Mood Raya Sudah Mari!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hi blog! Lama tak menempel kat sini......
Lately ni ke"busy"an melampau......
Tetibe pulak berderet-deret keje AJ........
Lepas tu last week pun busy settle Abam Montel....
Oh ya, dia dah keluar vet dah since ari ahad aritu..... Lega rasenye... =D

Arini pulak toleh kanan takde orang, toleh kiri pun takde orang......
Ohhhh..... Ramainya dah cuti raya.....
Makanya mood pun blues je......
Mood raya katakan!
Hahhahahhahha.. Macamlah kau sambut kan..
Kemain nak mood raya berbagai-bagai.....
Tapi serius memang takde mood nak buat keje yang bersepah-sepah ni..
Kalaulah ade yang boleh tolong buatkan, memang alangkah indahnya dunia.... =P

Okaylah, nak menyambung keje..
Kang makin ditangguh, makin menimbun pulak.....
Ni pun duk membuat keje orang lain yang gemar menangguh keje....
Penyudahnya, AJ la mangsa.....
Waaaaaaaaaaa......


P/s : Mata gatal sangat, macam nak kene sakit mate.....


Baca Selanjutnya »

Kaftan!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lately ni AJ "TER"suka pulak dengan kaftan ni......
Tengok online shop pun yang ade jual kaftan je.....
AJ banyak tengok dari luar negara nye website, cantik-cantik...
Tapiiiii......... AJ rase inscure pulak kalau nak shopping dari situ..
Kang dah bayar, barang yng ditunggu-tunggu pulak tak sampai-sampai.... =(

Tadi duk google-google, banyaknye lah yang cantik!
Gile jugak perasaan ni bila tengok....
Mana ek nak cari yang cantik macam tu?
AJ ade jugak intai-intai few butik....
Tapi tak nampak pulak yang menarik mata dan hati....
Dapat yang "vogue da vasssszzz" pun okay jugak..
Kire bonuslah... Boleh pakai pegi dinner ofis nanti..
Temanya Arabic gitu.....
Kannnnnn... Nampak permainan dia????

Sekarang ni AJ nak continue browsing.....
If posibble arini lepas lawat Abam Montel kat vet, terus nak pegi cari..... =D

Layan dulu yang cantik menarik kat bawah ni ye...
Mana tau ade yang berjangkit pulak nak membeli kaftan... =P


Cantik kan????

P/s : Makin gile nak beli mase entri ni ditulis....
Huhuhuhuh.... =P


Baca Selanjutnya »

Kesian Babyku Si Montel....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Kesian baby Montel mummy tu...
Kene tahan wad 5 hari sebab kene FLUTD sejak semalam....
Dia tak boleh kencing, salur kencing dia tersumbat....
Sebelum ni sekor penah kene, tu yang AJ tau dia kene sakit tu....
Dia ni pulak nasib dapat detect awal....
Bahaya jugak kalau tak alert ni.....
Air kencing yang tak lawas tu, boleh jadi toksin......
Tu yang jadi sawanlah, apelah tu......

Nasiblah dah dekat hari gaji...
Gigih jugaklah mengagau duit...
Takpelah, beberapa ratus tu memang rezeki dia.... =D


Sayu pulak hati tengok dia macam ni...

Harapnya baby Montel cepat baik ye....
Masa AJ lawat dia petang semalam, dia tengah tingtong lagi kesan bius...
Baru je keluar dari bilik rawatan....
Kat anu dia tu kene masuk tiub.... =(
Tu yang melepet je tu dalam gambar-gambar tu....

Kesian Montel... Petang ni mummy datang lagi tau....
Harapnya Montel makin sihat.....

P/s : Masih tak sempat BW....
Kat ofis pun dah beralih tempat, payah jugak nak berblog....
Belakang AJ team leader kot.... Huhuhuhu.....

Baca Selanjutnya »

Warded Lagi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Gambar Hiasan

Nampaknya tahun ni awal-awal tahun lagi ade kucing AJ yang pecah rekod masuk wad......
Last aritu bulan 10...
Tup tup tadi sekor lagi kene tahan wad 5 hari wehhhh......
Sebabnya kucing AJ tak boleh kencing.......
Dulu penah jadi kat kucing lain sekali, tu yang AJ dan kakak alert tu pasal kucing tu.....
Yelah, kucing AJ si Montel tu pulak lasak...
Tetibe duduk diam je...
Lepas tu pegang sikit je dia marah....
Habis berdarah tangan AJ digigitnya.....
Alahai.... Kesian dia.....

Kalau ikutkan, semalam nak hantar pegi vet.....
Tapi memandangkan semalam Kitty's Cottage tutup, AJ tunda hari ni.....
Sebenarnya lagi lama tunggu lagi teruk..
Tapi AJ takde pilihan...
Nak pegi vet kat Jalan Gasing tu, dalam angan kurang-kurang kene ade RM 200.....
AJ belum gaji, kakak AJ pun belum gaji.....
Kat Gasing tu confirm-confirm caj dia RM 700++ punya.......
Hantar Kitty's Cottage tadi pun, anggaran kasar dia dalam RM 370++....
Takpelah, AJ pun dah nak gaji......
Terpaksalah korbankan duit gaji sikit untuk bil dia........

Semoga en Montel AJ tu cepat baik....
Okaylah...... Nanti AJ bagitau keadaan dia....
AJ baru nak gerak ke sana dari ofis ni.....

P/s : Rezeki dia gaji AJ tu.....

Baca Selanjutnya »

Event : Hipertensi : Pembunuh No 1


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



17 Januari 2014, Persatuan Hipertensi Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian bagi Persidangan Saintifik Tahunannya yang ke 11 di Hotel Shangri-La...
Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini dilancarkan oleh Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah.
Turut melancarkan majlis ialah Proffessor Datin Dr. Chia Yook Chin, Professor Dr. abdul Rashid Abdul Rahman dan Assoc. Proffesor Dr. Sazzli Kassim.
Seramai 8 orang panel antarabangsa dan lebih kurang 30 orang jurucakap mewakili 400 delegasi juga dikumpulkan di bawah 1 bumbung selama 3 hari ini...


Persidangan ini diadakan bagi membincangkan isu hipertensi yang menjadi pembunuh no. 1 tanpa kita sedari.
Hipertensi lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi dikatakan pembunuh senyap kerana tiada simptom-simptom yang menunjukkan kita mengalami gejala hipertensi.
AJ sendiri pun baru tau rupanya tekanan darah tinggi ni tak bagi apa-apa tanda!

Antara penyebab hipertensi ialah :
-Berat badan berlebihan
-Merokok
-Pengambilan makan tak sihat / masin
-Kurang bersenam
-Stress melampau
-Sejarah keluarga
Dll.

Hipertensi juga boleh menyebabkan munculnya beberapa komplikasi seperti serangan jantung, kegagalan hati, kerosakan buah pinggang dan juga strok.

Hipertensi boleh dikawal dengan menukar cara hidup seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan makanan kurang garam, berhenti merokok dan menjauhi alkohol juga pengambilan ubat-ubatan.
Selain itu kita juga disarankan memeriksa ujian darah setiap tahun..

Wahhhhhh... Banyak sebenarnya yang kita tak tau mengenai bahayanya hipertensi ni kan??
Disebabkan tu, kita jangan culas atau lepas pandang mengenai kesihatan ni....
Kadang, kita sendiri tak sedar kita ade penyakitkan?

Nak tau lebih lanjut mengenai hipertensi boleh hadiri forum awam yang akan diadakan pada 19 Januari ni ataupun pergi je ke mana-mana hospital berhampiran...

Antara blogger yang turut sama hadir..


Baca Selanjutnya »