Insiden FMFA2014 | Al-Fatihah Kawan


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Belum pun reda kisah MH370, negara digemparkan lagi dengan kes kematian 6 orang di Future Music Festival Asia 2014, Bukit Jalil...
Kematian anak muda tersebut dikatakan akibat penyalahgunaan bahan terlarang...
Wallahualam.....


Mulanya, AJ tak kisah sangat pasal berita ni...
Sehinggalah pagi tadi, AJ terbaca nama-nama dan no kad pengenalan mangsa terlibat.....
Berderau darah bile 1 nama tu AJ macam kenal sangat tengok tarikh lahir pulak macam mengiyakan telahan AJ....
Terus AJ type nama dia kat fb... Tapi fb dia dah deactivate pulak...
AJ cari punya cari, memang sah salah seorang tu merupakan kenalan lama AJ.....
Kami takdelah rapat, tapi kenal dan penah keluar sesame suatu ketika dulu....
Ya Allah... Sedihnya bile AJ baca mengenai kisah pemergian dia dan mereka....

Al-Fatihah kawan.....
Semoga kau tenang disana...
Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang...

Kepada semua, kita manusia biase tak layak untuk menghakimi dan mengadili pengakhiran seseorang....
Bukan AJ bela kerana salah seorang tu kenalan lama AJ...
Tapi apa sahaja kisahnya, itu urusan mereka dengan Penciptanya...
Kita doakan yang terbaik buat mereka dialam sana....

P/s : Sedih.....
Dah lame tak dengar berita, tau-tau begini kisahnya.... =(


Baca Selanjutnya »

Dress Buat Wanita!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Dress begitu sinonim dengan wanita dan merupakan antara pakaian yang sering menjadi pilihan....
Tak hairanlah kalau trend dress ni tak penah padam dari dunia fesyen dimana sahaja....
Malahan saban tahun, pelbagai rekaan dress terkini pasti akan terhasil tak kira sama ada lebih moden taupun menggabungkan idea lama dan baru yang diinspirasikan dari tahun sebelum-sebelumnya....
Ia memberikan impak yang positif kerana ada koleksi dress terbaru yang bakal mencetuskan fenomena..

Bagi AJ sendiri, dress merupakan salah satu pakaian yang wajib ada tak kira dress labuh mahupun dress singkat..
Pemakaian dress membuatkan AJ tampil lebih elegan dan dapat menyerlahkan keayuan seorang wanita dalam diri AJ sendiri....
Lagipun kepelbagaian fesyen dress membuatkan ianya sesuai digayakan pada bila-bila dan apa jua acara.....


Sebenarnya kan, tak susah pun buat seseorang wanita untuk menggayakan apa sahaja pakaian termasuk dress selagi kita memahami cara dan fungsi pakaian tersebut...
Menggayakan sesuatu gaya tersebut bermula dengan cara pemahaman kita sendiri sama ada stail yang ingin digayakan sesuai dan menepati citarasa kita....
Selain itu, ianya juga haruslah bersesuaian dengan penampilan agar menyerlahkan personaliti dan kredibiliti anda di khalayak ramai....
Memakai sesuatu yang selesa akan membuatkan kita tampak lebih berketrampilan dan menyerlah diri kala berhadapan dengan orang lain dalam situasi tertentu.... =D


So korang masih lagi tercari-cari dress untuk dipakai ke majlis atau makan malam istimewa dengan orang tersayang tak???
AJ sarankan korang beli je secara online di website shopping terkenal ZALORA....
Banyak koleksi dan pilihan dress menarik daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa dan tempatan yang ditawarkan tau..
Apa tunggu  lagi, kunjungi laman web ZALORA dan alami pengalaman membeli belah secara online terbaik di Malaysia!!!!
Jangan lepaskan peluang tau.....

P/s : AJ antara salah seorang customer tetap Zalora....
Senang, cepat dan mudah.... =D

Baca Selanjutnya »

Konsert Teaterikal Suara Kita "Awie, Erra & Ziana", Mengancam!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Ahad lepas, 9 Mac 2014 bertempat di Istana Budaya berlangsungnya Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggabungkan gandingan mantap Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain....
Siapa yang tak kenal mereka kan??
Dari zaman sekolah lagi AJ memang sangat meminati 3 figura ini....
Masih AJ ingat lakonan mantap mereka antaranya Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober dan sebagainya.....



Berpeluang menonton persembahan mereka secara live sememangnya 1 penghargaan buat AJ....
Terima kasih kepada www.celcomESCAPE.com atas kesudian menaja tiket AJ, Mr. JR dan beberapa orang blogger lain.....
Persembahan petang itu boleh AJ katakan sebagai sangat mantap walaupun itu persembahan yang ke lapan dan terakhir buat mereka..
Bak kata Kak Ziana dah tinggal tenaga-tenaga terakhirlah aritu... =D

Persembahan dimulakan dengan tayangan VT dari zaman kegemilangan mereka sehinggalah kini....
Kemudian persembahan pembukaan oleh Erra Fazira, Ziana Zain dan seterusnya Awie...
Pihak penganjur juga memberi peluang buat penonton untuk merakamkan video dan mengambil gambar selama 10 minit pertama...
Wahhhhhh... Bukan senang tau! So apa lagi, keluarlah segala telefon dan kamera... =D
Tapi videonya AJ tak dapat nak transfer kat PC pulak..... Tak dapat nak tunjuk kat korang....
Tapi kalau nak tengok jugak, boleh Klik Sini...

Awie
Lakonannya sangat bersahaja....
Ada masanya, telatah Awie sangat mencuit hati para penonton...
Dah macam tengok Maharaja Lawak Mega pulak.... =P
Suaranya yang rock tu memang menggegarkan Panggung Sari..
Ternyata di usia 46 tahun, Awie masih lagi bertenaga...

Erra Fazira
Perwatakan ayu dan anggun sememangnya sinonim dengan wanita ini..
Vokalnya yang mantap memukau para penonton..
Lagi-lagi semasa beliau menyanyikan lagu "Pasrah" memang mengusik hati setiap orang...
AJ sampai menitis airmata, sedih sangat masa tu.....
Cara penyampaian Erra dalam setiap lagu yang dinyanyikan seolah-olah menggambarkan perjalanan realiti kehidupan yang dilalui selama ini..

Ziana Zain
Dia memiliki sifat yang selamba..
Lakonannya memang sangat spontan sampaikan penonton terpukau..
Tak sangka ibu kepada beberapa orang anak ini ada sifat humor, tak kering gusi dibuatnya.... =D
Vokal yang sememangnya lantang, tak payah nak cakaplah..
Meremang bulu roma woooo....

Overall persembahan mereka memang mantap dengan prop pentas yang menarik....
Siapa bawak masuk kereta, motor dan basikal lagi masuk pentas....
Haaaaa.... Mampu???
Rugilah siapa yang tak sempat menonton tu kerana lagu-lagu yang mereka dendangkan semuanya lagu hits dalam filem-filem mereka... =D

Jom tengok dulu gambar yang AJ dapat snap sepanjang 10 minit pertama dan sebelum balik tu....


3 figura seni tanah air.....

P/s : Terima Kasih www.celcomESCAPE.com....


Baca Selanjutnya »