Misi Satu Hari Satu Entri


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sekarang ni AJ cuba nak jalankan misi ni.....
"Satu Hari Satu Entri"
Sebagai blogger, kekadang mood nak berblog macam tenggelam timbul je kan....
Biasalah blogger biase-biase je kannn... =P
Nak pulak bile dah puas perah otak tapi idea takmo jugak keluar.....
Penyudahnya terabai lah blog kita sehari tu...
Kadang bukan sehari je, berhari-hari...... Tu dah kategori parah sangatlah tu...
So AJ ingat nak maintain sekurang-kurangnya sehari ada 1 entri untuk AJ coretkan kat sini mulai dari arini.... =D
Kalau idea banyak, sehari dapat 2-3 entri pun lagi okay kan...
Hehehehehhehe...
Harap-harap tiada isu kekontangan idea la....
Kalau ada, parah jugak... =D
Yang pasti, AJ akan cuba untuk tidak update bende yang mengarut dan tak boleh diterima akal lah...
Takkan nak update "arini AJ makan maggi"
Pelik pulak kan jadinya... Hehehhehe....
Ada yang nak join misi ni tak??
JOM!!! =D


P/s : Mission Possible or Mission Imposibble???
Jeng Jeng Jeng....

Baca Selanjutnya »

Seram Sejuk!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Yup, AJ seram sejuk....
Tapi bukan seram sejuk nampak hantu...
Badan ni yang seram sejuk....
Dalam 2 hari ni memang rasa macam nak demam....
AJ rasa ada kene mengena dengan cabut gigi Jumaat lepas.....
Masa cabut tu, tak rasa apa lagi.... Even lepas tu pun okay lagi sebab kesan bius ada lagi...
Tapi lepas 2 ari cabut tu AJ rasa sakit sangat bile nak mengunyah makanan....
Tu yang naik lemah 1 badan tu...
Tambah pulak dengan lenguh-lenguh badan penangan Paintball Sabtu lepas kannn....
Siang tadi badan AJ panas gile.....
Tapi rasa sejuk....
Haaaaa... Petanda la tu kan.....
Lepas AJ makan panadol, tidur...
Alhamdulillah dah rasa okay....
Badan pun dah tak seram sejuk......



P/s : Tu yang buat hilang kejap... =D

Baca Selanjutnya »

Avon You Make It Beautiful Tour...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

This is so cool!
Lepas paintball, mandi semua terus je ke Plaza Sungei Wang dengan Bro Framestone untuk event  
"Avon You Make It Beautiful Tour"...
Event di langsungkan bersempena pelancaran Koleksi Mekap Terbaru dari Avon...
AJ merupakan salah seorang pengguna Avon...
So memang sesuai sangat la tu....
Produk yang AJ suka glimmerstick eyeliner... =D

AVON merupakan 1 jenama besar yang cukup dikenali dan tidak asing lagi...
Telah bertapak selama 127 tahun di pasaran global dan berada di Malaysia sejak 36 tahun yang lalu...
Siapa yang tak kenal dengan Avon tu memang rugi... =D

Majlis pelancaran dimulakan dengan acara memotong reben dan melepaskan belon oleh Pn. Carolyn Nur Amira Lee, Pengarah Urusan AVON Malaysia diiringi oleh Safirah Harudin (Bekas pesakit kanser & Wakil Avon), Azlina Abdullah (Avon sales leader) dan Maggie Goh (Pemilik butik Avon)...
Mereka merupakan antara insan yang telah berjaya dengan Avon..
Selepas itu persembahan dari tarian Kumpulan Soul Krazy, finalist rancangan 8TV Showdown dance show..






Soul Krazy

Kelihatan Bro Framestone dan Yana Yassin khusyuk mengambil gambar.. =P




Antara blogger yang turut hadir...

Dan yang paling menarik semasa acara berlansung, makeover oleh professional makeup artist dengan rangkaian produk mekap terbaru dan photoshoot... =D
AJ pun diberi peluang mencuba mekap terbaru dari Avon ni.. Yeayyy!!!


Sebelum dengan muka comot baru berpaintball...

Semasa, menyempat je nak snap kan... =D

Selepas, bertukar wajah menjadi extra comel...
Kihkihkih.. =P
#WhySoSerious AJ time ni???

Dengan koleksi terbaru dari Avon..

Koleksi terbaru Avon ni direka khas untuk setiap tona kulit, menampilkan warna berpigmentasi tinggi dengan Teknologi Color True agar warna pada solekan anda adalah sama warna sama ang menghiasi bibir dan mata anda...

Jom intai koleksi terbaru mereka...

Ultra Color Rich Lipstick
Teknologi Pire Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri mberi warna terang yang kekal sejati.
Ia menutrisi bibir dngan Shea Butter, Minyak Omega, Beri Arktik dan Vitamin E yang menjadikan bibir licin dan lembab serta merta.
Direka untuk pelbagai rona kulit dengan 16 rona baru dlam bekas elegan dengan tetingkap jernih yang memudahkan anda melihat rona semua gindu anda sekilas pandang!

Ultra Glazewear Lip Gloss
Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri meluncurkan kilauan tinggi berona mewah berserta kebaikan formula melembab yang sama dengan gincu Avon.
Tersedia dalam bekas moden dengan 8 rona berkemasan krim, kilau dan sinar.

True Color Eye Shadow Quad
Warnakan mengikut nombor!
Quad dengan Teknologi Pure Revealing memberi warna mewah berpigmen tinggi yang kekal sejati di mata seperti di palet.
Warna kekal tulen, tanpa retak atau merekah di mata.
6 quad baru dalam bekas rekaan terkini dengan langkah penggayaan bernombor.

Ultra Glimmerstick Lip & Eye Liner
Menggaris dengan warna kekal sejati.
Gayakan bersama solekan terang atau lembut tanpa masala comotbatau berkeping....
Tersedia dalam 4 rona.

Sebelum balik, para blogger diberikan sedikit cenderahati dari pihak Avon...
Thanks AVON!!!
I'm super duper EXCITED... =D



Koleksi mekap baharu ni telah berada di pasaran September ini..
Temui Wakil Avon atau lawati Butik Kecantikan Avon untuk mendapatkannya...
Road Tour ni pulak berlangsung sepanjang bulan September di beberapa lokasi....
Dan dengan pembelian RM30 keatas korang berpeluang memenangi Samsung S4 dan percutian ke BALI melalui cabutan bertuah yang diadakan...
Dan dengan pembelian RM50, dapat makeover dan photoshoot lagi... =D
Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook page Avon Malaysia atau laman web http://www.my.avon.com/ ...

P/s : Superb !!!

Baca Selanjutnya »

Paintball Dengan Blogger di Cyberjaya Paintball Park!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ berkesempatan join blogger main paintball di Cyberjaya....
Lepas gian AJ kejap setelah sekian lama tak berpaintball.... =D
Pagi tu masa kami sampai, cuaca pun nampak mendung dan rebas.....
Alhamdulillah, tak hujan...
Takut jugak kalau tetiba hujan lebat kan........


Antara blogger hadir, Bro Framestone, Ben Ashaari, Ammar, Zahari, Hafiz, Anarm, Ladfe, Fazrol, Azmi aka Papa Blogger dan Faizal Fredley.....
Total 11 orang....
AJ sorang je la kaum hawa yang sempat join.....
Yana Yassin pun ada datang kejap, tapi dia tak join.. Tak bawak kasut...
Huhuhuhu...

Jom berkenalan dengan Paintball Park ni pulak...
Bagi korang yang nak ke Cyberjaya Paintball Park , landmark dia berhadapan dengan MMU dan berdekatan dengan Tasik Cyberjaya.....
Tempatnya pula terletak betul-betul bersebelahan dengan club house.....
Keluasan Cyberjaya Paintball Park ni lebih kurang 2.5 ekar... Besar wa baq ang...


Merangkumi 5 jenis field.....
Antaranya speedball field, urban field dan 3 recball (jungle) field iaitu Hamburger Hill, Sahara dan Gua Musang....
Kalau korang nak datang reramai pun tak jadi masalah la..... =D
Ada je tempat...
Padang dia pun best!

Caj yang dikenakan juga agak berpatutan....
Bagi yang 1st time nak main, jangan risau..
Kat situ nanti segala peralatan akan disediakan termasuklah face mask, marker set dan tank....
Bagi newbie, vest akan disediakan...
Korang cume perlu bawak diri dan pakai pakaian yang bersesuaian....
AJ suggest korang pakai longsleeve shirt, jeans dan berkasut.....
Lepas tu jangan lupa bawak baju spare ye......
Kang ada yang balik cam baru lepas berkubang... =P
Korang boleh tengok details kat bawah ni dan pilih pakej yang korang nak... =D


Kemudahan kat sana pun tersangatlah okay since ni pun 1st time AJ jejakkan kaki ke sana.....
Parking lot luas, tak payah pening nak fikir pasal parking....
Selain tu ada kemudahan tandas, bilik mandi, surau, swimming pool dan kemudahan sukan lain....
Yang kemudahan sukan lain tu, bayar asing ek.....
Manelah tau ada yang lepas paintball nak sambung main badminton pulak ke kan.. =D
Larat ke?? Hehehehhe.....

Okay sekarang nak cite pasal game pulak...
Sebelum memulakan permainan.....
Korang semua akan diminta menandatangani borang persetujuan dengan syarat dan keselamatan di padang Paintball....
Lepas tu korang akan diberi penerangan mengenai peralatan yang korang bakal kendalikan dan briefing pasal keselamatan di dalam dan luar padang.....

1st game kitorang main kat speedball field...
Speedball field ni yang dalam dia ade macam ballon yang dipanggil bunker...
Disebabkan ada 11 orang, kami main 6 vs 5...
AJ dah tentulah masuk team 6 orang...
Siap bagi pesanan penaja lagi "jangan tembak budak perempuan!"
Hahahhahaha.....
Yelah, lama dah tak main.... Lupe dah macam mana rasa kene tembak... 

2nd game pulak main kat urban field.....
Kat urban field ni, macam main perang-perang gitu...
Siap ade kayu penghadang, tong drum macam main counter strike or call of duty tu...
Hehehehheh......

3rd game dan seterusnya kami main kat speedball field...
Tak main recball pun since padang tu besar...
Takut ade yang sesat pulak...
Lagipun semua nampak macam tak larat dah kan....
Hehehehhe...
Al-maklum memasing "muda" katenyeeee... =P
TEAM MANA YANG MENANG????
Jeng... Jeng... Jeng.... 
Biarlah menjadi rahsia dan tanda tanya.... Hikhikhik.....

Overall memang best gila main paintball kat situ....
Fun and enjoy!
Nanti bolehlah suruh diorang organize event pulak kat situ kan....
Okaylah, mana yang AJ ade "TER"tembak tu sorry la ye...... =P

Haaaaaa... Tak sah kan kalau takde gambar......
Tapi pic masa game AJ takde pulak.....
Nanti tunggu yang lain-lain upload...
Sementara tu layan je beberapa kerat ni ye.....




Speedball field...

Urban Field...

Recball field..

Marker...

Face Mask...


Bersantai dulu sebelum ber"perang"..


Memasing khusyuk dengar safety briefing... =D

Untuk segala info lebih lanjut boleh ke facebook page Cyberjaya Paintball.....
Ataupun lawati laman web http://www.cyberjayapaintball.com/....
Oh ya, jangan lupa klik album "Bloggers Day" kat page tu sekali untuk lebih banyak gambar.... =D


P/s : Lepas gian AJ 3 tahun lebih tak main paintball !!! =D


Baca Selanjutnya »

My Braces Journey : Auchh!! Cabut Gigi!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awas!
Entri banyak gigi....
Huhuhuhuhu... =P

Ni progress gigi AJ dari sebelum pasang braces sampai bulan Julai....
Nampak tak gigi bawah tu dah ada movement sikit?

Last week dan arini, AJ kene cabut gigi.....
Bagi pemakai braces, cabut gigi tu biase..
Tujuannye nak bagi gigi lain ruang untuk masuk perbarisan hari sukan sekolah! (Okay, mengarut!)
Tapi ada jugak kes yang tak payah kene cabut gigi... Untunglah.....
Kes AJ ni, kene cabut dua batang gigi....
1 atas dan 1 bawah....

Ni masa lepas cabut gigi bawah last week....

Okay sebelum tu AJ nak cite pasal kos cabut gigi ni dulu.....
Harga selalunya tak tentu, ikut klinik jugak.....
Kat Klinik Dr. Zarin ni, dia caj RM 55 bagi sebatang gigi....
AJ kene cabut dua batang, so kosnya RM 110.......
Tapi takde la doktor tu cabut terus 2 batang sekali gus kan.....
Last week AJ cabut bawah, this week cabut atas pulak....
Yang gigi atas tu, doktor gantikan dengan gigi sementara supaya AJ tak nampak rongak....
Cuma gigi bawah je la dia tak replace sebab tak nampak sangat... =D
Masa cabut tu, takdelah sakit pun...
Tapi lepas kesan bius dia tu hilang, berdenyut sikit....
Makan pulak macam biase je.... Takdelah pulak AJ makan bubur....
Tang tu memang AJ pelik sikitlah....
Sebab kebanyakkan kengkawan cakap lepas cabut semua, diorang tak boleh makan keras-keras...
Nasi pun susah nak kunyah....
Tapi elok je AJ melantak... Balik dentist tadi pun belasah makan nasi putih dan sup ayam siap kunyah-kunyah batang saderi dalam sup tu..... =D

Dan paling best....
Arini AJ tukar getah Hello Kitty!!!
Yang tu AJ beli sendiri la... Online je... =D

Kaler hijau floresence....
Dah sama pulak ngan cat rumah...
Hikhikhik....

P/s : Pasni kene pasang powerchain pulak...
Yang tu ramai cakap sakit...
Cuak pulak!
Ehemmm... Untuk entri lain mengenai braces, tengok kat sidebar ye... =D

Baca Selanjutnya »