Hai APRIL!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini dah masuk suku kedua tahun 2014...
Hai APRIL!



Nampaknya awal April ni tak bermula dengan baik..
Pagi tadi AJ dah buat error dengan sistem baru......
Dahlah sistem tu memang tak user friendly....
Kesian team leader AJ kene solved kan masalah AJ tu......
Sorryyyyyyyyy...... =(
Lepas tu kan, berduyun-duyun pulak error jadinya.... Aiyokkk AJ.... Tak tau.....
Nasib baik arini tak jadi meeting.....
Kalau tak habislah AJ kene bash.... =P

Oh ya, hujung minggu lepas AJ busy dating dengan 2 orang adik blogger..
Nanti AJ story ye..
Tak berkesempatan pulak nak story morry........
Ni pun AJ curik masa sikit.... Sementara nak tunggu 5.30 petang.....
Tapi kejap lagi tetap tak boleh balik...
Hujan lebat selebat lebatnya.....
Alhamdulillah.... Hujan rahmat....
Harapnya tak lamalah hujannnya tu..... AJ balik naik motor kot.....
Huhuhuuhuuh...

Okaylah, nak sambung buat keje sikit...
Bubbye!!!!

P/s : April, harapnya awak buat baik  kat saya ye....... =D


Baca Selanjutnya »

Belasungkawa : Datuk Ali Mamak


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam industri seni tanah air dikejutkan dengan berita kematian Datuk Ali Mamak yang merupakan pelawak terkenal sekitar era 80an...
Antara sitkom beliau yang paling diingati adalah Santan Berlada....
Masa zaman tu AJ kecik lagi.... 
Dan beliau juga seorang penyanyi....
Antara lagu dia yang AJ suka dan AJ masih dengar sampai ke hari ni, lagu Apa Dah Jadi dengan pelawak Abon.... Siap save kat PC ofis dengan pendrive lagi tau....

Gambar kenangan dengan Allahyarham....
Sempat dia berseloroh masa kitorang suruh dia berdiri tengah-tengah : "mentang-mentang aku hitam, korang suruh berdiri kat tengah ye.."

Beliau disahkan meninggal dunia jam 4.20 pagi semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat kanser tahap kedua....
Berita kematiannya mengejutkan ramai pihak termasuklah AJ....
Takde pulak dengar desas desus mengenai sakit beliau....

Allahyarham merupakan anak kelahiran  Kampung Pulau, Masjid Tanah Melaka...
Sudah berkecimpung dalam bidang seni selama lebih kurang 25 tahun dan dianugerahkan gelaran Darjah Seni Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk..

Allahyarham telah selamat dikebumikan sebelum Zohor semalam di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Batu 16, Hulu Selangor...

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham...
Semoga beliau ditempatkan dikalangan insan beriman.....

P/s : Penah beberapa kali jumpa, tak penah lokek dengan senyuman dan selalu buat AJ tak kering gusi dengan ayat spontannya....
Al-Fatihah Datuk Ali Mamak (1951-2014)


Baca Selanjutnya »

Dah Jadi Lumrah


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Memang inilah lumrah hidup kan....
Banyak bila itu dan bila ini....
Sampai kadang-kadang rase macam buat itu salah, buat ini salah..
Habis kalau semua salah, nak buat ape je bagi betul??

Renung-renungkanlah.....
Ingat ye, kita yang membentuk diri dan persekitaran sekeliling kita.....
Tepuk dada, tanya selera.....

P/s : Yang betul kita kekalkan, yang salah kita betulkan...

Baca Selanjutnya »