Meowww..... Meowww.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Korang kenal bunyi tu???
Mestilah bunyi kucing kan...
Takkan lah gajah pulak.... Hahhahahha... =P
AJ ni merupakan salah seorang Pencinta Kucing......
Dulu AJ penah bela sehingga 24 ekor kucing dalam 1 masa...
Penuh rumah AJ dengan diorang...
Pegi dapur ada kucing, masuk bilik ada kucing sampai nak masuk bilik air pun ada kucing....
Tapi sekarang tinggal 5 ekor dan tak tau lah berapa ekor lagi nak keluar dari ibu yang tengah bunting tu... =D
So siapa yang takut kucing, susah sikitlah kalau nak datang rumah AJ.....

AJ nak share sikit fakta mengenai Kucing ni dengan korang....
Mungkin ada yang dah tau dan ada yang belum tau kan.... =D

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....

1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari.
(Okay, memang kucing AJ kuat tidur......)

2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekor sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya.

3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki.

4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura. Dengan hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.

5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
(Kalau masuk pertandingan vokal, Cikgu Shafi pun kalah... Hehhehe.. =P)

6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui.
Jadi sila jangan cuba-cuba nak potong atau trim misai misai kucing korang.
(Kesian kucing tu nanti allignment dia lari.... Hehehhe...)

7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
(Pakaikan bulu mata palsu boleh tak???)

8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard dikatakan 7 kali lebih kuat daripada manusia.

9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam).
Mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama.
Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.

10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.
(Kucing diorang gemuk-gemuk okay.... Tak caya tengok animal planet..)

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....

11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza.

12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah.
Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung.
Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.
(Erkkkk.... Ada ke kucing suruh jadi posmen..... Sure surat banyak tak sampai... Hahhahaha...)

13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiau (purring).

14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.
(Betul kot, kucing kawan AJ jatuh tingkat 10 relax je... Tapi kaki dia cacat sikitlah....)

15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. Korang tergolong dalam golongan 25% ni tak?
(AJ kadang-kadang je.. Sebab kucing AJ dengar je bunyi hair dryer, dah lari lintang pukang... =P)

16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.

17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain.
Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam.
Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.
(Patutlah malam-malam je kucing-kucing AJ buat marathon.....)

19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.

20. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa.
(Kucing AJ???? Berlari kejap pun dah mencungap... Ni kan pulak nak berlari 20 KM/J.....)

Antara kucing peliharaan AJ dulu hingga Kini....
Dan kalau korang perasan, yang warna putih tu memiliki warna mata yang berlainan... =D


P/s : AJ tak tau dah berapa keturunan dah kucing AJ dari 1997 hingga sekarang... =D
Ini sebahagian je tau... Separuh pun tak sampai.... =P
Banyak tak????


Baca Selanjutnya »

Peluang Nak Tengok Putera William dan Kate Middleton



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Beberapa hari lepas AJ dapat tau yang pasangan DiRaja Britain,
Putera William dan Kate Middleton
nak datang Malaysia....


Waaaaahhhhhhhh.... Excited sangat AJ dengar berita tu.....
Pos Malaysia pun dah keluarkan setem khas sempena lawatan mereka tau.......

Setem Semasa Perkahwinan Mereka

Setem Khas Lawatan Ke Malaysia

Agaknya... Boleh dapat tak setem ni????
Mesti susah nak dapat kan???? =(

Dannnnnn..... kalau korang rasa nak tengok mereka dengan lebih dekat.....
Bolehlah meluangkan sedikit masa JUMAAT ini, 14 September 2012 bertempat di TAMAN KLCC.... (Pukul berapa AJ tak sure... Tapi petanglah...)
AJ harap, AJ dapat pegi........
Nak jugak merasa tengok Pasangan DiRaja Britain tu...
Bukan senang woooo...
Tapi mesti ramai gila....
Al-maklum, bukan selalu dapat peluang yang macam ni...
So mana yang dekat KL tu boleh pegi tengok okay..
Dari jauh pun takpe kan...
Janji dapat tengok mereka bergerak depan mata... =D

P/s : Welcome to Malaysia Will and Kate!!!!!

Baca Selanjutnya »

Entri Tanpa Backspace.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ nak buat entri tampa (tanpa) menekan button backspace....
Agaknya kan, berapa banyaklah typo yang AJ buat dlam (dalam) satu entri ni..
mesti berlambak-lambak punya......
Yelah, selalu boleh je nak edit atau padam-padam yang tersalah type tu...
Tapi hari ni AJ TAKNAK TEKAN BACDSPACE (backspace)....
Hahhahahhaha....
Entah apalah rupa entri AJ ni kan........



Hari ni kat ofis AJ dal macam duduk dalam peti ais dah rasanya.....
Aircond bapak sejuk nak mampuih.....
Masuk je boss, lagi rendah suhu dia adjust.....
Menggigil-gigil AJ dengan ofismate.........
Lunch time tadi AJ masih lagi explore kawasan yang dekat dengan ofis baru..
Owhhhhhhh... Nampak macam tempat anak jin, tapi rupanya McFonalds (McDonalds) ada, KFC, Kenny Rogers.....
Wahhhhhhh... Best-best.. Gaji nanti hanislah (habislah)....
Jejajah kedai makan je la.....
Dannnn... Dah 2 hari AJ bantai minum Chat Ine (One)....
Dia adik beradik lain mak dan lain bapak dengan Chatime....
Hehehheheh... =D

Day 1 : Oreo Chocolate Smoothie

Day 2 : Yogurt Strawberry QQ

Okaylah, jao (jap) AJ semak berapa banyak typo yang AJ buat dalam ENTRI TANPA BACKSPACE ni....

P/s : Korang Nak Cuba Tak????
Best jugak sekali sekala buat macam ni bila kekeringan Idea nak Berblogging ni... =D

Yang AJ highlightkan dengan warna biru tu typo yang AJ buat dalam entri ni.....

Baca Selanjutnya »