Salam Ramadhan 1435H


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA



Sekejap je dah 4 ari umat Islam berpuasa kan.....
Baru ni la AJ berkesempatan nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog AJ ni.....
Alhamdulillah... Bertemu lagi dengan Ramadhan.....
So macam mana denga puasa korang??
Ade yang dah kantoi ke?? Ke ade yang tak gastrik tetiba gastrik....
Haaaaaa... Janganlah begitu.... Tak baik tau!
Kang tak pasal ade yang kene culik dengan van putih karang.....
Hehehhehehehhe....

Ade ke yang dah buat persiapan raya??
AJ, baju dah tempah dah... Cuma tak siap lagi..
Tahun ni buat baju kurung je... malas dah nak buat baju fesyen2.....
Faktor Usia kot... Hahhahahhaa... =P
kasut raya pulak out of stock!
Sedihnya... takpelah kasut AJ pun berlambak...
Tak payah membazir kan....

Kuih raya pulak, seminggu dua sebelum raya Insyaallah baru AJ start buat...
Taknak buat banyak pun... Dalam 4-5 jenis cukuplah...
Budak sekarang datang pun bukan nak makan kuih raya sangat....
Nak kan duit raya je.....
Sesilap kuih raya tu "sendiri buat, sendiri makan" je.......

Itu je lah kot.....
Buat masa ni masa AJ untuk update terhad sikit..
Maklumlah bulan puasa kan..
Kat ofis kene berkejar siapkan keje... Balik pulak 4.30 petang..
Lepas tu nak kene cover keje sepanjang cuti raya..
Alhamdulillah cuti raya AJ dah approved last month...
Tak lama pun, seminggu je... Kihkihkih...

Oh ya, AJ nak plan berbuka puasa dengan blogger ni..
Agak-agaknya ade yang sudi join??
Area KL atau Selangor....
Kalau ade, drop your comment okay.... Bye....

P/s : Sehingga bertemu lagi....


Baca Selanjutnya »

Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort Restaurant (BGR)


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Sempena Ramadhan ni AJ nak bagitau 1 lagi tempat yang korang jadikan tempat pilihan untuk berbuka puasa...
Bangi Golf Restaurant (BGR) yang terletak di Bangi Golf Resort....
First terima kasih Sally sebab sudi jemput sama AJ dan Mr.JR.. =D

Buffet Ramadhan yang bermula dari 2 Julai sehingga 26 Julai 2014 merupakan salah satu daripada beberapa buah resort di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM.
Terdapat lebih daripada 200 hidangan yang ditawarkan sepanjang Ramadhan nanti di Bangi Golf Restaurant antaranya hidangan Melayu, Barat, Cina dan banyak lagi....

AJ nak cuba hampir kesemua makanan di sana, tapi disebabkan terlalu banyak pilihan AJ makanlah apa yang sempat dijamah.....
Memang AJ jamin korang pasti akan berpuas hati sebab kesemua makanan yang AJ cuba takde 1 pun yang mengecewakan deria rasa AJ....

Antara menu yang disajikan Kambing Bakar, Satay, Kuey Teow dan Mee Goreng yang dimasak di hadapan tetamu sendiri, Lasagna Daging, Ayam tanpa tulang Grill dengan sos Cendawan yang lazat, Kuih-kuih Tradisional Melayu, Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api, Gulai Kawah Daging dan sebagainya.....
Disertakan juga pelbagai pencuci mulut antaranya Kek Red Velvet, Jelly Kelapa Muda, Jelly Laici dan Tembikai dan banyak lagi!

Sepanjang Ramadhan tahun ini, BGR akan memperkenalkan konsep baru iaitu dapur terbuka...
So, tetamu boleh melihat sendiri cara chef-chef BGR menyajikan makanan...
Dalam masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan Muzik Tradisional Melayu secara live dari 6.30 petang sehingga 9 malam...

Menurut Chef Kamaruddin, Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant selalunya menjadi pilihan untuk keluarga, kawan-kawan, rakan niaga sepanjang Ramadhan...
Mereka akan memastikan kepelbagaian makanan dan mengekalkam rasa dan tradisi supaya tetamu akan kembali ke bangi Golf Resort Restaurant... =D

Kemudahan Surau untuk lelaki dan wanita juga disediakan di sana... =D

Kalau korang nak mencuba sendiri Buffet Ramadhan di sana boleh hubungi :

Bangi Golf Restaurant
Website : www.bgrrest.com
Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265
Email : bgb.bangigolf@gmail.com



Jom tengok antara hidangan yang sempat AJ cuba...

Banyak lagi pilihan makanan yang lazat dan menyelerakan kat sini sebenarnya....

Cik Puan Tanah suka bebeno la dengan dessert Chocolate Mousse ni......
Bertambah-tambah.. Al-maklum hantu coklat kan... =D

Antara blogger yang turut sama hadir....

P/s : Bulan Ramadhan ni, AJ akan repeat balik kat sini.... =D
Serius rugi tak cuba!!!

Baca Selanjutnya »