Hari Bahagia Kak Leeza dan Azrul -241112-


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu, 24 November 2012 merupakan hari bahagia buat Kak Leeza dan Azrul...
Alhamdulillah setelah sekian lama, berakhir sudah pencarian cinta beliau......
Tahniah Azrul kerana berjaya menambat hati Kak Leeza..... =D Jaga dia elok-elok tau....
Semoga hubungan kalian sebagai suami dan isteri berkekalan sehingga ke akhir hayat....
AJ tumpang bahagia tengok kebahagian korang.......
Cepat-cepat dapatkan baby okay..... 

Seperti yang dijanjikan, AJ kongsikan sikit gambar-gambar masa kat majlis pernikahan dan persandingan Kak Leeza dan Azrul.....
Tapi sedih sikit.... Kitorang tak cukup kroni....
Patutnya geng pink tu ramai...
Tapi atas sebab-sebab tertentu, kami tak dapat berkumpul sekali semua dalam 1 masa.....
Hopefully masa wedding Kak Leenda nanti, kita semua dapat berkumpul reramai dalam 1 masa.... =D











Sumber : Gambar AJ sendiri dan kawan-kawan........
Seperti biasa, gambar kami je lagi banyak dari gambar pengantin.... =P

Disebabkan ada yang bertanya kat comment box, AJ bagitau siap-siap..... =D
Gambar AJ pakai tudung tu, diambil masa majlis nikah kat Masjid Besi pagi tu......

P/s : Alhamdulillah, sorang lagi geng AJ dah selamat bergelar isteri......
Next turn Kak Leenda pulak......
After that????? =D


Baca Selanjutnya »

Tragedi Di Putrajaya



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu 24 November 2012, memang hari yang betul-betul tragedi....
Putrajaya memang dari dulu merupakan satu tempat yang selalu buat AJ hilang arah...
Tapi hari ni bukan setakat hilang arah, drama swasta pun jadi.....
AJ ke sana untuk mengiring majlis pernikahan dan perkahwinan Kak Leeza....
Sepatutnya AJ ditemani Mr. JR, tapi on the very last minute AL dia decline....
AJ memang kena pegi jugak memandangkan pengantin dah sponsor kain untuk buat baju pengiring tu....
Pagi tadi pulak hujan turun dengan selebat-lebatnya...
Nak taknak AJ redah jugak hujan tu....
Sampai KL Sentral, AJ beli tiket ERL for the very 1st time....
Selama ni memang AJ tak penah naik mende alah tu pun...
Memang nasib malang kot.... ERL pulak delay sebab keje-keje penyelengaraan.....
Ya ampun.... Dah nak nangis dah rasa..
Almost pukul 9 dah kot.... Kawan AJ pulak bernikah 9 pagi tu.......
Sampai je kat Putrajaya Sentral, AJ dah tak tau mana nak tuju.....
Nak tanya orang pun, takde sesiapa...
AJ tak tau mana tempat nak amik teksi atau bas kat situ....
Bila AJ jalan keluar, nampak bus stop....
Okay lega sikit, atleast dah tau mana tempat nak dituju....
Tapi entah mana silapnya, AJ tak nampak seorang umat manusia pun kat situ untuk AJ tanya jalan.....
Sekali tengok jam dah almost 40 minute AJ stuck kat situ rupanya....
Selama tu jugak semua teksi yang AJ tahan taknak berhenti...
Akhirnya time tu jugak airmata AJ berjurai turun selebat hujan pagi....
Entah macam mana, ada sorang ni terperasan AJ kat situ....
AJ dah tak tau nak fikir apa masa tu... Dengan airmata yang tak reti nak berhenti tu AJ cakap kat dia apa yang tengah jadi bila dia bertanya...
Dialah yang tolong AJ ke masjid pagi tu....
Nasib baik dia betul-betul ikhlas tolong AJ...
Disebabkan dia naik motor, dia call kawan dia suruh hantarkan AJ....
Tapi AJ ralat sangat.... AJ punyalah kalut sampai tak sempat langsung nak tanya nama or amik nombor telefon dia...
Bukan nak menggatal, tapi nak say thanks sebab tolong AJ.....
Nasib masa sampai masjid, kawan AJ belum nikah  lagi even AJ sampai 1jam lambat....
Nampak kawan-kawan lain kat situ, terus AJ menangis lagi sekali....
Memang pagi ni tragedi dan drama sungguh.....


Nanti AJ update story dengan gambar kat majlis Kak Leeza....
Tunggu diorang upload kat Fb...
AJ tak snap pic sangat pun... Sebab busy camwhoring dengan gadis-gadis... =P


P/s : Lepas ni macam mana pun, AJ akan minta sesiapa teman pegi Putrajaya even naik kereta pun... SERIK!!!

Baca Selanjutnya »

Jangan Kongsi!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kadang-kadang dalam melayari dunia maya ni...
Kita selalu alpa......
Apa yang tak sepatutnya, kita kongsikan........
Sedar tak tindakan ni boleh mengundang bahaya kepada diri kita??

AJ kongsikan sedikit antara benda yang tak sepatutnya kita kongsikan di alam maya.....
Tak kisahlah Facebook ke, Twitter ke, Blog ke, etc....
Manalah tau kalau-kalau ada yang tak sengaja "ter"kongsi maklumat tersebut...
Bolehlah dipadamkan sebelum terlalu lambat kan....



ALAMAT
- Tak salah nak bagitau lokasi kita... Bagi yang  general je okay...
Janganlah sampai alamat penuh dengan no rumah, lorong dan siap poskod lagi......
Dalam dunia maya ni, memang bukan semua orang kita kenal...
Mana tau perompak ke, penyamun ke ataupun perogol bersiri....
Tak pasal-pasal kita jadi sasaran seterusnya.....
Nak-nak bila kita siap update status "Bercuti 13 bulan, tinggallah rumahku, syurgaku..."
13 bulan kemudian, tinggal tapak rumah je..... =P

NOMBOR TELEFON
- AJ perhatikan ada yang letakkan nombor telefon di laman sosial.....
Lepas tu bila kena gangguan seksual menerusi telefon, tak suka kan....
Padahal tu semua jadi sebab kita sendiri yang paparkan nombor telefon.....
Kalau ye pun nak bagi nombor telefon kat kawan-kawan, cubalah inbox je.......
Bukankah lebih selamat...

NOMBOR KAD PENGENALAN
- Mungkin jarang terjadi.....
Tapi ada juga yang secara tak sengaja terpaparkan nombor pengenalan diri......
Misalnya, baru buat ic lepas tu snap pic then upload.....
Boleh je nak upload... Tapi editlah dulu siap-siap....
Tanpa sedar kita terdedah kepada anasir-anasir tak baik....
Orang salah guna identiti ke, apa ke.....

GAMBAR TERLAMPAU
- Kita memang tak upload gambar bogel........
Tapi upload gambar yang seksi-seksi.....
Lepas tu senang-senang je nak kena "super impose"
Tak pasal dari gambar terlampau, terus dapat aib melampau......

STATUS BERSIFAT PERIBADI
- Eh???? Status pun tak boleh kongsi ke????
Status korang, korang punya pasallah kan.....
Tapi..... Tolonglah jangan keluarkan status bersifat peribadi ataupun status yang boleh mencetuskan kontroversi....
Contohnya, bergaduh dengan pasangan....
Ini memudahkan orang lain mengambil kesempatan atas perhubungan kalian.....
Rasanya kalau ada masalah, eloklah diselesaikan di luar halaman maya ye... =D
Ataupun, agama/kaum ni bla bla bla.....
Kontroversi tu beb........ Silap-silap sebab status, nyawa melayang wehhh......

Rasanya, ni je lah yang AJ dapat kongsikan.....
Cuba semak balik, ada tak yang terpampang di alam maya ni??

P/s : Alam Maya kadang membahayakan.... =D


Baca Selanjutnya »

Dah Jumaat??? Tak Sabarnya!!!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pejam celik, pejam celik dah hari Jumaat....
Minggu ni AJ rasa berlalu dengan sangat pantas....
Mungkin sebab minggu ni AJ keje 3 hari je kot....
Heheheheheh.....
Atau mungkin sebab esok adalah hari yang AJ nanti-nantikan???
Tak sabar rasanya nak bersua muka dengan kawan-kawan AJ....
Rindunya pada mereka bukan kepalang....
Semenjak AJ tinggalkan dunia paintball, AJ dah jarang sangat dapat jumpa diorang...
Kalau tak boleh dikatakan almost every week mesti jumpa...
Seingat AJ, last kitaorang jumpa masa wedding Lin kat Ipoh bulan Jun hari tu...
Lama jugak ek.....
Dan esok kami akan bertemu lagi di majlis Kak Leeza....
Wahhhhhhhh..... Tak sabarnya....!!!
Cepatlah hari ini berlalu....



P/s : Esok masing-masing berbaju baru...
Termasuklah Mr. JR.... =D
Oh no!!!! Mr. JR ade songkok ke tak ek??


Baca Selanjutnya »

Carl's JR Dengan Mr. JR ♥...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Balik keje tadi, AJ dan Encik Sayang merangkap Mr. JR kononnya nak tengok movie....
Tapi macam biasalah.... Dah sampai kaunter mesti tak jadi tengok....
Sebab tinggal seat depan je.... Tak lalu lah nak tengok movie mendongak...
So kami decide untuk makan je la......
Restoran pilihan kami kali ni Carl's JR....
Ni 1st time kot AJ makan mende alah ni... Si Dia pun sama...
So AJ makan Mushroom burger.....
Si Dia pulak makan Double mende tah.... AJ pun tak hafal sangat nama menunya....
Kalau menu McDonald's or KFC hafal lah.... =P
Rasa dia, not bad....
Padanlah dengan harganya kan.....
Lepas tu yang bestnya, air dia boleh refill.....
Tak kisahlah air apa pun yang korang nak....
Siap plan dengan Mr. JR lagi, next visit kat situ nak makan apa pulak... 
Ada-ada je budak dua orang ni kalau bab makan.... Huhuhuhu...
Lepas makan singgah arcade jap main game sedas dua....
Hehehehehe.... Tak padan dengan perut sengkaknya, gigih nak berjalan lagi.....
Apa pun memang puas hatilah makan Carl's JR....
Portion dia sesuailah untuk si kuat makan macam AJ ni.... =D
Sekarang ni AJ rasa macam nak memuntahkan segala isi perut..
Itulah.... Orang cakap berhenti sebelum kenyang....
AJ pulak makan macam tak kenyang-kenyang...
Memang mendapatlah kannnnnn.....
Padan muka AJ.....


Yummy..... Having Carl's JR with My ♥, Mr. JR....

P/s : Movie??? Next time lagi lah gamaknya.... =P
As usual lah kan.....

Baca Selanjutnya »