Selamat Pengantin Baru Blogger Nadia Johari!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Still backdated entry.... Huhuhuhuhu....
Ahad lepas, 27 April 2014 AJ sempat menghadiri undangan perkahwinan blogger Nadia Johari dan pasangan....
AJ pegi majlis sebelah lelaki, memandangkan yang sebelah perempuan AJ tak dapat nak attend.....
Sedihnya mase tu.....
Anyway thanks to nad yang jemput AJ ke kenduri side lelaki.....

 

Mase majlis tu tak ramai pun blogger yang ade...
Al-maklum la, diorang dah attend majlis sebelah perempuan kan.....
Yang AJ jumpe masa tu, Hawa dan Dedeq je.....
Hawa dah berapa kali dah AJ jumoe sebelum ni...
Dedeq pulak baru first time AJ jumpe..... =D

Majlis sebelah lelaki ni simple je.....
Pengantin sampai lepas Zohor tak silap AJ....
Seriously, AJ suka sangat baju Nad....
Tak simple sangat dan tak sarat sangat...
Sempatlah AJ risik-risik tempah kat mane...
Manelah tau kot-kot AJ pulak nak menempah lepas ni....
Hehehheeh...

Anyway, Selamat Pengantin Baru buat Nad dan pasangannya...
Semoga hubungan yang dibina ni berkekalan sehingga ke hujung nyawa....
Ehemmm! Cepat-cepat dapat baby tau!!!

Antara Blogger yang hadir.....

Partner Of The Day..
As usual Mr.JR...

P/s : My turn??
Sooner or later, Insyaallah.... =D

Baca Selanjutnya »

Restoran Golek-Golek Suasana Kampung, Ilham Rasa Ahadiat Akashah


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Restoran Golek-Golek Suasana Kampung terletak di tempat yang unik di Gombak, Selangor...
Kawasannya agak tersorok dan terletak di Puncak Bukit di tepi lebuhraya....
Laluan masuknya betul-betul bersebelahan MRR2 menghala ke Taman Melati....
Kalau korang tau Sukhumvit Garden kat MRR2 tu, lagi senang korang nak jumpe Golek-Golek ni, sebab simpangnya terletak berseberang jalan tu je.... =D


Restoran Golek-Golek ini dikelilingi dengan rimbun hutan di tanah berkeluasan 0.6 hektar...
Boleh memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa.....
Memula korang sampai, korang akan nampak sebuah rumah berusia 100 tahun yang dipindahkan terus dari Melaka sebagai latarbelakang restoran ini...
Selain itu, suasananya yang sememangnya sangat tenang benar-benar membuatkan korang terasa aura kampung dan tradisionalnya..
Senyap, sunyi dan jauh dari keriuhan hiruk-piruk kotaraya...



Dari segi menu, restoran golek-golek mengamalkan konsep pengkhususan...
Mereka lebih menumpukan kepada hidangan ikan bakar yang dihidangkan dengan gabungan tiga jenis sambal iaitu sambal tumis, sambal cili dan sejenis sambal khas bagi menyedapkan rasa...
Untuk menambahkan keenakan ikan bakar tu, korang boleh pilih ikan bakar sambal yang dicampur dengan petai...
Perghhhhhhhh memang mengancam.... Terangkat rase dia....
Ikan bakar tu pun dibakar dengan daun pisang.... Memang sedap!
Selain tu, terdapat menu lain seperti ketam atau udang telur masin, kombinasi sayur kacang bendi dan kacang botol yang digoreng, sayur terung ikan masin dan juga sup ayam ditambah pula dengan seliter jus kedondong asam boi atau tembikai yang segar.....
Harga untuk setiap hidangan juga sangat berpatutan dan berbaloi.... =D

Bagi korang yang ingin merasai sendiri keunikan suasana dan resepi di Restoran Golek-Golek, restoran ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja...

Alamat :
Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM 10, Gombak, 68100 Selangor.

Waktu Operasi :
Jumaat, Sabtu dan Ahad (7 petang - 12 tengah malam)

Untuk Tempahan / Pertanyaan 

016-2269140 (Daus)
017-4070007 (Atie)

Jom intai lagi suasana di Golek-Golek


Terasa macam balik Melaka pulak...
Hehehehehhe.....

P/s : Tak rugi mencuba!


Baca Selanjutnya »