kalau hakikatnya hanya tuhan je yang tau.....
AJ bukan nak memalukan dan mengaibkan... Tidak sama sekali...
Tapi biarlah ini menjadi pengajaran kepada diri dan orang lain.....
AJ sedar sebagai manusia memang kita tak lepas dari melakukan kekhilafan....
Tapi perkara macam ni bukan kesilapan yang tidak disengajakan....
Lagipun benda tu boleh fikirlah..... Bukannya tak boleh.....
Antara logik dan tidak je....
Mungkin sebelum ni orang yang "TER"nampak (kononnya) mendiamkan diri.......
Then kena pulak kat AJ.... Rasanya tu tindakan AJ yang paling wajar........
AJ harap betullah dah sedar khilaf sendiri tu.......
Tentang maaf tu, AJ rasa jangan minta maaf dengan AJ.....
Sebab AJ takde hak......
Minta maaflah dengan Allah s.w.t dan keluarga..... =D
Buang yang keruh, ambil yang jernih.......
AJ harap perkara macam  ni takkan berlaku lagi pada orang lain.......
Nak berhubung dengan kamu??? Jawapannya TIDAK!!!
Tak nak bertembung pun... =D



P/s : Terima Kasih!
Jangan Jadi Musang Berjanggut... =P



Baca Selanjutnya »

Antara Kata Mulut dan Kata Hati....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mulut dan Hati......
Mereka berbeza....
Sangat jauh berbeza......
Bertempat di dalam diri dan tubuh yang sama, tapi kadang tidak sependapat, tidak sekata.....


Selalunya.......

Mulut kadang kata YA.....
Tapi Hati kata??? TIDAK!!

Mulut ungkapkan kata MAAF...
Tapi dalam Hati, penuh PENUH DENDAM KESUMAT......

Mulut cakap RELA....
Tapi Hati mati-mati TAK REDHA.....

Mulut dah keluar SUMPAH SERANAH....
Hati cakap SABAR..

Mulut kata SABAR...
Dalam Hati dah MENYUMPAH-NYUMPAH.....

Mulut bilang TAKPE...
Dalam Hati MENJERUK RASA....



Kesimpulannya, belum tentu apa yang Mulut luahkan sama dengan apa yang Hati kata....
Yang tersurat tidak sama dengan apa yang tersirat....
Gunakan akal untuk menilai...

P/s : Mulut kata........
Hati pula???
Tepuk dada tanya selera.... =D

Baca Selanjutnya »

Nasib Tak Lemas....




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhhh nasib baik sangat tak lemas.....
Panik AJ sekejap tau.....
Nyawa tu..... Kalau lemas sure AJ meraung sekejap..... =D


Al-kisahnya awal pagi tadi la......
Dalam pukul 3 pagi......
AJ ni memang tak boleh berenggang dengan telefon....
Kadang ada satu tahap tu, mandi pun AJ usung masuk bilik air sekali....
Padahal bukan ada orang nak call pun....
Hehehhehehe... Kronik =P
Pagi tadi tah macam mana, AJ terlepas pulak telefon tu dari tangan masa nak keluar toilet.......
Laju je telefon masuk dalam baldi....
Berderau darah AJ....
Nasib baik dia landing betul-betul dalam gayung yang terapung dalan baldi tu...
Kalau takde gayung tu....
Alamatnya mati lemas la telefon AJ dalam baldi tu.....
Hari tu dia dah mandi Nescafe ais, takkan nak mandi dalam baldi pulak kali ni???
Huhuhuuhuuh.... =D
Bengong sekejap BB AJ pagi tadi tau.....
Kalau AJ tak reply BBM, harap maklumlah ye....

P/s : Moral of The Story : Jangan bawa telefon masuk toilet lagi.....
Hehehhehehe..... =P

Baca Selanjutnya »

Si Gadis Bunga dan Pelamin



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Dalam setiap majlis yang AJ pegi, tak kiralah majlis pertunangan atau majlis perkahwinan.....
AJ perasan sesuatu ni....
Rasanya dah memang habit kot......
Bila bergambar, mesti AJ tak lepaskan peluang pegang dan snap dengan hand bouquet ataupun lanyak pelamin pengantin.....
Tak dapat bunga tangan pengantin???
Bunga ros hiasan meja pun jadi.....
Hahhahahahhahah... =D
Tak kiralah beramai-ramai atau sendiri-sendiri.....
Yang pasti mesti ada.....
Kadang tu posing kalah pengantin........ =P
Ya ampun....... Dah macam wajib pulak......

Cuba korang tengok gambar kat bawah ni........
Semua majlis lain-lain...
Yang pasti dua gambar wajib mesti ada... =P
Si Gadis Bunga dan Si Pelanyak Pelamin










P/s : Kalau Nak Jemput AJ, sila fikir 3-4 kali....
Selain bertindak menghabiskan makanan, AJ bakal jadi peminjam bunga tangan dan pelanyak pelamin indah korang...
Hehehhehehehhhe......

Baca Selanjutnya »

Selamat Hari Lahir Abah....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

25 Ogos 2012 genaplah 58 tahun umur Abah.....
Selamat Hari Lahir Abah.....
Adik doakan abah panjang umur dan murah rezeki.....
Walaupun adik degil, keras kepala, keras hati dan kadang tak mendengar kata.....
Jauh di sudut hati, ADIK SAYANG ABAH.......

SELAMAT HARI LAHIR KE-58


P/s : Sorry Takde Hadiah.....
Over-Bajet Raya Hari Tu... =D

Baca Selanjutnya »