Bertambah Lagi Nampaknye....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Nampaknya ahli keluarga kucing AJ ni dah nak bertambah.....
Balik keje je tengok kucing AJ yang sekor tu dah sibuk cari tempat, dah tak tentu arah....
Itu memang tanda-tanda nak beranak lah tu......


Kat rumah ni dah ade 16 ekor.....
Tak tau lah berapa ekor pulak keluar kali ni......
Lepas tu next ade lagi 3 ibu pulak nak beranak.......
Memang jadi puluh-puluh ekor la lepas tu.....
Hehehehheheh....

Takpe-takpe, orang kate bela kucing tu pun part of rezeki kan.....
Alhamdulillah......

P/s : Yang sibuk nak mengawan lain pulak kisahnya.....
Aiyark!


Baca Selanjutnya »

Kepada ANONYMOUS...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Kepada ANONYMOUS...
Jangan cepat menilai kalau tidak mengenal...
Jangan cepat menunding kalau tidak tahu berunding.....
Jangan cepat mencaci jika mahu dihormati.....

Kata orang kalau berani kerana benar....
Kalau takut kerana salah (membuat onar)....

Kenapa mesti jadi anonymous kalau berniat nak betulkan cara?
Kenapa mesti jadi anonymous kalau mahu berdakwah?
Tunjukkan diri, luhurkan peribadi.....
Kalau diri sendiri tak tau apa itu cara, jangan menghalalkan cara......

Kita ni ade adab, ade budaya.....
Masuk rumah orang pun bagi salam.... Sekiranya anda bukan penyamun, penjenayah lah...

Kepada anonymous, aku harap engkau membaca....
Aku tau engkau akan kembali...
Nasihat aku pulak, kalau nak orang berjalan lurus pastikan cara kau telus......

P/s : Ustaz / Ustazah alam maya...
Sighhhh....
Aku tak marah sekiranya kau masuk rumah aku secara beradab...


Baca Selanjutnya »

Berbicara Soal Jodoh dan Anak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Bila berbicara soal jodoh dan soal anak....
Ade orang tak faham......
Asyik menanya bila nak kawen bagi yang belum berkahwin....
Bila nak ade anak bagi yang sudah berkahwin....
Bila anak tu nak ade adik dan bla bla bla.....

Orang yang bertanya tu kadang tak sedar yang ditanya tu rahsia Allah...
Bukankah dah termaktub ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya ditangan Allah s.wt....
Orang yang bertanya tu pun tak sedar, soalan yang ditanya membuatkan ade insan yang berkecil hati....

Bagi yang belum berkahwin, mungkin ade masalah atau perkara yang membuatkan dia belum berkahwin..
Atau mungkin jodohnya sudah tiada didunia....
AJ penah dengar Ustaz AJ cakap mungkin orang yang tak kawen sampai ke tua jodoh dia dah takde... (Meninggal, etc..)
 Bagi yang dah berkahwin pulak, mungkin belum rezeki timang cahayamata walau dah bertahun kawen....
So.... Bagi mereka kat luar sane, janganlah ditanya soalan yang tiada jawapannya...
Soalan yang sukar dijawab.....
Kesianlah kat mereka-mereka yang terbabit... (Termasuk AJ)

Ketahuilah.... One day Insyaallah.......

Sekadar nukilan.....


P/s dalam hati : Kecik ati kite tau orang duk tanye soal kawen bila cousin-cousin dah ramai tamatkan zaman bujang.....
Dan lagi kecik ati bila ade yang tanye bila nak timang cahayamata sedangkan kite ni belum berkahwin...

P/s : Ade yang sound-sound pakai en / cik anonymous....
Mesti ko tak faham maksud tersirat disebalik entri ni.....
Kalau nak berdakwah, gunakan google akaun anda sendiri bukan anonymous....
Itu dah dikira sebagai pengecut....
Maaf AJ tak layan pengecut seperti anda.... =D

Baca Selanjutnya »