Salam Kemerdekaan Ke-56 Malaysia!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Okay gigih update entri pepagi buta ni kannnn....
Ada yang celebrate kat luar ke??
Whatever it is or wherever you're, do take care yourself out there okay! =D
Wah speaking london pulak tetiba..... #OhMyEnglish =P

AJ ni memang dah lama sangat tak keluar during Merdeka ke apa...
Zaman tu dah lama berlalu dah.... =D
Kalau ada pun, jumpa Mr.JR sekejap sebelum dia pegi duty or lepas dia duty....
Tu pun kat area rumah ni je.... Lebih selamat kan....



Okay, sempena Merdeka ni jom sama-sama kita merdekakan diri, minda dan akal fikiran tak kira apa jua agama, bangsa, budaya ataupun fahaman politik.....
Jangan gaduh-gaduh sesama kita okay...
Kitakan 1 Malaysia... =D
AJ bersyukur sangat dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak Malaysia...
Alhamdulillah, walaupun lately ni ada berlakunya jenayah etc. yang kadangkala menakutkan, Malaysia masih lagi aman jika dibandingkan dengan negara lain... =D

Dalam dunia blog pun, kita kene merdeka jugak tau...
Merdeka dari gaduh-gaduh dan berperang sesama blogger...
Merdeka dari menjadi keyboard warrior, haters....
Merdeka dari gejala copypaste yang tak telus....

Pendek kata.... MERDEKAkan diri kita dari segala perkara yang tak elok tak kira dalam alam nyata atau alam maya ni......
Panjang pulak kata apa??
Errrr... Mungkin tak kata ape-ape lah kot....
Kang panjang sangat pulak....... =P (Okay melalut!!)

P/s : sedang cuba meMERDEKAkan diri dari sesuatu untuk kebaikan... =D
Yeahhhhh!!!!


Baca Selanjutnya »

Macam Tak Caya Je....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhh.... Barulah berkesempatan nak menaip dan jenguk blog AJ arini..
Pagi tadi pun sempat BW kat berapa kerat je jiran-jiran dalam bloglist tu..... =D
Nanti AJ sambung BW okay.....

Arini AJ pegi Majlis Pernikahan Wawa dan pasangannya kat Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan....
Seriously, AJ macam tak percaya je Wawa tu dah nikah dan dah jadi isteri orang.....
Hehehheheh...
Bile AJ suarakan kat dia pun, dia sendiri macam tak percaya.....
Alhamdulillah.... Sorang lagi dah tamatkan zaman bujang....
AJ???? Jangan ditanya....
Sentap hati mak noks.... Hahahhaha...
Kononnya lah nak sentap kan......
Okay sebelum ditanya AJ jawab dululah ek...
Insyaallah kalau panjang jodoh AJ dan Mr.JR, akan ijabkabul lah kami suatu masa nanti.....
Korang pun doakan yang terbaik buat kami okay.....

Balik cerita nikah Wawa pulak....
Tadi AJ pegi ngan Jaz.... Nasib baik sempat sampai sebelum Wawa nikah dan sebelum hujan lebat membasahi bumi...
Dengan sekali lafaz, Wawa sah jadi seorang isteri kepada Akmal....
Majlis cukup sederhana.... Sekadar memenuhi tuntutan agama... Alhamdulillah.....
AJ doakan masjid yang baru dibina ni berkekalan sehingga ke Jannah.....
Tahniah Wawa... Happy buat korang!!!

Macam biase....
Jom layan gambar...

Ayu kan AJ???
Heheheheh...
Insyaallah 1 hari nanti......







Dengan Jaz, tukang bawak AJ.... =D

Ni tak tau anak sape....
Tetibe datang duk atas riba, masa nak amik gambar.... =P

P/s : Happy bile kawan-kawan nikah kawen ni tau.....


Baca Selanjutnya »

Melatah


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Opocot Mak kau!!!
Omak kau!!!
Oh @&*^< kau!!!

Biase dengar ungkapan kat atas??
Haaaa.... Mesti biase kan...
Tu ungkapan yang biasenye keluar dari mulut orang yang melatah....
AJ pun tak tau sangat la ni betul ataupun tak..
Kata orang, melatah ni penyakit keturunan..
Kalau ada ahli keluarga kita yang melatah, mesti ada menurun kat anak dia ke ape....
Entahlah betul kot....
Mak AJ melatah dan kalau nak tau, AJ sendiri melatah...
Yup.. Seorang AJ ni melatah okay!!!!
Dalam adik beradik, AJ sorang je yang ada penyakit melatah ni....
Ada jugaklah mereka-mereka yang sinis cakap orang melatah ni saje dibuat-buat....
Ehhhh.... Siapa cakap??
Sebagai orang yang tergolong dalam kategori melatah, terasa gak beb!
AJ takde pulak buat-buat melatah ni...
Semuanya automatic keluar kalau terperanjat.....
Kadang bunyi bende jatuh pun boleh terkejut...
Nampak sudu orang table depan jatuh kat kedai makan tu pun boleh buat melatah....
Automatic!!!
Ape yang AJ sedar, latah AJ jarang keluar ayat tak sepatutnya... (Orang melatah ni separa sedar)
Fuhhh... Nasib baiklah..
Ada separuh orang, latah dia carut je belaka.....

Melatah ni pun ada tahap dia...
Ada yang latah mulut je....
So far, AJ pun latah mulut je....
Kadang tu, ada yang tindakan reflex dia pantas...
Apa bende yang dipegang, sure melambung....
Yang ni bahaya...
Buatnya tengah pegang pisau ke kan......
Naya je weh....



Okaylah, melatah dah 1 hal...
Ni pulak untuk orang yang tak melatah, tapi gemar mengusik orang yang melatah.....
Memang...... Memang seronok sangat kacau orang melatah...
Tindakan orang melatah tu ada yang boleh buat korang tak kering gusi...
Kalau kacau sikit-sikit tu, boleh ampun la jugak...
Tapi ade jugak spesis tak faham bahasa, mengacau tak beragak..
Lagi orang melatah, lagi galak pulak dia mengusik...
Ingat melatah ni tak penat ke??
Penat tau tak.....
Naik semput kami yang melatah ni kalau diganggu banyak kali.....
Kadang tu, latah seseorang tu ada yang memalukan diri sendiri... Ni selalunya bagi yang ada penyakit melatah kronik la....
Kesianlah kat orang yang melatah ni....
Dahlah dikacau-kacau... Latah pulak jenis yang memalukan.....
Masa tengah melatah, manalah nak sedar sangat kan...
Lepas tu, bile dikacau penyakit melatah tu selalunya akan makin menjadi-jadi...
So pada yang tak melatah tu...
Agak-agaklah nak ganggu orang melatah ni.....
Kang silap latah, ada yang secara tak sengaja melayang nyawa...
Bile dah jadi macam tu, siapa nak jawab??
Haaa haaa tak tau..
Aiyoookkk.....

P/s : Sekarang ni AJ dah kurang sikit melatahnya...
Dah takde sangat yang rajin mengacau... =D



Baca Selanjutnya »