Event : Majlis Pra-tonton Iklan Deepavali Petronas


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

24 Oktober 2013 bertempat di Delicious Dua Residency, Jalan Ampang berlangsungnya Majlis Pra-tonton Iklan bersempena Deepavali daripada Petronas...
Setiapa tahun, tak kira apa jua perayaan Petronas tidak pernah terlepas dari iklannya....
Dan juga iklan Petronas tidak pernah menghampakan dan sering berjaya menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada penonton walaupun berdurasi hanya beberapa minit....


Pada kali ni, AJ berpeluang menjadi antara orang pertama yang menonton iklan Deepavali ni....
Seriously, iklan ni memang menusuk terus dalam hati AJ....
Mesej yang disampaikan dan ekspresi muka para pelakonnya benar-benar mencuit hati...
AJ difahamkan pelakon iklan tersebut bukanlah mereka yang datang dari dunia lakonan... =D

Iklan Deepavali Petronas bertajuk "Our Deepavali" mengisahkan 3 orang lelaki dari rumah orang tua dan seorang gadis yang bertindak sebagai penjaga mereka disana....
Semasa perayaan Deepavali, gadis tersebut telah membawa ketiga-tiga mereka pulang ke kampung halamannya...
Dalam perjalanan tersebut banyak terselit moment berkaitan persahabatan, toleransi dan sebagainya....
Tak lupa juga penerapan elemen-elemen dan tradisi Hindu dalam iklan tersebut....

Kalau korang nak tau kisah iklan "Our Deepavali" dari Petronas, jangan lupa tonton sendiri di kaca TV....
Ataupun boleh layari laman Youtube Rasmi Petronas di Petronas Official....
Petronas juga ade webisodes yang akan mula ditayangkan di laman Youtube bermula 12 November nanti......

Seperti biase, tak lengkap entri AJ tanpa gambar kan.....



Diorang cakap AJ pakai ikut tema majlis gitu....
Kihkihkih... =D

Blogger yang hadir...

P/s : Makan best!! =P

Baca Selanjutnya »

Event : Pelancaran Magnum Mini


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

23 Oktober 2013 bertempat di Publika berlangsungnya pula Majlis Pelancaran Magnum Mini....
Aiskrim yang namanya tak asing bagi penggemar aiskrim.... =D
Sebagai penggemar aiskrim, AJ tak lepaskan peluang untuk mencuba rangkaian terbaru aiskrim Magnum ni.....



Pada majlis tersebut pihak Wall's Magnum memperkenal rangkaian aiskrim Magnum yang bersaiz mini dengan 3 rasa berbeza iaitu Magnum Mini Classic, Magnum Mini Almond dan Magnum Mini Chocolate Brownie.
Magnum Mini ini dilapisi coklat tebal Belgian dijamin dapat memberikan kepuasan maksimum peminat aiskrim....
Boleh dinikamati dimana sahaja dan pada bila-bila masa je tau....


Majlis pelancaran Magnum Mini ni memang meriah!
Selain diberi peluang menikmati keenakkan aiskrimnya, ada juga 3D Chocolate Magnum Mini Moment, Magnum Manicure dan juga Chocolate Dessert Bar....
Majlis dimulakan dengan persembahan dari Altimet, ucapan dari Mr. Rakesh Mohan (Chairman & Managing Director, Unilever Malaysia & Singapore).
Seterus ucapan oleh Mr. Herry Budiazhari (Marketing Director, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd)...
Majlis juga diteruskan dengan tayangan Magnum Mini Moments Video dan juga Magnum Mini MegaMix oleh Altimet dan DJ Biggie....

Jom layan gambar! =D

Date dengan 2 orang blogger ni....
Thanks korang!!! =D

Manicure dan Magnum Mini Moment AJ....


Gadis blogger cantik yang AJ kenal pada majlis tu... =D

Dan last sekali.......

Altimet dan Atilia....

P/s : I'm such an Ice-Cream and Chocolate Lover!!!

Baca Selanjutnya »

Event : Pelancaran Trend Micro Titanium Maximum Security 2014


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

23 Oktober 2013 di Galactic Laser, Mid Valley berlangsungnya Majlis Pelancaran Trend Micro Titanium Maximum Security 2014..
Pada masa kini, penggunaan internet bukanlah sesuatu yang asing lagi...
Tapi tanpa kita sedari, perkara ini menyebabkan kita banyak terdedah kepada virus dan jenayah siber.....

Kajian yang dijalankan oleh pihak Trend Micro mendapati 69% daripada kuta mendedahkan maklumat peribadi seperti tarikh lahir di laman sosial....
47% lebih cenderung mendedahkan lokasi tetap mereka dan kerap meng"update" kedudukan semasa kita....
Perbuatan itu sebenarnye mendedahkan kita kepada lebih banyak bahaya...
Mungkin ada yang menggunakan maklumat peribadi dan identiti kita untuk melakukan jenayah dan sebagainya...
Sehubungan dengan itu, Trend micro telah melancarkan Titanium Maximum Security 2014 untuk melindungi kita dari jenayah siber dan "spam" dari dunia siber.....

Produk terbaru dari Trend Micro ini sangat melindungi maklumat peribadi kita dari terdedah dimana ianya telah dilengkapi dengan tetapan keselamatan yang boleh mengelakkan pengguna daripada memdedahkan maklumat tidak sepatutnya secara umum....
Produk ini juga melindungi kita daripada mengakses link dan laman web yang mengandungi spam...
Dan juga, produk ini juga dicipta bukan sahaja untuk melindungi komputer anda, malahan ianya melindungi telefon pintar Android dan IOS anda...!!!!!!
Zaman sekarang ni, rasanya semua guna telefon puntar waima budak sekolah pun kan.... =D
So, produk ni memang sangat melindungi kita dan peranti yang kita gunakan...

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Daripada Mr. Terrence Tang (Senior Director of Consumer Business vision, APAC Center Sales and Marketing, Trend Micro Inc.)
Seterusnya penerangan mengenai produk oleh Mr. Andrew Tan (Product zmarketing Manager (Consumer), Southeast Asia, Trend Micro Inc.)
Dan pelancaran produk serta sesi soal jawab bersama pihak media.....


Pihak media juga diberi peluang bermain Laser Tag, semuanya nampak teruja...
Termasuklah AJ... Hehehhe....
Selepas itu penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah...
Oh ye, tahniah buat mr.Jocko dari Blooggers Dot Com sebab dapat Samsung Tab 3 aritu.....
Untunglahhhh..... Hehehheh....

Maklumat lanjut mengenai produk boleh ke FB fanpage  Trend Micro MY...

Jom layan gambar!




Antara Blogger yang sempat menghadirkan diri.....

Paling best cenderahati dari Trend Micro buat rakan media yang hadir pada acara tersebut...

Trend Micro Titanium Maximum Security 2014 untuk 1 peranti dan powerbank... =D

P/s : Senyum lebar... =D

Baca Selanjutnya »

Review : Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Toner


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


First sekali AJ nak ucap terima kasih kepada Natta Cosme dan Butterfly Project Malaysia - Beauty Blogger sebab bagi AJ peluang menjadi salah seorang rama-rama untuk review produk ni.....
Bile terima parcel dari Natta Cosme, AJ jadi sangat super duper excited!!!!
Nak tau produk ape?? Scroll down beauty!!!



Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner merupakan produk keluaran Natta Cosme.
Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner diperbuat daripada ekstrak pokok renek Witch Hazel (Hamamelis Virginiana) dan bahan campuran lain.
Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera berfungsi sebagai penenang yang menyegarkan kulit, melembut, meratakan tona kulit tidak sekata serta bertindak sebagai pembersih kulit.
Ianya merupakan rawatan semulajadi buat kulit. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit normal dan kulit kering.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner :
Purified Water, Aloe Barbadensis Leaf (Certified Organic Filet of Aloe Vera), Glycerin (Vegetable), Fragrance (Natural Rose), Hamamelis Virginiana (THAYERS proprietary un-distilled Witch Hazel) extract, Rosa Centifolia (Rose) Flower Water, Citric Acid, Citrus Grandis (Grapefruit) Seed Extract, tocopheryl (Vitamin E) Extract..

Bagi pengguna muslim, jangan was-was untuk gunakan produk ni kerana ianya diperbuat daripada bahan semulajadi....
Dan paling penting ianya ALCOHOL-FREE toner....
Yup produk Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera ni bebas alkohol..... =D

Jom tengok ape yang terkandung dalam parcel cute AJ terima dari pihak Natta Cosme!


1 : Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner


Didatangkan dalam bentuk cecair jernih yang berbau harum dan lembut bunga ros...
Dari hari pertama mencuba produk ni, AJ dapat rasa kesannye....
Kulit rasa tegang dan lembut je sebaik je AJ apply kat muka...
Packaging dia pun sangat simple dan mudah untuk digunakan.... Pendek kata mesra alam dan mesra pengguna....
Tonernya juga tak melekit macam sesetengah produk....
Dibotolkan dalam botol putih jernih berkuantiti 12 fl oz (355mL) dengan perincian mengenai produk dibahagian dalamnya... =D

2 : Lily Bell Lilian Puff dan Clinic Natta Cosme "read" medicine..... (something like Fortune Cookies :D)
Sangat menarik dan unik!


Bile bukak kapsul "read" medicine ade soalan pulak dalam tu... =D


Yup, AJ akui kapas muka (cotton pad) memang medium yang paling baik digunakan untuk menggunakan toner..
Strukturnya yang lembut memudahkan toner diserap masuk kedalam kulit dan segala kotoran pada wajah akan melekat pada kapas muka..
Buktinya, tengok gambar dibawah......
Tengok segala kotoran melekat pada kapas muka tu....

Tips dari AJ :
"Selepas mengunakan Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera, tepukkan secara lembut dan urut perlahan-lahan kulit wajah untuk melancarkan peredaran darah dan penyerapan yang lebih baik! =D"


Selepas seminggu gunakan produk Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera, AJ dapat rasa kulit jadi makin tegang, tona kulit yang tak sekata jadi makin sekata...
Dan AJ dapati ianya mencerahkan kulit juga... Wow!!!
Rasa bertuah sangat diberi peluang mencuba produk ni....
AJ puas hati sangat dengan hasilnya....

Extra :
"Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera juga boleh digunakan sebagai penanggal make-up juga sebagai pembersih berus make-up korang!
AJ dah cuba, terbukti berkesan!"

3 : Penerangan lebih lanjut mengenai produk dan diskaun untuk KORANG!!!!


Berita baik!
Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli dan mencuba sendiri Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Toner, AJ nak bagi diskaun RM 5 untuk korang....
Layari laman web Natta Cosme dan masukkan kod LOVEBT untuk diskaun bagi setiap pembelian RM 50 keatas...
Diskaun RM 5 ni sah sehingga 15 Januari 2014.... Grab it!!!

Oh ya, harga Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Toner tengah promosi kalau beli sekarang tau... RM 45 instead of RM 55...

Dan akhir sekali.......

4 : Egypian Magic All Purpose Skin Cream Trial Pack


Nampak tak soalan kat situ??
Selalunya, AJ akan pakai pelembab selepas menggunakan toner... =D


Seriously jatuh cinta sangat dengan produk ni....
AJ pasti akan teruskan penggunaannye.....

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk Thayers Rose Petal Witch Hazel With Aloe Vera Toner ni???
Lawari laman web berikut :

Natta Cosme Official Website
Natta Cosme FB Fanpage

Dan jangan lupa lawari Facebook Butterfly Project Malaysia jika anda seorang blogger... =D

Baca Selanjutnya »

My Journey To Braces : Set Penjagaan Gigi Si Braces


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lama tak cerita pasal braces kan......
Okay arini AJ nak share sikit mengenai penjagaan gigi bagi mereka yang berbraces.....
Tapi rasanya penjagaan braces AJ kot... Hehehhe... =D
Braces ni ada lecehnya......
Antaranya makanan mudah terlekat pada bracket kita.....
Lagi 1, kalau berbraces ni jangan impikan gigi putih bak Fazura ye.....
Tapi janganlah pulak tak jaga sampai kuning macam kari....
Euwwwwww....

Okaylah bile berbraces ni, automatik rutin penjagaan gigi kita berubah...
Kalau dulu sebelum pakai braces, berus gigi time mandi je.....
Lepas berbraces rasanya macam nak gosok gigi lebih kerap, nak pulak lepas makan....
Ape yang diperlukan untuk si braces??

Berus gigi dan ubat gigi


Ini basic la bagi setiap orang kan....
Mesti ade berus gigi dan ubat gigi....
Cuma berus gigi untuk orthodontik ni lain sikit je.....
Dia lebih lembut...
AJ pakai berus gigi Colgate Ortho yang ade V-Trim Bristle System untuk bersihkan sekitar wayar bracket tu....
Tang ubat gigi pulak, AJ pilih yang ade sistem pemutihan walaupun awal tadi AJ dah cakap kalau berbraces jangan impi gigi putih kan...... =D
Pilihan AJ Colgate Optic White ataupun Darlie White Expert..

Ubat Kumur


Selepas memberus gigi AJ akan berkumur dengan ubat kumur untuk kesegaran nafas...
Selain tu ubat kumur berfungsi untuk membunuh bakteria, mengurangkan plaque, membasmi tartar, mengurangkan caviti etc....
AJ selalu pilih Listerine.... Tak kisahlah yang mana pun, purple ke hijau ke....
Fungsinya lebih kurang same je...
Hehehheh... =D

Dental Brush


Dental brush ni digunakan untuk memberus celah-celah bracket dan gusi.....
Dental brush ni kecik je, so dia boleh jangkau tempat dimane berus gigi tak boleh capai....

Wax


Wax ni digunakan untuk mengelakkan ulser pada mulut....
Orang tak berbraces, tak perlulah wax ni... Hehehhehehe..
Cara gunakan wax ni, gumpalkan sedikit dan tampalkan pada bracket tajam yang menyebabkan ulser pada mulut..
AJ tak guna sangat pun wax ni...
Sebab tak kerap dapat ulser pun....
AJ selalu pakai bile tukar wayar ataupun elastic band yang warna warni tu...
Kadang masa lepas tukar tu, rasa tajam wayar tu mencucuk-cucuk....

Travel kit


Bende-bende kat atas ni memang wajib AJ bawak dalam beg....
Kiranya macam travel kit la......
Selalunye lepas makan kat memane je, AJ akan berkumur-kumur dan bersihkan sisa yang terlekat.....
Tapi nak memberus gigi lepas makan tu, kene tengok tempatlah....
Kat Malaysia ni bukan macam negara luar....
Kalau kat sana, berus gigi lepas makan tu takdelah pelik mana...
Semua mereka buat perkara yang sama....
Kalau sini, orang pandang lain macam kot.... Pelik la, takde orang lain buat kan...
Seeloknya kat sini, lakukan urusan berus memberus tu dalam toilet ye... =D

Sebenarnya ade lagi yang AJ tak gunakan....
Antaranya dental floss dan beberapa bende lain......
Tapi kalau ade yang kat atas ni pun dah kire okaylah.....
Janji hadooooo... =D

Okaylah, sampai sini dulu...
Kalau nak tau more pasal my journey to braces, boleh tengok dekat sidebar....

P/s : Next week monthly check-up...
Nak tukar kaler ape ek?
This month dah pakai grey + pink... =D

Baca Selanjutnya »