PD Vacation - Casa Rachado Apartment


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay tadi AJ dah ecritakan pasal Kota dan Muzium Lukut.....
Sekarang ni AJ nak cerita pulak pasal apartment yang kami stay....
Dah survey sana sini, kami sepakat memilih Casa Rachado yang terletak di Tanjung Biru atau nama omputihnya Blue Lagoon.... =P
Kami amik 2 unit apartment 2 bilik...
Yang bestnya, apartment ni mengadap laut....
Dari apartment AJ boleh nampak sunrise dan sunset....
Tak payah nak turun bawah......
Apartment ni okaylah.....
Ada sikit je yang kurang okay..... Lantai apartment agak kurang bersih dan berhabuk...
Overall okay dan memuaskan....
Swimming pool pun besar dan best....
Terletak bersebelahan dengan laut..
Lepas terjun kolam bolehlah terjun laut pulak... =D
Suasana kat sini pun tenang je.. Mungkin sebab kawasannya berjauhan dengan jalan besar dan bandar....
Kalau sesiapa yang nakkan ketenangan, AJ sarankan korang duduk sini..... =D

Untuk keterangan lanjut :


Ni gambar bilik AJ...
Tapi gambar ni AJ amik dalam website je...
Tak sangka dapat bilik yang sama dalam gambar bawah ni...
Hahhahahhahaha.....
Bilik dia memang warna warni...
Macam duduk kat kintergarden je rasanya....
Antara kemudahan yang ada dakam bilik seperti TV, peti sejuk dan cerek elektrik..
Tapi dilarang memasak ye dalam apartment... =D





Jom tengok pulak gambar kami chill kat situ...
Tapi rasanya banyak gambar dalam kolam renang je kot...
Hahhahhahahahha.......
Majalah mangga katanya... =P

Pemandangan dari Balkoni apartment AJ....








Perang pistol air....
Go go Mr.JR!!! =P












Sebelum maghrib kami naik....
Bersiap dan keluar dinner....

P/s : To be continue.....


Baca Selanjutnya »

PD Vacation - Kota dan Muzium Lukut


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Akhirnya, ber"update" jugak blog AJ setelah beberapa hari tinggal....
So apa je cerita yang AJ terlepas???
Nanti AJ bw okay... =D
Kan AJ cakap nak pegi bercuti kan??
Percutian kali ni ada pro dan ada kontra......
Ada best dan ada sikit tak best..... Tapi AJ nak cerita yang best dulu.......

Tempatnya sekangkang kera je...
Port Dickson terletak di Negeri Sembilan.... =D
Sure ramai yang dah pegi kan.....
Kat situ AJ stay kat Casa Rachado.... Nanti AJ review sikit pasal apartment tu... =D
Kami bertolak dari KL lebih kurang pukul 10am lepas breakfast semua.....
Sampai je kat PD kitorang pegi lawat tempat bersejarah, Kota dan Muzium Lukut....

Meh AJ ceritakan sedikit mengenai Sejarah Muzium Lukut ni...

Muzium Lukut ditubuhkan untuk mempamerkan dan menyebarkan maklumat mengenai sejarah Lukut dimasukkan ke daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada tahun 1880. Bangunan Muzium Lukut yang terletak di sebelah timur dan di bahagian belakang Kota Lukut siap dibina pada tahun 1997. Reka bentuk dan ciri-ciri utama bangunan dipercayai mengikut rupa bentuk istana Raja Jumaat bin Raja Jaafar, pemerintah Lukut (1847-1865) yang bercirikan seni bina Bugis. Muzium ini telah dirasmikan pembukaannya pada 9 April 1999.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Muzium Lukut, korang boleh layari :


Segala info ada kat situ... =D

Jom layan gambar-gambar kami kat sana... 
Get ready... Banyak tau gambarnya... =D























Mak aihhh... Panasnya cuaca kat sana........
Tapi memasing gigih kan.....
Kate cuti, apa salahnya berpanas... =D
Lepas tu kami makan  tengah hari dan berjalan sekejap di Dataran PD...






Ni je la....
Kang masuk semua banyak pulak gambarnya...
Hehehheheheheheheh.......

P/s : Next entri Casa Rachado Apartment....


Baca Selanjutnya »