Konsert Teaterikal Suara Kita "Awie, Erra & Ziana", Mengancam!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ahad lepas, 9 Mac 2014 bertempat di Istana Budaya berlangsungnya Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggabungkan gandingan mantap Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain....
Siapa yang tak kenal mereka kan??
Dari zaman sekolah lagi AJ memang sangat meminati 3 figura ini....
Masih AJ ingat lakonan mantap mereka antaranya Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober dan sebagainya.....



Berpeluang menonton persembahan mereka secara live sememangnya 1 penghargaan buat AJ....
Terima kasih kepada www.celcomESCAPE.com atas kesudian menaja tiket AJ, Mr. JR dan beberapa orang blogger lain.....
Persembahan petang itu boleh AJ katakan sebagai sangat mantap walaupun itu persembahan yang ke lapan dan terakhir buat mereka..
Bak kata Kak Ziana dah tinggal tenaga-tenaga terakhirlah aritu... =D

Persembahan dimulakan dengan tayangan VT dari zaman kegemilangan mereka sehinggalah kini....
Kemudian persembahan pembukaan oleh Erra Fazira, Ziana Zain dan seterusnya Awie...
Pihak penganjur juga memberi peluang buat penonton untuk merakamkan video dan mengambil gambar selama 10 minit pertama...
Wahhhhhh... Bukan senang tau! So apa lagi, keluarlah segala telefon dan kamera... =D
Tapi videonya AJ tak dapat nak transfer kat PC pulak..... Tak dapat nak tunjuk kat korang....
Tapi kalau nak tengok jugak, boleh Klik Sini...

Awie
Lakonannya sangat bersahaja....
Ada masanya, telatah Awie sangat mencuit hati para penonton...
Dah macam tengok Maharaja Lawak Mega pulak.... =P
Suaranya yang rock tu memang menggegarkan Panggung Sari..
Ternyata di usia 46 tahun, Awie masih lagi bertenaga...

Erra Fazira
Perwatakan ayu dan anggun sememangnya sinonim dengan wanita ini..
Vokalnya yang mantap memukau para penonton..
Lagi-lagi semasa beliau menyanyikan lagu "Pasrah" memang mengusik hati setiap orang...
AJ sampai menitis airmata, sedih sangat masa tu.....
Cara penyampaian Erra dalam setiap lagu yang dinyanyikan seolah-olah menggambarkan perjalanan realiti kehidupan yang dilalui selama ini..

Ziana Zain
Dia memiliki sifat yang selamba..
Lakonannya memang sangat spontan sampaikan penonton terpukau..
Tak sangka ibu kepada beberapa orang anak ini ada sifat humor, tak kering gusi dibuatnya.... =D
Vokal yang sememangnya lantang, tak payah nak cakaplah..
Meremang bulu roma woooo....

Overall persembahan mereka memang mantap dengan prop pentas yang menarik....
Siapa bawak masuk kereta, motor dan basikal lagi masuk pentas....
Haaaaa.... Mampu???
Rugilah siapa yang tak sempat menonton tu kerana lagu-lagu yang mereka dendangkan semuanya lagu hits dalam filem-filem mereka... =D

Jom tengok dulu gambar yang AJ dapat snap sepanjang 10 minit pertama dan sebelum balik tu....


3 figura seni tanah air.....

P/s : Terima Kasih www.celcomESCAPE.com....


Baca Selanjutnya »

Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 | #SBB2014 #SBBYEOS2014


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Fuhhhhhhh......
Orang dah berzaman, dah banyak entri pasal SBB2014 / SBBYEOS2014, AJ baru nak update....
Dah nak separa basi pun kisahnya kan...
Maaflah, kekangan masa buat AJ susah sikit nak update cepat-cepat..
Ini pun duk pending 2-3 entri lagi....
Hehhehhehehehehe......

Sabtu lepas bertempat di Saloma Bistro berlansungnya Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014 ni...
Tahun lepas AJ tak sempat nak join, lagipun masa tu tak berapa nak aktif berblog..
So segan sikitlah nak join...
Tahun ni bile pendaftaran dibuka je, memang AJ terus je daftar..
Alhamdulillah dapat tempat.... =D
Sampai pagi tu dah ramai blogger yang berkumpul...
Dah selesai register, AJ pun bertegur sapa, bergurau senda dulu dengan blogger-blogger yang ada.....
Yelah, tak semua event kan jumpe blogger.. Nak pulak blogger luar dari Kuala Lumpur...
So inilah masanya nak bertukar kad nama, beramah mesra....
Ada yang blogger yang AJ biase jumpa dan ada jugak blogger yang baru AJ jumpe...
Excited gile bile dapat bersua muka ni.....
Maaf pada yang AJ kurang cam tu.... Yelah, dalam blog, FB muke lain..
Dah jumpe ni lain pulak rupa kan.....
Terima kasih pada yang tegur AJ dulu pada hari tu... =D

Bila majlis dah start, semua mate tertumpu atas pentas....
banyak perkongsian yang dikongsikan oleh blogger-blogger hebat, antaranya Ben Ashaari, Zarul Umbrella, RedMummy, Hazman Fadzil serta ucapan dari para penaja yang menjayakan majlis ni...
Sesekali AJ terganggu dan terleka jugak dengan skrin yang memaparkan tweet dari blogger dengan hashtag #SBB2014 dan #SBBYEOS2014.....
Tak cukup bertentang mata, tweet pulak lagi.....
Masa majlis tu, AJ dapat banyak hadiah dari Yeo's tau... Sampai kene gelar Ratu Yeo's lagi....
Dan AJ juga menang hadiah dari contest instagram Yeo's..
Alhamdulillah, walaupun tak dapat lucky draw Iphone 5s semua kan.....
Tapi meja 19 yang AJ duduk tu memang meja bertuah lah...
Boleh dikatakan hampir semua dapat hadiah.... Hehehehhehe...
Harapnya kalau ada lagi majlis blogger macam ni tahun depan, lebih ramai lagi blogger dapat join.....

Jom tengok gambar yang sempat AJ snap kat sana.....









HAVOC!!!

P/s : Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja untuk majlis ni...
Best!


Baca Selanjutnya »