ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Al-kisahnya Isnin lepas punya cerita la ni......
AJ ni jarang-jarang naik kenderaan awam sebenarnya.....
Nak pulak pegi balik keje, memang berhantar-berambil je la cite dia....
Pegi Abah AJ hantar, balik kakak AJ ambik.... Sejak seofis dengan Mr.JR, dialah yang hantar AJ balik...
Adelah sekali je balik sendiri..... =D
Hehehheheh.. Manja sangat nih!
Isnin lepas Mr.JR cuti.....
AJ pulak memang taknak menunggu kat ofis... "BOSAN!" katanya....
Lepas tu memang dah plan nak ke rumah kawan...
AJ pun decide nak pegi sendiri ke Batu Caves dan minta Mr.JR pick up kat situ je.....
Niatnya nak memudahkan dan mempercepatkan perjalanan.....
Dari ofis, AJ naik Star LRT sampai Bandaraya....
Dari Bandaraya, AJ transit pulak KTM ke Batu Caves...
Makanya, KTM pun sampai.... Baca papan kenyataan tu Batu Caves, sekilas pandang tren tu okay Batu Caves.. So AJ pun naiklah "coach wanita".....
Sampai Putra, biaselah... Lepas tu terperasan ade landasan ke arah lain....
Okay lagi terus sambung perhati gelagat manusia-manusia dalam tren.. (Ini memang habit AJ bila duduk dalam kenderaan awam)
Then sampai stesen Segambut.... AJ still tak notice sesuatu yang pelik....
Tetibe sampai stesen Kepong... Pap! Dalam hati terdetik... "Lepas Kepong, stesen Kepong Sentral.... Lepas tu mesti Sg Buluh..... Eh!!!"...
Terus mata AJ pandang stesen nye navigation tu.....
Sah! Memang AJ dah salah naik tren...
Menyumpah sekejap dengan diri sendiri....
Entah macam mana pulak seorang AJ boleh terbaca RAWANG tu adalah BATU CAVES.....
Haaaaa... Amik kaw! Berangan lebih lettew...
Terus AJ keluar kat stesen Kepong tu, tunggu tren patah balik....
AJ call Mr.JR dia boleh bantai gelakkan AJ pulak.... Hampagas kau en.BF! T_T
Penyudahnya, dia suruh AJ tunggu kat stesen Putra je, dia pick up kat situ.....
Moral of the story.... PADAN MUKA AJ!
Berangan lagi...... Hahahahahhahahhaha.....
Elok nak cepat terus jadi lagi lambat...
Sabarlah je la kan... =P
Esoknya tu, terus Mr.JR bagi pesanan penaja... "Tunggu je kat ofis!"
Alahai.. Baru plan nak tunggu kat Times Square.. Punah harapan.....
Kihkihkih......
P/s : Bukan first time naik KTM....
Entah macam mana Isnin lepas gen #Sengal AJ naik mendadak pulak... =P