My Journey To Braces : Set Penjagaan Gigi Si Braces


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama tak cerita pasal braces kan......
Okay arini AJ nak share sikit mengenai penjagaan gigi bagi mereka yang berbraces.....
Tapi rasanya penjagaan braces AJ kot... Hehehhe... =D
Braces ni ada lecehnya......
Antaranya makanan mudah terlekat pada bracket kita.....
Lagi 1, kalau berbraces ni jangan impikan gigi putih bak Fazura ye.....
Tapi janganlah pulak tak jaga sampai kuning macam kari....
Euwwwwww....

Okaylah bile berbraces ni, automatik rutin penjagaan gigi kita berubah...
Kalau dulu sebelum pakai braces, berus gigi time mandi je.....
Lepas berbraces rasanya macam nak gosok gigi lebih kerap, nak pulak lepas makan....
Ape yang diperlukan untuk si braces??

Berus gigi dan ubat gigi


Ini basic la bagi setiap orang kan....
Mesti ade berus gigi dan ubat gigi....
Cuma berus gigi untuk orthodontik ni lain sikit je.....
Dia lebih lembut...
AJ pakai berus gigi Colgate Ortho yang ade V-Trim Bristle System untuk bersihkan sekitar wayar bracket tu....
Tang ubat gigi pulak, AJ pilih yang ade sistem pemutihan walaupun awal tadi AJ dah cakap kalau berbraces jangan impi gigi putih kan...... =D
Pilihan AJ Colgate Optic White ataupun Darlie White Expert..

Ubat Kumur


Selepas memberus gigi AJ akan berkumur dengan ubat kumur untuk kesegaran nafas...
Selain tu ubat kumur berfungsi untuk membunuh bakteria, mengurangkan plaque, membasmi tartar, mengurangkan caviti etc....
AJ selalu pilih Listerine.... Tak kisahlah yang mana pun, purple ke hijau ke....
Fungsinya lebih kurang same je...
Hehehheh... =D

Dental Brush


Dental brush ni digunakan untuk memberus celah-celah bracket dan gusi.....
Dental brush ni kecik je, so dia boleh jangkau tempat dimane berus gigi tak boleh capai....

Wax


Wax ni digunakan untuk mengelakkan ulser pada mulut....
Orang tak berbraces, tak perlulah wax ni... Hehehhehehe..
Cara gunakan wax ni, gumpalkan sedikit dan tampalkan pada bracket tajam yang menyebabkan ulser pada mulut..
AJ tak guna sangat pun wax ni...
Sebab tak kerap dapat ulser pun....
AJ selalu pakai bile tukar wayar ataupun elastic band yang warna warni tu...
Kadang masa lepas tukar tu, rasa tajam wayar tu mencucuk-cucuk....

Travel kit


Bende-bende kat atas ni memang wajib AJ bawak dalam beg....
Kiranya macam travel kit la......
Selalunye lepas makan kat memane je, AJ akan berkumur-kumur dan bersihkan sisa yang terlekat.....
Tapi nak memberus gigi lepas makan tu, kene tengok tempatlah....
Kat Malaysia ni bukan macam negara luar....
Kalau kat sana, berus gigi lepas makan tu takdelah pelik mana...
Semua mereka buat perkara yang sama....
Kalau sini, orang pandang lain macam kot.... Pelik la, takde orang lain buat kan...
Seeloknya kat sini, lakukan urusan berus memberus tu dalam toilet ye... =D

Sebenarnya ade lagi yang AJ tak gunakan....
Antaranya dental floss dan beberapa bende lain......
Tapi kalau ade yang kat atas ni pun dah kire okaylah.....
Janji hadooooo... =D

Okaylah, sampai sini dulu...
Kalau nak tau more pasal my journey to braces, boleh tengok dekat sidebar....

P/s : Next week monthly check-up...
Nak tukar kaler ape ek?
This month dah pakai grey + pink... =D

Baca Selanjutnya »

Jom Makan di M2 Cafe dan Catering...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lepas habis ChurpOut2013, AJ bergegas pula ke M2 Cafe dan Catering yang bertempat di Setapak, berhadapan dengan Festival City Mall dan sederet dengan Microphone Karaoke....
Siapa biase pegi karaoke kat situ, sure tau...... =D



First sekali terima kasih buat M2 Cafe dan Catering kerana sudi menjemput kami dari Blooggers Dot Com bagi mencuba steamboat kat sana....
Terdapat banyak pilihan makanan yang boleh dipilih kat situ......
Selain steamboat, AJ difahamkan M2 Cafe ada pelbagai pilihan makanan lain antaranya Western Food dan Asian Fusion....

M2 Cafe bukan hanya menjalankan khidmat di restaurant, malahan menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis keraian antaranya majlis perkahwinan, majlis hari lahir dan sebagainya....
Menarik kan???

Walaupun AJ sampai agak lambat aritu, sempatlah AJ cuba makanan kat sana.....
Untuk steamboat ade 2 pilihan kuah iaitu tomyam dan sup.....
Dan........ AJ suka sangat air yang disediakan...
AJ ni buta rasa sikit.... Tak berapa pasti pulak air ape......
Air Yam kot, warna purple gitu......
AJ pun ade try nasi goreng... Sedap!!! =D
Hilang segala keroncong dan gendang gendut AJ malam tu......

Jom layan gambar sikit... =D


Antara blogger yang menghadirkan diri malam tu....


Muke happy dapat makan... =D


Last ni special sikit.....
Gambar curi oleh Nizam....
Terserlah kelaparan kan....
Dah tak pandang kiri kanan dah......
Hahahhahahahhaha....

Kalau korang nak mencuba kepelbagaian makanan di M2 Cafe dan Catering boleh ke Fanpage mereka......
Book now! Sure tak menyesal... =D

P/s : Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati....
Terima kasih M2 Cafe, lain kali jemputlah lagi....
Hehehhehehhe... =D

Baca Selanjutnya »