Raya!!! Blog Pun Cuti Raya..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dah beberapa hari blog AJ bercuti....
Dia pun nak cuti raya nampak gayanya....
Hehehehehehe.....


Banyak story yang tak tercerita kat sini...
Kisah Iftar Bersama Blogger 2014 (#IBB2014) tempoh hari pun AJ belum update kan.....
Dalam kepala otak ni, melimpah-limpah cerita sebenarnya.....
Cuma tak terluah dalam bentuk penulisan.....
Yelah, AJ agak sibuk sebelum raya haritu....
Dengan kerja berlambak kat ofis, persiapan raya lagi...
Al-maklum, setiap kali raya AJ memang sibuk bab-bab preparation....
Ini pun takdelah sibuk mane memandangkan tahun ni tak berkesempatan nak buat kuih....
Kalau buat kuih, extra sibuk lah..... =D
Raya tahun ni, macam tak berapa nak meriah lah AJ rase....
Tapi entahlah, mungkin perasaan je kot.....
Raya pertama je lah yang meriah memandangkan kebanyakkan ahli keluarga ade kat KL ni...

Okay lah, AJ rase sampai sini dulu...
Later AJ try cari masa untuk update segala cerita yang tertunggak.....
Thanks masih sudi lawat blog AJ.....
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"

Baca Selanjutnya »

Salam Aidilfitri 1435H


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sekarang ni ramai yang sedang sibuk buat persiapan nak menyambut raya kan???
Ada jugak warga kota yang mula meninggalkan bandaraya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing......
Tinggallah kami warga Kuala Lumpur dan mereka yang masih menjalankan tugas.......
AJ masih ditempat kerja sampai pukul 3 nanti.... Tapi mood keje memang dah totally out la... =D
Raya orang KL kan, macam ni la..... Raya kedua nanti Insyaallah balik negeri Sembilan/Melaka.....
Hehehehheheh.....


Dikesempatan ini, AJ dengan serendah hati ingin memohon maaf kepada semua yang pembaca blog AJ andainya ada diantara entri-entri AJ yang telah mengusik rasa...
Sekiranya ada perkongsian AJ yang membuatkan kalian menyampah, meluat, tak suka dan sebagainya......
Sebagai manusia, AJ sendiri tak lari melakukan kekhilafan dalam sedar mahupun tidak.....

Semoga lebaran ini membuka 1 lembaran baru buat semua dalam meneruskan ukhwah persahabatan yang telah terjalin di alam nyata mahupun di alam maya ini........
Walau di mana pun kalian berada.....

Dalam kita bersuka-ria menyambut lebaran yang bakal tiba nanti, jangan lupa mendoakan mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang telah menemui penciptanya....
Al-Fatihah.....

#PrayForGaza
#PrayForPalestine
#PrayForMH370
#PrayForMH17
#PrayForMuslimBrotherAndSister
#PrayForAll

P/s : Sedih mengenangkan waris dan mangsa-mangsa nahas pesawat MH17 tu.....
Orang bersedia nak sambut raya, mereka pula masih menanti ketibaan jenazah....



Baca Selanjutnya »