Musim Kenduri!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bile masuk bulan Disember je, 1 perkara yang pasti mesti ramai orang buat kenduri.....
Macam-macam kenduri ade....
Paling popular bulan Disember ni, kenduri kawen la.....
Hehehehehe......



Baru je masuk seminggu Disember, jemputan dah beratur yang AJ terima....
Terima kasih buat bakal-bakal pengantin yang jemput tu ye....
Insyaallah jika tiada aral, sampailah AJ ke majlis korang...
Mana yang jauh-jauh tu, maaf tak dapat nak hadirkan diri...
Semoga majlis korang berjalan lancar dan dipermudahkan...

Oh ye, bile sebut pasal kenduri kan...
Baru AJ teringat, baru ni AJ ade tengok website Zalora, cantik-cantik Peplum Dress Zalora Malaysia tau...
Berkenan pulak dengan design-design dia..
Haishhh... Tak sabar pulak nak tunggu gaji.....
Cantik woooo...... Okay lari topik pulak... =D

Harapnya kat majlis-majlis tu nanti, takdelah AJ dapat soalan "cepuk"mas....
Jenuh dah nak menjawab ni...
Hehehehehehe.....

P/s : Minggu ni kenduri dia, dia dan dia....
Okay mana 1 nak pegi ni??


Baca Selanjutnya »

Eh! AJ bukan Manager!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa yang baru nampak AJ kat ofis baru ni, semua mesti tertanya-tanya dan cakap AJ Manager baru....
Al-kisahnya, diorang ni tengah nak pindah work station...
So untuk seminggu dua ni, AJ ditempatkan kat tempat manager lama...
So semua ingat AJ ni manager baru...
Hahahahha...




Kelakar pulak rasanya, sampai ade yang call extension kawan AJ nak bertanya punya hal.....
Yelah, baru-baru masuk terus je duduk tempat manager..
Mau tak terkejut semua orang..
Dahlah muke baru abis sekolah je kan.... =P

Lepas diperkenalkan, barulah diorang tau.....
Lega rasenye...
Sampai naik segan pulak AJ bile staff duk pandang-pandang "Manager Baru" ni mase belum tau tu...

P/s : Mana tau berkat duk tempat manager pulak ke...
*Perasan!* =P


Baca Selanjutnya »

Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

4 Disember 2013 bertempat di Istana Budaya, AJ, Mr.JR dan beberapa orang blogger diberi peluang menonton Lawak Ke Der 3....
Ini merupakan kali pertama AJ ke Istana Budaya sebagai penonton....
Sebelum ni pegi sebab latihan menari je...... =D
Ramai rakan blogger yang turut sama hadir bagi menonton dan memberikan sokongan kepada pelawak serta program Lawak Ke Der ini...
Terima kasih Escape yang menaja tiket untuk para blogger dan juga Bro Framestone!


Seperti yang semua sedia maklum, Lawak Ke Der ni merupakan 1 program yang santai dan semestinya merangkumi jenaka bijak dari pelawak-pelawak tanah air...
Lawak Ke Der 3 bermula pada pukul 8.30 malam....
Pada malam ni, kami dihiburkan dengan gabungan pelawak Lawak Ke Der lama dan baru seperti Nabil, Harith, Jambu dan Douglas Lim....
Gabungan wajah lama dan baru ini bagi memberikan kesegaran pengisian jenaka yang baharu dari jenaka-jenaka musim sebelum ini..
Selain itu, pertukaran ini akan memberikan peluang kepada individu lain bagi mengetengahkan bakat komedi mereka sendiri..

AJ terhibur sangat dengan jenaka lain dari yang lain yang ditampilkan oleh Nabil, Harith, Jambu dan paling mencuri tumpuan adalah jenaka dari Douglas Lim yang merupakan wajah baru bagi Lawak Ke Der 3...
Sangat berbeza dan nampak kelainannya dari musim sebelum ini..
Nak pulak Douglas Lim pertama kali berjenaka dalam Bahasa Melayu.....
Memang tak kering gusi dibuatnya.... =D
Tambahan pulak, idea jenakanya merupakan "jenaka alam nyata"....
Perli baik punya..... AJ terhibur sangat......
Dan jenaka Douglas Lim mendapat tepukan yang sangat gemuruh dari penonton termasuklah AJ....

Program Lawak Ke Der 3 ini akan berlangsung bermula hari ini 4 Disember sehingga 8 Disember 2013 ini merupakan program berbahasa Melayu kecuali pada persembahan 6 Disember yang menampilkan pelawak dan lawak dalam Bahasa Inggeris dan hanya melibatkan Harith, Douglas manakala Nabil dan Jambu akan digantikan dengan Jenhan..

Bagi mereka yang berminat untuk menonton atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program Lawak Ke Der 3 ni layari Ticket2U ataupun ke Kaunter Istana Budaya.....
Tiket berharga dari RM 46 ke RM 196...

AJ jamin, tiada apa yang merugikan......
Lagi rugi kalau tak menonton sendiri... =D

Jom tengok antara gambar yang sempat AJ snap...
Bersama blogger yang sempoi dan gila-gila....


Dan gambar akhir ni paling special.......

Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Menteri Besar Kedah...

P/s : Best sangat!


Baca Selanjutnya »