Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia Sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini










Baca Selanjutnya »

Event : Design For Good, Tetra Pak

,
Sabtu 10102013, selepas event Animation World, bergegas pula ke Publika untuk event Design For Good, Tetra Pak ni.....
Majlis ni diadakan bersempena Majlis Penyampaian Hadiah Eco Design 2013...
Eco Design ialah sebuah pertamdingan rekacipta daripada kotak minuman terpakai...
Pertandingan ini telah diadakan selama 4 bulan dan 20 rekacipta yang disenaraipendekkan akan dikomersilkan dan hasilnya dimanfaatkan kepada Beautiful Gate Foundation bagi orang kurang upaya....



Tema "Design for Good" dilancarkan pada bulan Jun adalah hasil gabungan Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd dan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)...
Ini merupakan tahun kedua pertandingan ini diadakan...

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Terrynz Tan, Communication and Environment Director Tetra Pak Malaysia dan ucapan oleh Puan Futom Shikh Jaafar, Senior General Manager Majlis Rekabentuk Malaysia..
Seterusnya Visual keseluruhan acara oleh Manjula Murugesan, Environment Manager Tetra Pak Malaysia dan pengumuman pemenang....


Kreatif sungguh hasil rekabentuk dan idea dari para peserta..
AJ sendiri pun tak terfikir nak buat bende-bende macam tu dari kotak minuman terpakai tu...
Tau je, dah habis minum terus buang je kotak tu....

Jom tengok gambar sekitar Event Design for Good, Tetra Pak ni....


Kreatif kan???

Thanks to Bloogers Dot Com!

P/s : Tahniah buat semua!


Baca Selanjutnya »

Berakhirnya Perjalanan Hidup Si Urap


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

10 Oktober 2013, berakhirlah kisah perjalanan hidup Si Urap kucing jalanan yang acap kali datang dan pergi ke rumah AJ sejak bertahun lalu........
Dia kucing yang sangat baik......
Walaupun hidup di jalanan, tak penah dia kacau orang lain....
Nak dengar dia mengiau pun susah...
Kalau lapar, dia akan pandang je family AJ yang dia nampak....
So kitorang tau la dia kelaparan...

Tapi 3 minggu lepas, rutin hidup Urap berubah.....
Dia yang boleh berjalan, sihat tiba-tiba terjelepok longlai depan rumah AJ....
Tak mampu berjalan dan dari tak penah mengiau tiba-tiba mengiau depan pintu seolah meminta bantuan.....
Berkejaran AJ ke veterinar......
Lepas seminggu, kaki Urap yang dari tak boleh berjalan jadi luka dan terus kering macam gangren....
AJ buntu, bawak lagi ke veterinar....
Dah tanya itu ini, Urap disahkan perlukan pembedahan dengan kos yang agak tinggi....
Mulalah episod dimana AJ mula menghebahkan berita meminta belas dan simpati rakan-rakan..
Alhamdulillah ramai yang sudi membantu......

Bila dah cukup kos rawatan, veterinar kerajan pulak takde slot...
Baik kat Cheras, baik kat UPM.....
Berpusing AJ cari veterinar swasta pulak....
AJ takde pilihan, nyawa Urap perlu diselamatkan......
Akhirnya tibalah Urap di Kitty's Cottage.....
Bila check darah pulak, doktor sahkan buah pinggang Urap ada masalah.....
Lepas beberapa hari dalam pengawasan doktor, sekali lagi ujian darah dijalankan...
Malangnya, bacaan ujian untuk buah pinggang masih lagi tinggi....
Tiada pilihan lain dapat dilakukan selain meneruskan pembedahan....
Tapi...... Pembedahan tersebut SANGAT berisiko...
Kalau tak lakukan pembedahan pulak, Urap akan lebih terdedah kepada bahaya.....

Dannnnnnnnnn........
Semasa pembedahan dilakukan, jantung Urap mula berhenti berdenyut....
Usaha doktor untuk menyelamatkan Urap tak berjaya...
Makanya, berakhirlah riwayat hidup Urap Si Kucing Jalanan.....
Ya Allah...... Berjurai airmata AJ saat dikhabarkan berita tu......
Dah tak tertahan lagi rasanya.....
Terus AJ menangis dan menangis....
Separuh nyawa rasa melayang...
Walaupun AJ tak bela Urap dari kecik, tapi Urap tu dah macam kucing AJ......
Even sampai sekarang pun, AJ masih lagi menangis.....
Ya Allah....... Memang AJ sedih sangat...
Sedih mengenangkan nasib Urap......
Seriously, AJ menaruh harapan agar Urap dapat teruskan hidup...
Tapi takdir Allah swt takde siapa mampu halang.....
Hanya DIA tau apa yang terbaik untuk Si Urap.....

Buat Urap, mummy minta maaf tak dapat nak selamatkan Urap...
Kami dah cuba sedaya upaya nak bagi Urap kembali sihat....
Kami dah ikhtiar...
Tapi Urap tak mampu bertahan...
Takpelah Urap, mummy relakan Urap pergi...
Tenanglah Urap kat sana.....
Mummy bersyukur sangat...
Sekurang-kurangnya semasa akhir hayat Urap tu, Urap merasa jadi kucing bertuan...
Makan minum dah tersedia ada, tidur dalam rumah atas katil yang empuk, dimanja, dipeluk dan dicium....
Sekurang-kurangnya, mummy dapat bagi Urap kasih sayang....
Sampaikan bau Urap pun masih ade pada bantal dan tilam mummy ni......
Urap....... :'(





Dear Urap, You left me without saying goodbye.....
Let me kiss you for the very last time....
May u rest in peace.....
I Love You!

AJ juga nak ucapkan jutaan terima kasih buat mereka yang menyumbangkan duit bagi membiayai kos rawatan Urap.....
Juga kepada mereka yang sudi kongsikan kisah Urap.....
Tak lupa kepada insan-insan yang menjadi tulang belakang saat AJ lemah tak berdaya.....

Dan juga berbanyak terima kasih buat Doktor Azlan dari Kitty's Cottage yang telah mencuba sedaya upaya menyelamatkan nyawa Urap....

Terima kasih sangat kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..
Semoga Allah swt membalas jasa dan budi baik kalian......

AJ nak tidur dulu.... Kepala pun sakit duk nangis takmo berhenti...
Nanti tengah hari sikit AJ nak tanam Urap.....

P/s : Ada hikmah disebalik kejadian.....



Baca Selanjutnya »

Event : Pelancaran Animation World, Mid Valley


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini berlangsungnya majlis pelancaran Animation World di Mid Valley...
Terdapat pelbagai karakter kartun kesayangan ramai di Animation world antaranya Hello Kitty, Mickey Mouse, Angry Bird dan Doraemon...
Pengalaman unik membeli belah terbaru ini disampaikan oleh Anakku Sdn. Bhd sebuah syarikat terkemuka di Malaysia, membekalkan pelbagai rangkaian produk bayi dan kanak-kanak dijamin dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan...
Seriously, AJ teruja sangat masa pelancaran kedai konsep Animation World ni sebab dikelilingi karater kartun kegemaran AJ....
Majlis dirasmikan oleh Ms. Jasmine Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Anakku Sdn. Bhd...


Antara Koleksi yang terdapat di Animation World


Kalau korang berminat nak ke kedai konsep Animation World ni, boleh pegi Mid Valley yang merupakan kedai pertama seumpamanya bagi Anakku Sdn. Bhd berkeluasan 1,300 kaki persegi..
Selain kedai kedua di Queensbay Mall, Pulau pinang..
Manakala kedai di East Coast Mall, kuantan akan dibuka pada Oktober dan di Kulai, Johor serta Pavilion, Kuala Lumpur akan dibuka pada bulan November dan Disember ini....
Kalau korang nak rasai pengalaman membeli belah di Animation World boleh kunjungi Mid Valley di tingkat 1, North Court berhadapan dengan Lovely Lace....


Antara blogger yang hadir mewakili Bloogers Dot Com....
Memang meriah habis!!!

P/s : Now event Marigold

Baca Selanjutnya »

Be Strong Urap!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Petang tadi Doc Azlan dari Kitty's Cottage ada call AJ.....
Dia nak bagitau laporan terkini ujian darah Urap....
Katanya, bacaan buah pinggang Urap still tinggi dan pembedahan buang kaki Urap perlu dilakukan segera..
Sebab doc takut bacaan tu akan naik lebih tinggi lagi....
So esokagi, urap akan menjalani pembedahan....
Dan yang agak tak sedap didengar, risiko pembedahan tu agak tinggi memandangkan Urap ada masalah buah pinggang....
Rasa terhenti jap jantung AJ mendengarnya....
Memang aritu Doc ada bagitau kalau bacaan tu tak turun memang berisiko operation tu...
Tapi dah dekat seminggu bacaan tu tak menurun, Doc pun takde pilihan dan terpaksa lakukan pembedahan tu jugak esok...
Nak nangis AJ dengar berita tu......
Dahlah arini AJ tak dapat nak lawat dia.......
Harapnya esok segalanya akan dipermudahkan....
Dan pembedahan Urap akan berjaya...
Insyaallah... AJ tau Urap kuat....
Korang semua, tolong doakan Urap ye.......
Petang esok kita jumpe ye Urap.....
Be strong Urap!!!! I know u can go thru all this....
I Love You!

Ni Urap masa AJ lawat dia semalam...

Kaki Urap dah nampak tulang dah....


Dia peluk AJ taknak lepas tau semalam.......
Yelah, 3 ari AJ tak dapat jumpa dia sebab cousin kawen pastu klinik pun tutup Isnin tu....
Pastu bile AJ nak balik, dia buat muke sedih macam gambar bawah sekali tu...
Urap kuat!!!

P/s : Jumpa esok Urap!

Baca Selanjutnya »