Review : GLOWSHAPE Dari SecretBeauty


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ berpeluang join product review bersama beberapa orang blogger di Flora Kafe...
Haaaaaa.... Nak tau produk ape??
GLOWSHAPE dari Secret Beauty....
Penah dengar??
Kalau tak penah dengar takpe.... Meh AJ nak cerita sikit...

Ada can jadi Model produk GLOWSHAPE tak???
Kihkihkih..

GLOWSHAPE adalah 1 produk hebat yang mempunyai pelbagai fungsi.....
Antaranya :

~Mengurangkan masalah lemak degil yang berlebihan
~Melansingkan dan memberikan bentuk badan yang ideal
~Mencerqhkan dan mengebukan kulit dengan NANOGLOW
~Melindungi kulit daripada sinaran UV
~Mengurangkan masalah sesulit
~Mengurangkan masalah jerawat degil
~Membuang toksin melalui pembuangan air besar dan angin
~Mengurangkan parut dan pigmentasi pada kulit
~Melembabkan kulit yang kering
~Membantu memperbaiki tisu-tisu yang rosak pada kulit

Antara isi kandungan yang terdapat dalam GLOWSHAPE ialah :

~SPF25
~Pure Stem Cell
~L-glutathione
~Vitamin E
~Pure Marine Collagen
~Oreochromis Collagen

Haaaaa... Nampak tak betapa banyak kelebihannya dalam 1 botol??
Semuanya boleh dilihat dalam masa 7-14 hari je tau!
Percaya tak???

Pendek kata GLOWSHAPE ni all in one....
Banyak lagi masalah yang boleh ditangani selain daripada yang dinyatakan kat atas tu...
Apa saja masalah kulit atau berat badan, Insyaallah GLOWSHAPE boleh bantu... =D

Lagi 1, GLOWSHAPE  boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarat tak kira yang tua ataupun yang muda, baik lelaki mahupun perempuan....
So kalau ade kaum Adam yang teringin nak mencuba, jangan malu dan jangan segan...
Ehem.. Mana yang perut nun jauh ke depan tu pun boleh susut tau..... (Shhhhhh, ini secret! =P)
Pasni bolehlah dapat perut six packs....

Baunya jugak harum macam bau mint dan lotion dia tak melekit (tu yang AJ suka)
Malahan 1 botol GLOWSHAPE tu boleh tahan sampai 2-3 bulan sebab lotion dia pekat dan likat....
Amik sikit je pun dah boleh sapu 1 badan.... =D


GLOWSHAPE terdapat di pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia..
1 botol GLOWSHAPE 200ml berharga RM80 (w/m) / RM85 (e/m) / $35 (sgd) $39 (bnd)

Kalau korang nak cuba sendiri keajaiban GLOWSHAPE....
Layari website SecretBeauty ataupun facebook SecretBeautyMalaysia...
Serius, tak rugi mencuba... =D

Kalau nak beli dengan AJ pun boleh......
Emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke ayuejean@gmail.com nanti AJ catch up dengan korang!

Okaylah bye....
Jangan lupa beli GLOWSHAPE okay!!

P/s : Best!!!


Baca Selanjutnya »

Tetap Ada, Walau Tak Banyak...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Q : Berapa banyak kucing AJ ade??
A : 16 ekor

Q : Banyaknye, mampu ke nak jaga???
A : Ni yang AJ nak ceritakan dalam entri ni....

Kalau ikutkan sebenarnya memang tak mampu....
Nak pulak bile 1 hari kucing kite tu sakit......
Mahal! Sangat mahal!!!
Nak pulak tempat AJ paling dekat pun hospital veterinar private...
So nak taknak kami kene hantar jugak, takde pilihan lain...
Berapa bulan sebelum ni, RM 1200 duit AJ dan kakak melayang gara-gara kucing masuk wad...
Sebelum tu kami penah kene RM 722++ dan RM 441++ sebab kucing masuk wad juga dan banyak lagi amaun lain....
Yang AJ bagitau ni pun, yang kami kene keluarkan dalam setahun ni je.....
Memang perbelanjaan perubatan mereka tu beratus, beribu sekali sakit.....
Entahlah kalau ikutkan kemampuan, rasanya tak mampu nak cekau duit tu...
Tapi dalam takde tu, dari mana datangnya tetap ada rezeki kucing tu....
Dapat je kami duit nak membayar bil tu...
Tak kira dari simpanan ataupun duit gaji sendiri...
Ikutkan gaji pun berapa sen sangat....

Bab bagi makan dan kemudahan kucing tu pulak...
Setiap bulan memang beratus-ratus habis....
Kucing AJ makan makanan premium....
Tak boleh makan sebarang, kang ade pulak dapat penyakit sebab makanan tak sesuai... (Penah kena sekali..)
Ni pun diselang-selikan dengan nasi dan ikan rebus.....
Nasib baik mau diorang ni makan nasi tu..
Kalau tak memang jenuh...


Betullah kata orang, bela kucing ni memang rezeki murah...
Kalau bukan untuk kita, untuk kucing kita....
Selama AJ bela kucing, belum penah lagi diorang tak makan...
Belum penah lagi bagi diorang berlapar...
Biarlah kami yang manusia ni tak makan....
Tapi jangan kucing kita bela tak makan...
Kucing luar mungkin tau cari makan sendiri...
Kucing yang lahir dan duduk dalam rumah ni lain, diorang tak pandai sangat nak cari makan sendiri...
Yang diorang tau, cukup time dapat makan je.....
Dulu AJ penah bela sampai 24 ekor kucing.....
Ada jugak orang minta nak bela, tapi kitorang tak bagi...
Takut jugak kucing tu tak sesuai or orang yang minta tu tak boleh nak bela....
Nak kasikan pulak, kesian....
Yelah, kucing pun ade naluri nak mengawan dan hidup secara normal kan....
So.... Cerita dia....

"REZEKI BELA KUCING NI, TETAP ADA WALAUPUN TAK BANYAK MANA"

Alhamdulillah.....

Antara kucing-kucing yang penah kami bela...

P/s : Comel tak jumpa lagi... =(



Baca Selanjutnya »