Hi P1 Wimax!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Setelah dikira, ditambah, ditolak dan dibahagi..... Akhirnya AJ memlih P1 Wimax sebagai portable wifi AJ......
Selama ni, AJ pakai mobile data dari maxis dan tunetalk....
Tetiap bulan memang 2 data ni hidup je......
Lepas tu AJ ade 1 lagi nombor tambahan untuk AJ maintain selain maxis dan tunetalk tu.....
Kat rumah memang AJ pakai Unifi je untuk segala gadget yang AJ ade...
Cuma yang on the go tu la yang AJ duk fikir-fikir...

Memula ingat nak amik YES 4G tu... Sebabnya kakak ipar AJ cakap dia pakai internet tu okay jugak....
Tapi dia kate data dia dalam 4GB je sebulan.... Tu pun tak salah AJ RM58 ke RM68 ntah....
Lepas tu last month mase pegi Pikom PC fair, kawan AJ ade tanye jugak...
Orang tu cakap sebulan dalam berapa puluh je dan dapat freee tablet...
Mula macam teruja jugak... Tapi bile cakap mifi modem tu ade warranty setahun je terus tak jadi....

Kitorang pun duk compare antara YES dengan P1....
Dah compare tu AJ pilih P1...


Sebab AJ pilih P1???

1. Peranti dia tu lifetime warranty.... So kalau kate peranti korang tu dah 100 kali rosak, makanya 100 kali la korang boleh tukar secara PERCUMA!

2. Sebulan AJ maintain topup dalam RM160++... (Anggaran kasar)
Yelah maxis data sahaja dalam RM68, tunetalk pun RM68... Itu data sahaja tau....
Itupun untuk 3GB setiap 1...
Kalau untuk call semua ade la topup extra RM 20-RM30 setiap 1 line tu....
AJ ade 3 nombor untuk maintain, yang U-mobile tu pun selalunya miss sokmo topup... :(

3. P1 wimax ni Unlimited data... Diulang UNLIMITED!
Harganya pulak RM109 sebulan.... Jimatlah sikit kan dari asik nak topup je....
Gadjet AJ yang boleh guna wifi ni pulak ade 4... =P
Memang extra jimatlah!

4. Peranti dia pun comel je, mudah nak diusung kehulu kehilir...
Lepas tu tahan lama jugak bateri dia....
AJ try semalam dari start activate pukul 3 petang tu sampailah ke tengah malam, bateri dia still bertahan...
Tu pun siap share lagi wifi tu dengan Mr. JR dan kengkawan lain.....

Ni je la kot...
AJ pun baru pakai sehari je... Tak boleh nak komen panjang lebar....
Pasal coverage pulak, AJ kene try bawak mende alah tu merayap sini sana dulu....
Barulah boleh story morry lagi....
Korang pun jangan tanye AJ soalan extreme sangat! AJ newbie lagi pakai peranti ni.... =D

So say HI to my new friend!
P1 WIMAX..
Be good okay! =D

P/s : Such a wifi freak! Hahahhahaha..
Takde wifi ke internet ke tak boleh hidup gamaknya... =P



Baca Selanjutnya »

Pemenang New Year Giveaway Eversoft Skinz Yoth Recall by AJ


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pertama sekali AJ minta maaf lambat keluarkan senarai pemenang ni....
Keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan....
Walau bagaimanapun, AJ dah laksanakan tugasan pemilihan pemenang ni....


Kini, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba....
AJ dengan ini nak mengumumkan 5 orang pemenang bagi "New Year Giveaway Eversoft Skinz Yoth Recall by AJ"
 Sebelum AJ umumkan pemenangnya, AJ nak ucapkan jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang turut sama membantu AJ dalam urusan pemilihan pemenang..
Tanpa mereka, susah jugak AJ nak pilih.... =D

Tanpa berlengah AJ dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim mengumumkan 5 orang pemenang yang bertuah ini....

1. http://adna2029.blogspot.com/2014/12/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

2. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/12/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

3. http://sallyyatiey.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

4. http://miszrockers.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

5. http://khatijahnurain.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

Sekalung tahniah AJ ucapkan buat kalian.....
Pemenang boleh memberikan detail (Nama penuh, alamat, link blog, email dan nombor telefon)
melalui PM di facebook Ayue-Jer Rejaluddin ataupun email kepada ayuejean@gmail.com
sebelum atau pada 20 Januari 2015.
Sekiranya anda gagal berbuat demikian, pemenang lain akan dipilih....

Keputusan adalah muktamad hasil pilihan bersama dengan rakan-rakan lain...
Bagi yang tidak terpilih, jangan berkecil hati dan bersedih okay...
Terima kasih kerana sudi menyokong dan join Giveaway pertama AJ ni...
Insyaallah, ade rezeki AJ akan anjurkan Giveaway lagi.....

P/s : Baru tau memang susah nak pilih....

Baca Selanjutnya »