Perangi Cela!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Keguguran rambut, selulit, kulit kering dan kuku kuning dan mudah patah antara masalah yang kerap berlaku kepada kita....
Bagaimana cara untuk mengatasinya??
Jom kita semak!


KEGUGURAN RAMBUT
Rambut yang cantik, lebat dan ikal menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita.
Dianggap sebagai mahkota, rambut menjadi ‘aset’ penting bagi melengkapkan lagi kecantikan semulajadi pada wajah.
Tetapi faktor-faktor seperti stress, pengambilan makanan berlemak, ketidakseimbangan hormon dan perubatan boleh menyebabkan keguguran rambut.
Apakah penyelesaiannya?

Nutrisi yang perlu diambil : Zat besi, kalsium, zink dan protein

Sumber : Ikan, telur, kekacang, makanan laut, sayur-sayuran hijau dan susu

Tips lain : Berikan urutan pada kulit kepala selepas membasuhnya antara 5 hingga 10 minit dengan menggunakan produk tonik rambut yang sesuai.

SELULIT
Ada yang menganggap selulit sebagai musuh no.1 wanita!
Selulit dikatakan berpunca daripada masalah hormon iaitu estrogen.
Selain hormon, selulit juga merupakan petanda anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Ini termasuk pengambilan makanan segera yang berlebihan hanya akan menurunkan kadar metabolisme selain menghasilkan lemak di dalam tubuh badan.

Nutrisi yang perlu diambil : Vitamin C, vitamin E, protein, mineral

Sumber : Telur, susu, buah-buahan, brokoli, kekacang dan air suam

Tips lain : Amalkan senaman yang berkesan seperti senaman kardio tiga kali seminggu juga rehatkan badan dengan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

KULIT KERING
Terlalu lama berada di dalam pejabat di bawah kondusi hawa dingin hanya menyebabkan masalah kulit kering.
Apabila kulit mengering, kedutan dan garisan-garisan halus akan mula memenuhi seluruh tubuh badan.
Selain itu, faktor cuaca yang terlalu panas juga mempercepatkan lagi proses pengeringan pada permukaan kulit.
Apakah cara terbaik menanganinya?

Nutrisi yang perlu diambil : Vitamin A, C , E dan F, asid Omega, air

Sumber : Sekurang-kurangnya 8 gelas air, buah-buahan, sayur-sayuran hijau, kekacang dan ikan

Tips lain : Gunakan pelembap yang bersesuaian, elakkan daripada merokok dan titiskan beberapa titisan minyak zaitun setiap kali mandi.


KUKU KUNING DAN MUDAH PATAH
Menggunakan pewarna kuku secara kerap dan mengabaikan langkah penjagaannya menyebabkan permukaan kuku kelihatan kuning dan mudah patah.
Kuku kuning juga boleh menjadi simptom penyakit seperti diabetis.
Ia juga boleh berpunca daripada proses menopause dimana hormon estrogen semakin berkurangan di dalam tubuh seseorang wanita.

Nutrisi yang perlu diambil : Vitamin C, protein, asid folik, kalsium, Vitamin E, zat besi dan air

Sumber : Buah-buahan, ikan, sayur-sayuran hijau, sekurang-kurangnya 8 gelas air dan susu

Tips lain : Gunakan "base coat" sebelum mengaplikasikan pewarna kuku, elakkan daripada merokok dan gunakan pelembap kuku dan tangan untuk mengekalkan kadar kelembapan dan hidrasi.

P/s : Bila Sihat Mesti Nampak Cantik!




Baca Selanjutnya »

Takde Rezeki...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Kucing AJ pun terkejut tau!!!!


Double WHOOPPPPPPSSSS!!!
Nampakmya skuad Harimau Malaya gagal memasuki Final Piala AFF Suzuki.....
Game semalam betul-cetul membangkitkan kemarahan Rakyat Malaysia...
Bukan kerana cara permainan Sang Harimau..
Tapi gara-gara Reff K-Pop yang nampak agak berat sebelah kepada Skuad Gajah Putih....
Takpelah, bukan rezeki pasukan kita........
Nanti AJ hantar kucing AJ suruh kucing cakar muka Reff tu.....

Skuad Harimau Malaya, tingkatkan cara permainan okay....
Terutamanya bahagian pertahanan...
Senang-senang je pasukan lawan melolosi pemain kita tau.......

Gara-gara game tu, tak pasal "Ayam Thai" dan masakan Thai yang menjadi mangsa....
Hehehhehehhe...... =D
Ehhhh?? Statement macam sokong Thailand pulak.....
Tak tak tak! AJ Selamanya Harimau Malaya okay......
Dan Selamanya Manchester United..... =P

P/s : Bengang Betul!
Semoga dapat balas balik untuk AFF Suzuki yang akan datang... =D
Baca Selanjutnya »