Hanya kerana RM 1.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ halfday.....
Abah kene masuk wad petang ni...
Tadi dari ofis AJ naik bas sampai Jalan Silang, pastu jalan sampai CM naik bas pulak sampai rumah....
Kebetulan pulak AJ naik bas yang dipandu oleh sorang pakcik ni.....
Pakcik memang kasar gile kalau cakap dengan penumpang.....
Last time AJ penah buat report pasal attitude dia.....
Bukan sekali tapi betkali-kali nampak dia herdik penumpang.....

Tadi kat 1 perhentian ni, naiklah sorang makhluk Allah memang dari negara India....
Dari pakaian dia, nampaknya dia pekerja pembersihan camtu....
AJ tak tau mane dia nak pegi... Tapi nampak dia bayar tambang RM 1....
Pakcik driver bas ni tak tau ape dia duk sok sek sok sek depan tu, tak jalan-jalan pulak....
Tetibe AJ dengar dia halau orang yang naik bas tu turun....
Berkali-kali dia suruh orang tu turun....
Dari butir bicara dia, AJ dengar macam dia minta orang tu bayar lagi RM 1....
Orang tu pun diam je.... Dia duduk seluk-seluk poket....
Lepas tu bile bas dah jalan, orang tu pun duduk....
Tetibe pakcik bas tu panggil dia balik...
"Ei.. Ane sini!" dengan nada kasar...
Terpinga-pinga dia bangun balik.....
Entah ape pakcik driver tu marah-marah dia.....
Dia diam je... Nasib dalam bas tu memang tak ramai orang...


Tetibe sorang pakcik ni panggil....
"Ane, mari sini.... Nak pegi mane?"
Orang tu pun tunjuk tiket.....
Pakcik tu terus bukak wallet hulurkan beberapa keping note warna biru.....
"Nah ambik ni... Pegi bayar lagi RM 1 tu.... Lain tu u simpan.."
Time tu sebaknya dalam hati AJ....
Mulia sungguh hati pakcik tu.....
Entah kenapa AJ sendiri macam tak amik pusing dari mula orang tu naik bas.....
Tapi bile pakcik tu hulur duit kat dia, terasa insaf dalam diri....
Semuanya hanya kerana RM 1...

P/s : Jangan terlalu bersikap tak ambil tau dan jangan terlalu bersikap menyibuk nak tau...


Baca Selanjutnya »

Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Abah merupakan salah seorang pesakit jantung sejak lebih 10 tahun yang lepas tak salah AJ....
Hari Rabu atau Khamis ni Abah AJ akan menjalani ICD di PPUM.... 
So AJ pun cari info serba sedikit mengenai proses ICD ni dan share dengan korang...
Penulisan AJ ni mungkin kurang bertepatan dengan terma-terma atau bahasa perubatan ni...
Apa yang AJ faham, AJ cuba kongsi dengan korang ye.....
Pape nanti hari Rabu atau Khamis AJ edit mana yang kurang tepat tu ye... =D


Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?

ICD ialah sebuah alat sebesar pager yang diimplan di bawah kulit bagi memantau jantung untuk mengesan apa-apa denyutan luar biasa dan menyampaikan kejutan elektrik bagi mengembalikan denyutan jantung.
Menerusi ICD, pesakit boleh dielak daripada SCA atau mati secara mengejut.. 

Siapa Yang Memerlukan ICD?

ICD ini akan diberikan kepada pesakit yang pernah ada (serangan jantung) dan terselamat.
Ianya juga digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah ventricular tachycardia (denyutan jantung cepat yang berbahaya) atau ventricular febrile (denyutan jantung cepat dan tidak teratur).

 Bagaiman ICD Dilakukan?

ICD tidak memerlukan pesakit membuat pembedahan besar.
Sebelum ICD dilakukan biasanya pesakit dibius dan kira-kira 2 inci panjang akan ditebuk di atas bahagian dada sebelah kiri.
Satu atau dua wayar nipis berpenebat akan dimasukkan melalui saluran vena ke jantung dan kemudiannya peranti akan disambungkan dan diprogra menguikut keperluan pesakit.
1 kantung akan dibuat di bawah lapisan kulit bagi menempatkan peranti dan kesan tebukan tadi akan dijahit..
Selepas itu doktor akan menguji peranti tersebut bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik...
Pesakit biasanya akan debenarkan pulang dalam masa 24-48 jam selepas proses ICD dijalankan....

Risiko ICD

ICD merupakan cara paling selamat dan efektif....
Hanya 1% bagi mereka yang melakukan ICD akan mengalami pendarahan pada tempat yang ditebuk, pneumotoraks (kebocoran udara dari paru-paru) , risiko infeksi jangka panjang dan malfungsi pada peranti... Pendek kata takde risiko sangatlah ICD ni....
So bagi mereka yang perlu menjalani ICD, tak perlu risau....
Sebab dah ramai yang jalani proses ini....

Itu sahaja yang dapat AJ kongsikan dengan korang......
Nanti AJ cuba betulkan dan tambah mana yang perlu lepas cakap lebih lanjut dengan doktor Abah nanti.....
Jangan lupa doakan kesihatan Abah AJ selalu ye korang....
Oh ya, kesihatan Mak AJ jugak tau... =D
 AJ pun mendoakan kesejahteraaan kalian semua...
Aminnn... =D

P/s : Mula-mula risau jugak...
Tapi bila baca pasal ICD ni tak bahaya dan efektif, lega sikit hati AJ....



Baca Selanjutnya »