Servis Zalora Memang Pantas!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Esok AJ ade event dan event tersebut bertemakan warna biru.....
Alamak!!! Mane nak datang warna biru???
AJ tak banyak pun koleksi berwarna biru.. Nak pulak yang bersesuaian dengan "red carpet"....

Semalam lepas habis keje dalam pukul 6 petang AJ browse sekejap website Zalora, kebetulan AJ ade dapat voucher dan voucher tu dah nak expired hujung bulan ni......
Nampak sepasang dress biru ni, macam comel je......
Tapi kat situ tulis 1-3 hari penghantaran dia......
Memang tak sempatlah kalau dalam 3 hari baru sampai....
Takpelah, untuk event tu nanti sental je la baju biru ape yang ada kan kalau baju tu tak sempat sampai....
Tapi melalui pengalaman AJ selama membeli-belah dengan Zalora, memang proses penghantaran diorang tu cepat je...


Lepas tu tengah hari tadi, seperti yang dijangka parcel AJ dah sampai.....
Tapi sampai kat ofis yang salah pulak.....
Diorang hantar ke ofis Zalora tu sendiri....
Fuhhhhh.. Nasib baiklah ofis AJ dengan Zalora sebelah blok je, so AJ terus pegi amik parcel AJ tadi.....
Actually ini dah kali kedua AJ collect parcel dari ofis Zalora...
Disebabkan ofis kami 1 tempat, diorang sangka pembelian yang AJ buat tu staff purchase......
Sampaikan staff Zalora tu pun dah cam muka AJ....
Hahahahahahha....

Apapun thanks ZALORA!!!!!
Ini salah 1 sebab AJ suka beli online melalui Zalora..
Walaupun suatu ketika dahulu banyak cerita tak sedap mengenai Zalora yang didengari kan...... =D

P/s : Senyum lebar ^______________________^




Baca Selanjutnya »

Preview : Filem Animasi SuperSquad



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Sabtu lepas AJ berpeluang menonton preview sebuah filem animasi karya anak tempatan bertajuk SUPERSQUAD dengan para blogger.
Filem ini dijangka menemui anda dipawagam pada 5 Jun 2014...
Sebelum AJ ceritakan mengenai filem Animasi SuperSquad ini,  jom baca serba sedikit mengenai fenomena filem animasi di Malaysia dan serba sedikit mengenai syarikat Netcarbon Sdn Bhd.

Filem-filem animasi berbahasa Melayu semakin mendapat tempat di pawagam dan berjaya menarik minat penonton kita.. Bermula dengan siri Usop Sontorian, industri animasi seakan-akan berlumba dalam mengeluarkan produk masing-masing. Antara filem animasi yang mencetuskan fenomena Upin dan Ipin yang berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia.

Selaras dengan itu, pihak Netcarbon Sdn Bhd mempertaruhkan sebuah filem animasi pertama di Malaysia menggunakan teknik "Hybrid Motion-Capture" yang telah digunakan dalam filem Avatar dan Adventures of Tin-Tin.
Netcarbon Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat animasi "E-Learning" telah bertapak lebih 10 tahun di Malaysia dan telah merangkul pelbagai anugerah antaranya Anugerah Animasi terbaik NEF-awani 2010, Emerging Innovative Global Entrepreneur Award 2009 dan sebagainya..
Antara animasi yang pernah dihasilkan Supertots dan SuperSquad.

Menurut pengarahnya Mohd. Rashdan Ramlee, filem animasi pertamanya berjudul SuperSquad ini dicetuskan untuk mengajak golongan kanak-kanak dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka...
Selain itu bagi memupuk semangat setiakawan yang kebelakangan ini dilihat semakin dilupakan...
Dalam filem ini semangat yang ditonjolkan melalui watak 5 sekawan ini diterjemahkan secara terus bagi memudahkan ianya difahami oleh kanak-kanak.

Sinopsis Filem SuperSquad


Mengisahkan ketabahan dan kecekalan sekumpulan adiwira muda iaitu Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq yang berjuang untuk mempertahankan negara dan planet Bumi daripada serangan armada makhluk asing serta menyelamatkan bapa mereka...
Filem bergenre aksi komedi ini memaparkan babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di di bnadaraya kuala Lumpur, pertempuran sengit diruang udara KLCC dan berbagai lagi aksi...
Filem ini turut memaparkan pelbagai elemen untuk dijadikan tauladan kepada kanak-kanak dengan menerqokan nilai-nilai murni seperti setiakawan, perjuangan dan keprihatianan melalui jalan ceritanya yang mudah difahami.

Dapatkah ahli-ahli SuperSquad menyelamatkan bumi??
Jangan lupa bawa anak-anak anda menonton filem ini kalau nak tau okay....

Filem ini dilakonkan oleh para pelakon yang sangat berkredibiliti antaranya Aaron Aziz, Diana Danielle, Dafi, Radhi Khalid, Amaris@Amran Ismail, Elza Irdalynna, Marina Tan, Megat Shahrizal serta Maya Arissa.
Nampak tak antara nama-nama besar kat situ....??

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem SuperSquad boleh ke :
Facebook Page : www.facebook.com/supersquad
Website : www.supertots.tv

Pada AJ tak rugi korang bawa anak-anak tengok....
Filem yang santai, lucu dan ceria.....
AJ paling suka watak Alan dalam filem SuperSquad ni....
Comel sangat!!

Jom tengok pulak gambar-gambar sekitar Preview SuperSquad



P/s : Sesekali jadi kanak-kanak... =D



Baca Selanjutnya »