Erkkk TIKUS......



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni AJ sampai ofis, suasana senyap sunyi je....
Selalu adalah lagu-lagu dari speaker tu kedengaran....
Lepas tu AJ tanya staff lain....
Dia cakap masa dia on dah tak berbunyi.....
AJ pun dengan segera masuk bawah meja tengok kot-kot USB tu tercabut....
Pelik gak sebab takde apa-apa pun yang beralih ke apa....
Lepas tu AJ cabut wayar dan perasan dah ada kesan gigitan...
AJ pun pegi tanya staff ofis lain, building ni memang ada tikus ke apa??
SAH, memang itu keje TIKUS...
Aduhhh.... Lecehlah macam ni.. Ada tikus pulak kat ofis......

Hai saya TIKUS.....


So AJ nak share sikit fakta mengenai TIKUS ni........

1. Tikus dapat hidup lebih lama tanpa air daripada Unta.

2. Gigi Tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.

3. Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan boleh melompat sehingga 12 inci.
(Hebat ye Sang Tikus..)

4. Tikus buta warna dan lemah penglihatannya tetapi tajam deria bau dan pendengaran.
(Ohhhh.. Tikus ni cacat rupanya...)

5. Tikus tidak suka sesuatu yang baru dan peka pada persekitarannya.

6. Tikus bukan haiwan akuatik tetapi ia boleh berenang walaupun ia tidak sukakannya.
(Siapa ada tikus, bolehlah bawak pegi berenang.. =P)

7. Tikus tidak pernah berpeluh kerana ia boleh mengawal suhu badannya melalui pembuluh darah di ekornya.

8. Tikus tidak memiliki hempedu lantaran itu ia tidak akan muntah.

9. Tikus betina bersedia melahirkan anak seawal usianya sebulan setengah.
(Patutlah ramai umat tikus... Kecik-kecik dah gatai... Hikhikhik...)

10. Gigi Tikus sentiasa tumbuh sekitar 3.5 sehingga 4.5 cm setahun dan ini menyebabkan tikus perlu sentiasa menggigit benda untuk menumpulkannya. 
Jika tidak gigi tikus akan menembusi bibir dan mulutnya dan boleh mengakibatkan ia mati akibat tidak boleh makan dan infeksi kuman. 
(Patutlah tikus tu suka gigit-gigit wayarlah, karpetlah...)

P/s : Tikus sekarang lagi besar pada anak kucing...
Geli okay.....

Baca Selanjutnya »

Rupanya Memang Perangai Dia Macam Tu....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari tu AJ ada story morry pasal seorang lelaki Gila Seks ni.....
Tapi entri tu AJ dah draft kan....
Hari ni pulak kawan AJ ada hantar email.....
Rupanya itu dah memang tabiat buruk manusia tu.....
Gemar menayang kemaluannya di sana dan sini.....
AJ pun menghubungi mangsa yang alami kejadian sama macam AJ dan tanya dia lokasi kejadian masa tu...
Dia cakap adik dia yang kena gangguan tu lebih kurang 2 bulan lepas...
Lokasinya Pusat Komersil Shah Alam......
AJ pulak kena kat Bangsar...
Ehhhh?? Merata ye lelaki "Gila Seks" ni buat keje tak senonoh dia tu.......
Banyaknya masa dia nak tunjuk-tunjuk sana dan sini...
Tak malu betullah dia ni....
AJ harap dia baca entri ni sebab masa AJ tulis entri yang lepas, dia ada inbox Fb AJ minta maaf dan minta AJ remove entri kat blog ni... (Memang dia ada bacalah kan tandanya??)
Owhhhh tau pulak malu......
Sekarang ni AJ rasa, memang tak patut pulak remove....
Nak keluarkan entri tu balik okay tak agaknya????

Patut tembak je orang tu.......


P/s : Bengang betullah AJ orang macam ni......
Kalau bujang, mungkinlah kurang kasih sayang...
Kalau dah beranak bini?? Apa yang kurang lagi??

Baca Selanjutnya »

Topik Hari Ini : MAKAN (Satay Celup)



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kat mana kedai makan yang best??
Hari ni kat ofis topik utama MAKAN......
Dari pagi, bawaklah ke tengah hari, semua pasal makan....
Boss lah bukak cerita pasal KFC....
Terus masuk kisah makan, tempat makan dari KL, Pahang, Penang, Melaka, Ikan, Kambing, Ayam dan segala bende yang boleh makan.....
Mula-mula tanya makan apa...
Dah tu dia tanya kat mana nak cari Masakan Melayu yang best..
Banyak jugak yang AJ suggest, antaranya kat Sri Damansara..
Selain sedap, murah pulak tu......

Lepas tu sampailah ke Rojak kat Penang, Ikan Patin dan Tempoyak kat Pahang dan SATAY CELUP kat Melaka....
Terpinga AJ bila Boss cakap pasal makanan tu??
Ehhhh??? Asal AJ yang kampung kat Melaka tak tau??
Dah tu dia suruh minta bantuan En. Google....
Owwwwwhhhhhhhhhh..... Barulah tau Satay Celup tu menatang apa.....
Dia adik beradik dengan steamboat tapi celup pakai kuah satay..
No wonder nama dia Satay Celup...
Okaylah, weekend ni kebetulan AJ ada event kat Melaka...
Bolehlah ajak En. Sayang makan Satay Celup.... =D


Nampak menyelerakan kan???

P/s : Macam mana Orang Pahang lagi tau pasal Makanan kat Melaka ni??
*Malu*

Baca Selanjutnya »