Jimba-Jimba : I-City Waterworld, Shah Alam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Entri ni sebenarnya patut AJ publish 2 minggu lepas..
Tapi asik terlupa + malas nak menaip je....
Dah nak separuh basi dah pun...
Hehhehhehehe...
So sebelum basi... Let's check it out!!!


Sebelum puasa aritu, AJ dengan kawan-kawan pegi berjimba dekat I-City Waterworld...
Not bad lah tempat dia kalau korang nak bawak family beriadah kat situ.....
Harga tiket pun sangat berbaloi...
RM 15/person kalau korang beli secara Online....
Kalau walk in tu mahal sikitlah.....

Kalau dari segi jualan makanan pulak, takdelah mahal sangat harganya..
Berbaloilah dengan apa yang korang order....
Kat sini, makanan luar tak dibenarkan masuk...
Kat luar tu nanti ada staff yang akan check beg korang tau.....
Kalau kantoi, sendiri mau ingat....
Segala pembelian kat dalam Waterworld tu pulak kene pakai kad..
Bukan kad kredit atau kad debit....
Kad I-City ye.. Sebab diorang tak amik cash..
So kad ni korang boleh beli kat kaunter dalam tu....
Harganya RM 3 non-refundable....
Lepas tu korang topup lah berapa ringgit yang korang nak guna....
Kalau kredit dalam tu tak habis, korang tak boleh tebus balik tau...
Tapi kad tu valid sehingga 2 tahun..
So next time pegi I-city lagi bolehlah guna.... =D
So topup agak-agak je la berapa yang korang nak guna.... Tak cukup pegilah topup lagi...

Selain tyu, penggunaan pelampung adalah percuma......
Takde nak sewa-sewa....
Korang angkut je la pelampung mana yang berkenan dihati tu.....
Heheheheheh.. =P
Permainan kat situ takdelah extreme-extreme sangat macam kat Sunway Lagoon....
Kat sini relax je kecuali Tornado Slide yang agak mencabar sikit.....
Kalau berani, naiklah..... =P

AJ rasa ni je lah kot info yang AJ dapat bagi kat korang.....
Jom kita tengok gambar yang AJ sempat snap masa berjimba-jimba kat I-City Waterworld tu.. =D
































Lepas tu semua dah busy mandi manda...
Bawah ni pulak sebelum balik...
Hehheheehhe... =D


Makan...

Dan makan lagi....

Eh jap!!!Ada lagi 1........
Layan video ni... AJ naik Tornado Slide tu.. =D



Terkeluar jerit gadis okay!!!! =P

P/s : Syok!!!
Baca Selanjutnya »

Sampainya Hati Dia....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sampainya hati dia.....
Menduakan isterinya yang dinikahi di Tanah Suci Mekah dengan berkahwin lain di Thailand....
Bergunung simpati AJ pada isterinya tu......
Sedangkan kita sendiri pun baru gf/bf orang kacau dah jadi gempa bumi, world war...
Inikan pulak orang yang duduk serumah, tidur sebantal....

Entahlah.... Kita sendiri pun tak tau puncanya kan..
Nak judge sesiapa pun tak boleh......
Kita bukan berada di tempat mereka pun....
Apapun AJ harap mereka tabah menghadapi ujian terutamanya Noor Dayana, isteri pertama kepada Ashraff Muslim..

Tersentuh hati AJ membaca nukilan ni kat BeautifulNara pagi tadi.....

Info terbaru : Ini BUKAN puisi hasil nukilan Noor Dayana tau....
Penulis sebenarnya adalah Ana Hawana...
Tapi walau siapapun penulisnya, puisi ni memang sangat menyentuh perasaan.....

Jom baca :
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah… Mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…



P/s : Semoga apa yang terjadi kepada mereka, tak jadi pada kita..
Amin...

Baca Selanjutnya »