Kelas KPP


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam sepi tanpa update...
Puncanya AJ pegi kelas KPP....
Dengar ceramah sebelum nak amik lesen tu....
Tu la, orang dah ade lesen kapal terbang ngan kapal selam dah...
AJ baru nak amik lesen motor....
Tu pun amik BL1M punye offer tu....
Nak buat macam mana, baru timbul kesedaran.... Hahahhahaahha... =P
Tapi kan.... Pihak BL1M ni tersangatlah tak sistematik...
Dah 2 kali AJ terlepas kelas bulan April ngan Jun aritu.....
Sebabnya, AJ tak dapat mesej atau email pun nak bagitau pasal kelas tu...
Berkali-kali jugaklah AJ duk call dan email pihak MYeG pasal ni...
Last sekali dalam 3 minggu lepas AJ dah hilang sabar....
AJ email balik tanye pasal hal ni....
Lepas tu call tanye AJ nak cancel ke tak...
Kalau AJ nak cancel, buat ape AJ tunggu sampai September kan....??
Tup tup diorang call balik suruh pegi kelas Sabtu, 21 September kat Safety Driving Center (SDC)


8.10 pagi, AJ sampai SDC sebab 8.30 pagi kelas nak mula... Dah tu pulak jadi cite lain....
Bukannya AJ sorang je terkena....
Ramai lagi rupanya yang terkena...
Pihak SDC tu pun tak dapat ape-ape info pasal kitorang ni.....
Kelam kabut jugak kami pagi tu....
Yelah, kitorang pun takde bukti nak bagitau MYEG suruh datang kelas aritu...
Takat phone call je.....
Mana orang nak percaya....
Lastly diorang dapat list name kitorang tu...
Fuhhh... Lega hati AJ....

Kelas pulak start lambat....
Dengan ramainya lagi, dengan gangguan bunyinye lagi, dengan AJ yang tak tidurnye lagi....
Nasib baiklah penceramah dia tu tak bosan...
Pandai berlawak semua.....
So takdelah rasa nak lelap sangat...
Kelas yang patut 5 jam jadi 6 jam......

Balik tu, langsung AJ flat.....
Tidur tak bangun-bangun dah....
Hehehhee.. =D

Sekarang ni pulak, AJ duk fikir...
Macam mana dan bile nak amik ujian teori berkomputer since diorang tak inform ape-ape abis kelas semalam????

P/s : Baik tak payah buat program kalau tak sistematik dan berterabur.....
Haishhhh... Menyusahkan!


Baca Selanjutnya »

Movie Review : Prisoners


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Rabu lepas, AJ berpeluang tengok tayangan perdana Prisoner...
Cerita berdurasi lebih kurang 2 jam 30 minit ni memang best dan memerlukan penonton banyak berfikir...


Kisah bermula dengan 2 buah keluarga sedang menyambut Hari Kesyukuran...
Pasangan Keller Dover dan Grace Dover, pasangan Franklin Birch dan Nancy Birch serta anak-anak mereka Ralph Dover, Anna Dover, Eliza Birch dan Joy Birch..
Namun kegembiraan menyambut hari tersebut tidak lama apabila 2 orang kanak-kanak, Anna Dover dan Joy Birch didapati hilang....
Pada mulanya mereka mengesyaki seorang pemandu RV iaitu Alex Jones menculik Anna dan Joy kerana sebelum kehilangan mereka, Alex Jones didapati meletakkan kenderaan di kawasan perumahan itu...
Namun penangkapan Alex oleh Detektif Loki tidak membawa apa-apa penyelesaian apabila Alex didapati memiliki akal seperti kanak-kanak berusia 10 tahun menyebabkan Alex dilepaskan dari tahanan polis..


Kes itu menjadi bertambah rumit apabila tiada clue yang membolehkan mereka menemui Anna dan Joy...
Bapa Anna, Keller Dover yang tidak berpuas hati apabila Alex dilepaskan bertindak menculik Alex yang tinggal bersama makciknya Holly Jones dan menyorokkan Alex didalam rumah lamanya....
Semasa mengurung Alex, Keller Dover bertindak memukul Alex dibantu bapa Joy, Franklin Birch supaya Alex membuka mulut memberitahu dimana Kanak-kanak itu disembunyikan...
Usaha tersebut bagaimanapun menemui jalan buntu...
Sepanjang masa itu, terdapat lebih banyak bukti dan kejadian yang berlaku...
Antaranya penemuan mayat seorang lelaki didalam rumah Father Patrick Dunn...
Detektif Loki juga dapat menangkap suspek baru, Bob Taylor yang disyaki terlibat dengan penculikan kanak-kanak tersebut kerana gerak-gerinya yang mencurigakan dan penemuan pakaian kanak-kanak berlumuran darah didalam rumahnya...
Bob Taylor akhirnya membunuh diri semasa soal siasat dijalankan serta meninggalkan clue yang tidak jelas melalui lukisan berbentuk "maze"...
Keller Dover juga pergi menemui makcik Alex, Holly Jones untuk mencari bukti penglibatan Alex...
Namun masih menemui kegagalan.....
Pada masa yang sama, Detektif Loki juga mengesyaki Keller Dover atas kehilangan Alex namun tidak dapat dirungkaikan berikutan Keller Dover bijak menyembunyikan perkara tersebut...

 

Persoalannya...
Dapatkah Anna dan Joy ditemui??
Siapakah mayat lelaki tersebut??
Siapakah penculik sebenarnya??
Kalau nak tau, korang boleh tengok sendiri di pawagam okay.....
Pada AJ, cerita ni dapat 4 dari 5 bintang....
Yang lagi 1 bintang ni tak dapat sebab AJ kene fikir dan ending dia macam buat kita tertanya-tanya sikit....
Overall tak rugi kalau korang tengok cerita Prisioners ni.....

Cerita Prisioners lakonan beberapa pelakon hebat antaranya : 

Hugh Jackman sebagai Keller Dover
Jake Gyllenhaal sebagai Detektif Loki
Terrence Howard sebagai Franklin Birch
Paul Dano sebagai Alex Jones
Melissa Leo sebagai Holly Jones
Maria Bello sebagai Grace Dover
Viola Davis sebagai Nancy Birch
Erin Gerasimovich sebagai Anna Dover
kyla Drew Simmons sebagai Joy Birch
Dylan Minnette sebagai Ralph Dover
Zoe Borde sebagai Eliza Birch
David Dastmalchian sebagai Bob Taylor
Len Cariou sebagai Father Patrick Dunn

P/s : Cerita ni banyak teka-teki, tak tau macam mane nak ulas...
Hehehehehhe....

Baca Selanjutnya »

Pengapit Lagi??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lebih kurang 2 minggu lagi, cousin AJ nak kawen...
Lepas tu tadi mak dengan kakak AJ cakap, makcik minta AJ jadi pengapit masa sanding nanti....
Alahaiii... Pengapit lagi????
Masuk ni, rasanya dah berkali-kali AJ jadi pengapit pengantin...
Sampaikan AJ rasa nak kene istiharkan perletakan jawatan pulak...
Hahahhaha... =P
Bosan jugak sebenarnya jadi pengapit ni.....
Yelah, nak kene kipas lipas pengantin lagi...
Nak kene hulur bunga telur kat orang lagi...
AJ prefer lagi duduk kat depan pelamin tu makan or amik gambar......
Boleh jugak jadi modal tepek dalam blog ni... =D
Tapi nak buat macam mana kan...
Dah kenduri sedara mara....
Nak atau tak, jadi je la....
Taknak la nanti ada yang terasa hati kalau AJ cakap NO...
Hati orang kene jaga jugak beb..!
Nak pulak sedara mara kan....
Nasiblah AJ ade baju kaler yang diorang nak tu...
Kalau tak, gasaklah ye....
AJ pakai warna warni je.... Heheheheh... =P
Lepas ni rasanya takmo dah jadi pengapit ni......
Nak cari pengapit untuk diri sendiri pulak...
Eh eh eh eh!!???
Poyo je seorang AJ, macamlah nak kawen dalam masa terdekat ni kan...

Okay kalau siapa yang tak tau pengapit tu ape, meh sini AJ nak bagitau...
Pengapit tu orang yang mengiringi pengantin sampai ke pelamin dalam perkahwinan Melayu...
Kalau perkahwinan omputih, namenye "bridemaids".....
Lebih kurang je tugasnye tu.......
Cuma dalam perkahwinan omputih tu ada beberapa orang...
Kalau kawen Melayu ni sorang je... =D
Dah tau dah kan? OkBye... =P


P/s : Siapa nak jadi pengapit AJ???
Hakhakhak.. *gedik!*

Baca Selanjutnya »