Senarai Barangan Yang Perlu Dibawa Kala Percutian...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mood cuti dah tiba!!!!
Tak kisahlah bercuti dalam negara atau luar negara....
Jauh beribu batu atau sekangkang kera.....
Barang-barang penjagaan diri, perhiasan mesti kene bawak kan.....
Tak lengkap kot bercuti kalau ade terlupa bawak sesuatu....
Dah tak pasal bajet percutian tu, terpaksa dikeluarkan sikit untuk beli barang yang kita tinggal tu...


Berikut merupakan senarai barang yang perlu dibawa kala percutian...
(Versi cuti AJ)

1. Pakaian yang mencukupi
Kala bercuti, bawaklah bekalan pakaian yang mencukupi...
Janganlah cuti 2-3 hari, packing baju macam sebulan...
Begitu jugak sebaliknya.....
Tapi kekadang ade jugak sesekali terover bawak baju... Hahahhahha.....
Make sure bawak baju yang sesuai dengan tempat percutian.....
Takkan la cuti tepi pantai, bawak winter coat berpasang-pasang pulak... =P

2. Barangan keperluan peribadi
Mungkin nampak remeh, tapi tanpa barangan-barangan peribadi ni kurang lengkap rasanya perjalanan kita....
Yelah takkan setiap kali cuti, semua kene beli di kawasan percutian...
Buatnya produk yang sesuai dengan kita tu takde kat tempat percutian kita tu, tak ke haru nak mencari?
Kalau AJ sendiri, baik bawak dari rumah je... Takpelah beg berat sikit....
Lagi pulak kulit AJ jenis tak sesuai dengan semua produk.... Produk tertentu je...

3. Sunblock / Krim Tabir Suria
Ini wajib dibawa... Tak kiralah cuti dalam hutan ke, gunung-ganang ke, tepi tasik ke, laut ke...
Perubahan cuaca yang tak menentu ni lagilah kene bawak....
Sekurang-kurangnya kulit tak terlalu terdedah kepada cahaya UV yang berlebihan kan.....
AJ pulak pantang berpanas terik... Kulit immediately terus berbelak, pedih....

4. Aloe Vera Gel
Lepas seharian meneroka dan menikmati percutian, kulit mesti akan terselar dek panahan matahari...
So, lepas membersihkan diri dan kala merehatkan tubuh badan diwaktu malam tu, ape kata sapukan aloe vera gel di kawasan kulit yang duk berjemur siang hari tadi....
Selain menyejukkkan kulit, ianya juga membantu mengurangkan kesan selaran matahari tu....
Lepas tu kalau rajin, AJ akan bawak sekali aloe vera mask untuk muka....
Kalau tak, yang gel tu AJ tadahkan kat muke.... Kihkihkih... =P

5. Alat Solek / Mekap (ikut keperluan)
AJ tanpa peralatan mekap memang tak lengkap walaupun kadang tu takde rase nak bermekap....
Tapi berpada-padalah ye...
Cukup sekadar bedak padat, mascara, pemerah pipi dan lipgloss..
Jangan pulak duk angkut barangan mekap macam nak pegi show.....
Mekap senipis (nude make up) mungkin paling sesuai kala bercuti....
(Hakikatnya ade jugak selit-selit yang tak perlu contohnya lipstick merah mak ngah, eyeshadow bagai.. =P)

6. Kaca Mata dan Topi
Kaca mata itu adalah aksesori wajib bagi seorang AJ....
Bile bercuti, AJ akan pastikan bawa sekurang-kurangnya sepasang kaca mata.....
Kalau topi pulak, AJ ikut tempatlah...
Takdelah 24 jam bertopi kan..... Tapi kalau tepi pantai, harusssss bawa topi cam Fazura dalam filem pisau cukur ok.... =P

7. Kasut dan Sepatu 
AJ selalunya pakai jelly shoes je nak kemana-mana..
Macam tu jugak kalau bercuti....
AJ akan pakai siap-siap kasut jelly tu dari rumah dan bawak selipar extra...
Bukan 24 jam nak berkasut... Kaki pun nak bebas berlitup jugak sesekali tu....

8. Tuala Mandi
Ini penting! Ramai yang selalu lupa bawak tuala masa bercuti... AJ terkategori sekali la..
Semuanya bajet tuala disediakan di tempat penginapan...
Tapi itu ketika menginap kat hotel... Kalau tak? Nak pakai tuala ape.....
Macam AJ selalu cuti beramai-ramai dengan kengkawan....
So tuala tu macam limited walau disediakan...
So lebih elok bawak sendiri punya kan..... =D


Ape lagi ek....???
Rasenye ini je la yang perlu diusung dan diangkut kala percutian....

P/s : Tik tok tik tok....
Less than a week yowww!
Yeayyy!!! My vacay just around the corner =D


Baca Selanjutnya »

Misi Mencari Baju....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Menginjak ke musim cuti persekolahan, makanya banyaklah kenduri kendara yang perlu dihadiri......
Dan seorang AJ pun mulalah misi dia mencari baju....
Bukanlah untuk semua kenduri nak kene cari baju...
Kalau macam tu, tokey balak pun bankupt woooo...... =P


Awal disember nanti kenduri cousin AJ kat Kelantan....
Temanya warna hijau..... Jenuh AJ punggah almari cari yang warna hijau...
Ade tu memang ade.... Tapiiiii.... Tak sesuai nak dipakai kat sana...
AJ plan nak cari jubah dress je macam yang AJ beli kat nile dulu....
Bile tengok, takde pulak warna hijau yang menarik perhatian...
Minggu lepas AJ pegi butik kat Klang Lama... Unfortunately, size AJ takde....
AJ ni kategori petite... Baju ready made memang susah nak cari size....
Kalau ade pun limited.... Nak pulak baju kurung, jubah dress etc.....
Nak tempah memang tak sempat.... =(
Pegi TS aritu pun tak jumpe size.... Waaaaaaaaaaaaaaa......
Tengok kat zawara semua XS banyak dah out of stock.... S pun dah takde...
Kalau-kalau korang tau memane online shop or ig yang jual any jubah dress untuk petite, tolong bagitau AJ ye......

Lepas tu, awal Januari pulak majlis my long lost bestfriend.....
Dah bertahun-tahun AJ tak jumpe dia......
Last week dia call jemput datang majlis dia....
Dan AJ diberi mandat jadi pengapit dia..... Haaaaaa.. Kemain ayat Mak Jemah kuar kan... =P
Tak sangka, dah lame gile tak jumpe dia bagi AJ jadi pengapit dia...
AJ cakap ingatkan ade kawan lain jadi pengapit.....
Dia cakap "kawan is kawan, but bestfriend is different... Nak pulak ko dah macam my sister..."
Terharu pulak AJ dengan ayat tu......
So dia provide kain, nanti AJ pegi tempah je.....
Ok still got time.... =D
Cuma sekarang ni misi mencari baju hijau je.....

P/s : Orang lain kawen, orang lain super duper excited kannnn...


Baca Selanjutnya »