Baru Je Cakap......



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri sebelum ni baru je AJ cakap pasal ketidakprihatinan ni....
Tuptup malam Sabtu yang lalu, belaku kejadian lebih kurang macam ni masa AJ ada event kat Melaka tu..

Kisahnya, ada sebuah kereta Proton Wira ni telah mengalami kemalangan dengan sebuah motosikal.....
Yang tak bestnya, pemandu kereta ni boleh pulak nak potpetpotpet kat pakcik yang telah dilanggar ni....
Katanya pakcik tu melanggar lampu isyarat merah...
Kalau ye pun pakcik tu salah, apa salahnya kalau tolong angkat dulu pakcik tu ke tepi jalan.......
Ni dahlah kamu biarkan pakcik tu terduduk kesakitan di tengah jalan, lepas tu siap potpet dulu kat tengah tu tanpa mengalihkan kenderaan ke tepi jalan...
Sehinggalah konvoi kami lalu kat kawasan kejadian, barulah pakcik tu diangkat oleh kami....
Bukannya orang sekeliling yang ada kat situ.....
Lepas pada tu adalah 2-3orang budak motor yang berhenti tunggu dan hulurkan bantuan dekat pakcik tu......
Memang pakcik tu salah, tapi berilah bantuan dulu kat dia....
Lepas tu barulah nak potpet settlekan masalah....
Kalau potpet time tu pun bukan dapat apa.......
Pakcik tu pun dengar tak dengar je.... Dia pun tengah kesakitan...



P/s : Alhamdulillah masih ada 2-3 orang yang prihatin...
AJ sedikit sedih tengok situasi macam tu..
Bayangkan kalau berlaku dekat ahli keluarga kita sendiri..
Apa rasanya???

Baca Selanjutnya »

Kadang Rakyat Kita Tak Prihatin...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Cuba tengok sekeliling korang...
Pernah tak perasan situasi ni?

Ambulans kat belakang nenoneno dah sirennya....
Tapi rakyat kita?
Ada yang buat selamba badak je kat tengah jalan tu...
Siap sempat update status twitter, fb bagai..
"Ada ambulans nak lalu kat jalan sekian-sekian..."
Ada nak bagi laluan? Haram....
Kot yang dalam ambulans tu memang dah nazak, terus..... teeeettttttt....

Bila tengok orang buta jalan terkedek-kedek dengan tongkatnya, ada jugak rakyat kita yang lagi buta dari orang buta...
Buat-buat buta je dengan si buta..
Bukan nak tanya atau pimpin...
Padahal satu jalan je kot....


Ni lagi satu, nampak orang tua atau wanita hamil dalam kenderaan awam, jangan kata nak bagi duduk...
Ada yang tak rasa nak tidur, boleh pura-pura tidur....
Walhal, seat yang korang duduk tu dah siap bertanda lagi "KHAS UNTUK bla bla bla.... maksudnya mereka yang lebih memerlukan.."
Still tak faham lagi?
Dah tulis dalam dwibahasa pulak tu, siap ada gambaran cukup...
Ke orang tu reti baca bahasa German je dan jenis tak faham signboard?
Sebab tu berat punggung nak bangun...


Ada tu, nampak kanak-kanak tengah menangis dan binggung sebab hilang arah ke sesat..
Ada jugak rakyat kita yang buat tak tahu...
Bukan nak tanya atau bawa ke Balai Polis berdekatan...
Lepas tu bila esoknya keluar paper budak tu dah kena culik atau bunuh barulah nak terfikir atau cakap " Kalaulah aku tolong budak tu..."
Sorry bro, sis dah TERLAMBAT....

Tau tak kadang sikap tak prihatin yang diamalkan rakyat kita tu la buat banyak kes-kes jenayah dan sebagainya berlaku.....
Jadi janganlah amalkan sikap langsung tak prihatin ni....

P/s : Tak rugi bersikap prihatin ni...
Tapi AWAS!!! Jangan sampai tahap busybody pulak...
Kang tak pasal dicop "Ahli Mesyuarat Tingkap"


Baca Selanjutnya »

Late Night Dinner...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay AJ taknak bebel, celoteh or mengomel banyak-banyak....
Tetiba AJ rasa nak makan sup...
So tadi AJ pun masuk dapur...
To be truth AJ memang jarang sangat, sangat, sangat dan sangat jarang masuk dapur..
Apatah lagi nak masak hari-hari...
Hehehehe... =P
Inilah dia bila stay dengan family... Everything mak sediakan..
Okay dah.... Sambung balik...
AJ pun capai pisau, potong bawang merah,bawang putih, halia dan rempah-rempah sikit macam bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis....
Tak lupa kentang juga....
Then tumis semua bahan, pum-pang, pum-pang kat dapur tu....
Maka hasilnya....

TAAAADDDDDDDAAAAAAAAA......
Sup Ayam Kampung AJ Style....
Yummyyy... =D

P/s : Jemput makan korang ye....
Mak bagi pesanan penaja tadi lepas masak, AJ ni bukan tak pandai masak...
Tapi  M.A.L.A.S...
Whoooppppsssss.... No Comment...

Baca Selanjutnya »