Travelog AJ : Sedikit Info dan Sejarah Pulau Pangkor


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

22 - 25 November lepas, AJ pegi bercuti dengan kawan-kawan....
Lokasinya Pulau Pangkor, Perak....
Kami dah plan percutian singkat ni dari bulan September lagi.....
Sambil nak bawak anak cuti sekolah, sambil rehatkan fikiran dari kesibukan kerja semualah cite dia....
Ehhhh!!!! Bukan anak AJ, anak kawan AJ tau..... AJ tumpang holiday je....
Hehehehhehehehhe.....


Sedikit info mengenai Pulau Pangkor.

Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi percutian dan perlancongan utama di Malaysia.
Terletak di negeri Perak dan di perairan Selat Melaka.
Pulau Pangkor berkeluasan 2,200 hektar dengan kira-kira 25,000 penduduk.
Terdapat beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancing antaranya Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Puteri Dewi, Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah.

Sejarah Pulau Pangkor.

Pulau Pangkor sememangnya terkenal sejak sekian lama....

Pada tahun 1670, Belanda menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari Negeri Perak dan Kota Belanda dibina bagi menyimpan bijih timah serta lain-lain dagangan dari negeri Perak.
Aktiviti lanun pula selalu terjadi di Selat Dinding.

Pada tahun 1874, Sir Andrew Clarke iaitu Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor.
Dalam perjanjian ini, Sultan Abdullah telah diikhtiraf sebagai Sultan Perak seperti yang dipersetujui.
Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga telah bersetuju untuk berdamai dan ini telah mengunyungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

Sumber : Wikipedia


Haaaaaa......  Dah tau kan sedikit info dan sejarah Pulau Pangkor?
Selama 4 hari 3 malam kat situ, AJ tak banyak pun pusing pulau...
Selain pegi dengan niat nak relax, cuaca pun tak berapa mengizinkan......
Sekejap cerah dan lepas tu hujan je sebelah petang...
Tapi AJ sempatlah melawat Kota Belanda, snorkeling dan beriadah sekejap sekitar pulau....
Seronok sangat dan rase tenang je sepanjang percutian tu tau.... =D


Okaylah, next entry AJ ceritakan pulak pasal aktiviti 4 hari 3 malam di Pulau Pangkor....

P/s : Tetiba rase macam nak holiday lagi...
Huhuhuhu....

Baca Selanjutnya »

Sibuk dan Sibuk!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lately ni AJ memang busy sangat.... Sebab banyak cuti, keje pun banyak terkumpul la kan... =D
Start balik Pangkor aritu, sampailah sekarang... Apepun AJ tak sempat nak update..
Kalau ade pun sikit-sikit je supaya tak bersawang blog AJ ni... =D


Ini pun AJ baru ke balik dari Kelantan since Jumaat lepas....
AJ attend majlis perkahwinan cousin dan amik peluang pusing-pusing Kelantan....
Memang puas berjalan la cite dia.....
Bukan puas berjalan je... Duit pun berjalan sama... Huhuhu.....

Bayangkanlah, barang kat sane boleh dikatakan murahlah jugak kalau nak dibandingkan dengan harga kat KL ni.....
Tempat tinggal kat sana AJ tak payah nak risau, sebab abang AJ yang nombor 2 tu memang dah menetap kat sana.... Tang tu dah jimat kan....
Hehehhehehehhe....

Tapi seriously, kalau kesana memang kene bawak duit banyak2 lepas tu tak payah bawak pape dari KL.... Hahahhahaa....
Ini ayat budak gila shopping!
Untunglah orang yang kampung dia kat sana kan kan kan......

Arini kire maca, rest day AJ la....
Nasib baik AJ apply cuti extra sehari... =D
Kalau tak memang lemau kot...

P/s : Home sweet home...
Anak-anak kucing pun sihat nampak gayanya...


Baca Selanjutnya »