AJ dan Kak Ton!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Beberapa hari ni tak tau lah kenapa AJ dilanda fenomena Kak Ton..
Segalanya Kak Ton...
Sampaikan ofismate pun panggil AJ Kak Ton.....
Jangan salah faham.... AJ dengan Kak Ton tu memang takde pertalian darah..
Bau-bau bacang pun takde..
Nak kata AJ ni "Comel macam Kak Ton" takdelah pulak......
Hahhahahhaha....
Dimana-mana je, AJ terbayang-bayang dan terngiang-ngiang Kak Ton...
Alahai Kak Ton...
Macam mana Kak Ton boleh termasuk dalam diri AJ ni??
Hahhahahahah.....
Tapi yang peliknya, yang memanggil AJ Kak Ton tu bukannya pembaca blog AJ.....
Pelik pelik pelik......
Muka AJ macam Kak Ton ke???? Errrrkkkk......

AJ ke Kak Ton????? Ehhhhh!!!!?

Tetiba ada krisis identiti pulak....
Jangan marah ye Kak Ton....... AJ lagi comel kan kan kan???
Weaaaaakkkkkkkk *muntah hijau* =P

P/s : Kak Ton pun Kak Ton lah......
Baca Selanjutnya »

Blog Mengajar Kita...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ bukan nak story pasal blog yang ajar A,B,C atau 1,2,3.....
Tapi AJ perasan sesuatu sebenarnya......
Dalam kita sedar atau tak, blog ni sebenarnya mengajar kita........
Haaaaaaa.... Apa yang dia ajar???? Ni pengalaman AJ la....


Sebelum berblog, AJ memang selalu je guna short form yang macam-macam...
Contohnya nk, yg, dlm, keptsn, etc....
Tapi sejak berblog, AJ tulis semuanya penuh..
Takde short form dah......
Cuma kekadang adalah beberapa perkataan yang AJ eja ikut suka AJ....
Macam dalam entri ni ada perkataan broken macam takde, kekadang.....
Tu pun yang sure korang akan faham lah kan...
Dan jugak adalah sikit-sikit perkataan bahasa inggeris...
Tapi overall dia tak jejaskan fahaman orang lain dalam memahami isi kandungan entri...
Betul tak kawan-kawan Kak Ton AJ??
Sampaikan status facebook or twitter pun AJ tulis ejaan penuh sebab dah jadi kebiasaan....
Yelah, hari-hari menghadap blog dan menaip entri... So memang dah biasalah gunakan ayat yang "skematicdiagram" ni....
Segalanya type panjang-panjang, dah takde sangatlah short form..... =D
Perasan tak sekarang sebab apa AJ cakap blog mengajar??
Kan secara tak langsung berblog buat kita lebih beretika dalam menaip atau mengeja sesuatu...
Korang suka ke nak baca entri yang terlalu short form??
Kalau AJ lah kan..... Seriously AJ akan laju je tekan butang pangkah..
Bukan sebab tak suka nak baca.. 
Even entri tu memang menarik pun, bila dah gunakan short form banyak sangat terus jadi tak menarik okay....
Lagi buat orang susah nak faham apa yang kita sampaikan..
Dah baca, lepas tu nak kena proses pulak pembacaan tu untuk faham isinya.... Tak ke payah namanya tu?
Lagi 1, ada ke orang nak search keyword "kdi mkn yg plg best kt alm semesta??" ataupun "ct nurhaliza - aq cnta pdmu?"
Takde kan???
Mungkin ada yang cakap blog ni personal je...
Ehhh.. Tak boleh jadi jugak... Mana kita tau esok lusa blog kita jadi rujukan untuk sesuatu kan....
Haaaaaaaaaaaaaaaa.... SOooooo..
..............
............
.......
..
.

"Renung-renungkan dan Selamat Berblogging.. =D"



P/s : Entri tetiba....
Faham tak apa yang Kak Ton AJ cuba sampaikan?

Baca Selanjutnya »

Mr.JR Nak Buat Blog!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Mr.JR : Macam mana nak buat blog ek??
AJ : Kenapa? Bukan dulu dah penah buat ke?
Mr.JR : Dah lupa....
AJ : Erkkkkkk... (Dalam hati..) 


Yup..... Dulu Mr.JR memang ada buat blog, untuk bisnes dia dengan kawan dia......
Entah macam mana AJ boleh terjumpa pulak blog tu, AJ pun tak tau... Stalker
Tapi takde pape pun kat situ, macam rumah tak siap je AJ tengok........
Hikhikhik.......
So blog dia tu masuk kategori "terabai" lah.....
Tetiba last few week Mr.JR tanya AJ soalan atas ni....
Dalam hati "Ahhhh sudah... Dia nak berblog pulak.."
Cukuplah intai blog AJ je kan...... =P
Pastu malam tadi masa lepak-lepak sambil dia duk rawat telefon AJ, dia duk jeling2 apa AJ buat.... Stalker jugak
AJ macam biasalah, intai-intailah blog orang lain pakai Ipad pinjam....
Lepas tu Mr.JR cakap "tunggulah dia ada blog"
Alamak! Abislah... Ni boleh jejaskan periuk nasi Kak Ton AJ ni....
Hahahhahahhahahhahahaha.....
So memang betul nekadlah Mr.JR nak berblog....
Ermmmm.... Takpelah, kalau dia nak berblog, AJ support je la.....
AJ cakap nanti kalau dia dah ada blog AJ buatkan header "kubit" untuk dia...
Apa itu "kubit"????
Nanti bebila AJ cerita...... Hehhehehe...



P/s : Dia berblog, AJ lari pegi Vlog... Ehhhh????? Taknak
Tapi kenapakah setiap entri ada Kak Ton???
Baca Selanjutnya »

Not A Good Start!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arghhhhhhhhh.....
Pagi ni stress gilanya perasaan ni........
Terdera... Memula AJ alami bad hair day!
Ikat macam ni tak kena, ikat macam tu tak boleh, lepas lagilah rasa macam perempuan gila mati laki.....
Aiyaaaaaakkkkkkk......

Muka stress!

Lepas tu pulak ada sorang ni tanya AJ pasal veterinar....
Dia tanya vet AJ selalu pegi tu kerajaan ke swasta......
AJ cakap swasta... Then dia cakap mahal...
Yup memanglah hospital swasta tu mahal..
AJ cakap ada hospital kerajaan... Kat Cheras, UPM dengan Shah Alam.....
AJ suruhlah dia google...
Pastu dia boleh cakap "yelah apa nama nya??"
Nak je AJ jawab, "Kalau aku tau nama dia, alamat segala... Taklah aku suruh google!"
Type je lah kat situ hospital veterinar kerajaan....
Pastu confirm keluar segala maklumat yang kita nak....
Aiyoooo kawan... Segalanya kat hujung jari..
Takkan keyword pun aku nak kena bagitau sebiji-sebiji.....?
Haaaaaa.... Hangin pulak sekejap....

Lepas tu ingatnya nak BW lah..
Sekali dah berkali-kali AJ refresh dashboard...
Asik suruh "Add blog to follow in your reading list"


So sah-sah jap lagilah baru AJ BW....

Moral of the story.....
Sabarlah wahai hati........
Muhasabah diri dan SENYUM... =D

Kan comel dah macam Kak Ton AJ... Ye dak??

P/s : Alhamdulillah.....

Baca Selanjutnya »

Tebus Rebat RM200


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa kat sini ada apply untuk rebat RM 200 bagi telefon bimbit tu??
Korang dah tebus rebat tu tak??
Kalau dah kan.... Kat mana ek boleh tebus kat area KL ni??
AJ punya dah nak expired 21 April nanti...
So kalau tak guna macam sayang pulak....
AJ taknak amik telefon mahal-mahal pun...
AJ cuma nak Samsung Galaxy Y ye..
Buat-buat spare.. Manalah tau kot-kot fon buat hal macam aritu lagi....
Dan juga bagi menggantikan telefon usang AJ tu.....
Kesian dia.... Dah uzur sangat dah nak berkhidmat kat tuan dia.......
Telefon tu pun dah separa mereng....
So sebelum dia mereng dan AJ takde fon spare, baik AJ amik langkah yang bijak......
Tadi kawan AJ cakap kat Tesco Ampang ada..
Lepas tu kat PD pun banyak yang accept rebat tu..
Tapi takkanlah AJ nak jejak sampai ke PD....
Jauh kot...... Mr.JR pulak off hari biasa... Lagilah susah nak pegi.......
Kalau korang tau kat mana, bagitau lah AJ.....
Tapi AJ dengar ramai yang complain... Supplier  akan cakap Samsung Galaxy Y tu takde stock lah, habis lah, apalah......
Al-maklum hp tu kan kalau dah tolak rebat RM 200 dapat harga RM 199 je....
Betul ke ek???
Aiyoooooooo... Susahlah ini macam... Wa takmo hp mahal maaaaa......

Ni la telefon usang yang paling lama berkhidmat dengan AJ tu...

P/s : Bateri SGN AJ tu dah minta baru pulak dah...
Baca Selanjutnya »