Alhamdulillah, Rezeki Berblog...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, tadi BroFramestone ada mesej AJ minta no akaun....
Nak settle kan bayaran ade 1 event yang AJ pegi sebelum ni.....
Tersenyum-senyum AJ balas mesej tu......
Berkat usaha dan sabar AJ, dapat jugak merasa sedikit rezeki daripada berblog ni....
Tak sia-sia menunggu lama sikit untuk bayaran tu... =D

Selama arini, tak penah AJ sangka niat berblog AJ ni bakal membuahkan hasil...
Yelah, berblog sekadar suka-suka je...
Tapi lama-kelamaan, AJ mula mengorak langkah...
Join event sana dan sini....
Kalau nak tau, kebanyakan event yang AJ join tidak berbayar.....
AJ pun masih menapak dalam dunia blog ni kan.....
Dari situ, AJ mula diberikan peluang oleh Bro untuk join event berbayar.....
Walaupun tak banyak peluang AJ dapat sebab ikut kesesuaian blog dan trafik jugak kan, tapi Alhamdulillah ade sikit rezeki buat tampung perbelanjaan AJ yang belum berkerjaya lagi... =D

Dan tadi jugak, AJ dapat 1 lagi panggilan dari company kecantikan..
Insyaallah kalau ade rezeki AJ nanti, AJ akan dapat peluang review produk mereka dengan "token"nye sekali...
Tapi belum confirm lagi lah..... Moga rezeki berpihak pada AJ dan blog ni.... =D


So kepada korang yang belum penah merasa rezeki dari blog tu..
Jangan putus asa dan jangan terlalu berharap...
Berbloglah dengan seikhlas hati...
Insyaallah 1 hari nanti pasti akan terbuka pintu rezeki untuk korang dalam dunia blog ni....
Teruskan usaha okay..... =D

P/s : Tengah tunggu result interview...
Harapnya pintu rezeki buat AJ tu terbuka seluas-luasnya....
Insyaallah.... Dengan izin Allah swt... =D




Baca Selanjutnya »

Sesi Membelai Rambut Dengan Himalaya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ berpeluang menghadiri sesi membelai rambut dengan Himalaya.....
Thanks kepada The Butterfly Project - Beauty Blogger sebab pilih AJ menjadi salah seorang daripada 12 butterflies... =D
Dan juga thanks kepada Himalaya kerana menaja sesi rawatan rambut kami dan Rupini's Bangsar untuk tempat yang menarik.... =D

Himalaya merupakan 1 produk yang tidak asing lagi dalam pasaran...
Merupakan satu-satunya produk berasaskan herbal....
Pada sesi ini, kami semua diberi peluang mencuba rangkaian Shampoo Anti Hair Fall...
Tidak dinafikan keguguran rambut merupakan perkara yang paling ditakuti setiap wanita....
AJ pun salah seorang daripadanya.....
Kadang-kadang sampai taknak sikat rambut gara-gara tak sanggup nak tengok rambut yang gugur tu....
Tambahan pulak AJ ni obses dengan mewarna rambut.... So memang confirm rambut akan gugur....


Himalaya's Anti Hair Fall Shampoo merupakan produk 2 dalam 1 yang dirumus khas untuk memberikan khasiat kepada akar rambut dan menguatkan folikel pada setiap helaian rambut kita...
Ianya juga memberikan tekstur rambut bertambah baik serta mengurangkan keguguran rambut kerana kerosakan...

Bahan-bahan utama dalam syampu dan cream Himalaya :

Butea Frondosa berfungsi untuk menguatkan rambut.
Eclipta dan Licorice berfungsi untuk meningkatkan pertumbuhan semula dan memberikan tekstur yang lebih baik kepada rambut.
Pongamia Pinatta bahan semulajadi anti-kulat.
Chickpea dan Amla bahan herbal semulajadi yang kaya dengan protein dan vitamin untuk memberikan khasiat kepada rambut dari akarnya.

Produk Himalaya bebas daripada Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES).

Okay sebelum kami memulakan sesi membelai rambut kami diberikan teka silang kata....
Haaaaaa... Mencabar jugak tau pagi-pagi dah kene perah otak....

Opsssss......

Selepas itu, kami diberikan analisis kulit kepala...
Rambut AJ ni sememangnya jenis yang kerap gugur...
So, memang tak berapa nak normal jugaklah.....
Tapi kulit kepala AJ okay je, tak kering sangat dan tak berminyak sangat.....

Selepas analisis, AJ mulakan sesi rawatan rambut...
Pertama sekali kulit kepala dan akar rambut diurut dengan Himalaya Revitalizing Hair Oil untuk merangsang pertumbuhan dan menguatkan rambut dari akarnya...
Kemudian rambut dibilas dan disyampu dengan Himalaya Anti Hair Fall Shampoo...
Rambut kemudiannya dibiarkan separa kering dan disapu dengan Himalaya Anti Hair Fall Cream dan gayakan rambut macam biase....

Sesi membelai rambut Himalaya ni membuatkan rambut terasa lebih ringan, lebih bertekstur, lembut dan juga berbau harum.....
Kami juga diberikan cenderamata dari Himalaya berupa Shampoo dan Cream Anti Hair Fall...
Tak ketinggalan voucher Urutan Minyak Panas dari Rupini's Bangsar serta voucher diskaun untuk pengayaan rambut daripada Shear Perfection....
W.O.W!!!

Selain tu, kami juga diberikan tips dan pengayaan rambut fesyen terkini dari Shear Perfection...

Keterangan lanjut mengenai rangkaian produk Himalaya lawati www.himalayahealthcare.com...
Juga layari Rupini's Beauty dan like fb fanpage The Butterfly Project - Beauty Blogger!!!

Sekarang masanya untuk gambar!!!

Suasana tenang di Rupini's Bangsar....

Analisis rambut...

Sesi urutan dengan Revitalizing Oil, Shampoo dan Cream dari Himalaya...

Shireen dan the guys dari Shear Perfection....
Sorry i forgot his name..... My bad...

Last but not least.....



THE HAPPY BUTTERFLIES!!!!
Yeayyyyy.... =D

Goodies dari Himalaya, Rupini's dan Shear Perfection...

P/s : Thank you!!!!

Baca Selanjutnya »

Event : Majlis Pra-tonton Iklan Deepavali Petronas


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

24 Oktober 2013 bertempat di Delicious Dua Residency, Jalan Ampang berlangsungnya Majlis Pra-tonton Iklan bersempena Deepavali daripada Petronas...
Setiapa tahun, tak kira apa jua perayaan Petronas tidak pernah terlepas dari iklannya....
Dan juga iklan Petronas tidak pernah menghampakan dan sering berjaya menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada penonton walaupun berdurasi hanya beberapa minit....


Pada kali ni, AJ berpeluang menjadi antara orang pertama yang menonton iklan Deepavali ni....
Seriously, iklan ni memang menusuk terus dalam hati AJ....
Mesej yang disampaikan dan ekspresi muka para pelakonnya benar-benar mencuit hati...
AJ difahamkan pelakon iklan tersebut bukanlah mereka yang datang dari dunia lakonan... =D

Iklan Deepavali Petronas bertajuk "Our Deepavali" mengisahkan 3 orang lelaki dari rumah orang tua dan seorang gadis yang bertindak sebagai penjaga mereka disana....
Semasa perayaan Deepavali, gadis tersebut telah membawa ketiga-tiga mereka pulang ke kampung halamannya...
Dalam perjalanan tersebut banyak terselit moment berkaitan persahabatan, toleransi dan sebagainya....
Tak lupa juga penerapan elemen-elemen dan tradisi Hindu dalam iklan tersebut....

Kalau korang nak tau kisah iklan "Our Deepavali" dari Petronas, jangan lupa tonton sendiri di kaca TV....
Ataupun boleh layari laman Youtube Rasmi Petronas di Petronas Official....
Petronas juga ade webisodes yang akan mula ditayangkan di laman Youtube bermula 12 November nanti......

Seperti biase, tak lengkap entri AJ tanpa gambar kan.....



Diorang cakap AJ pakai ikut tema majlis gitu....
Kihkihkih... =D

Blogger yang hadir...

P/s : Makan best!! =P

Baca Selanjutnya »