MH370 | Kemalangan : Semua Mangsa Diisytiharkan Terkorban


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Setelah 10 bulan hilang tanpa khabar berita, semalam MH370 diisytiharkan sebagai satu kemalangan dan semua mangsa yang terlibat diisytiharkan sebagai terkorban...
Sedihnya dengar berita tu...... Macam manalah agaknya perasaan ahli keluarga diorang.....
Kita yang non-related ni pun terasa bila dengar pengumuman tu....
Terkorban tapi takde apa-apa tanda atau jasad dimana-mana.....
Hilang, lenyap macam tu je.....

Doa AJ semoga ahli keluarga MH370 terus tabah dalam menghadapi kenyataan perit ni.....
Hendak dikatakan mati, mayat dan jasadnya tiada....
Hendak dikatakan hidup, tiada juga sebarang petanda....
Semoga akan ade petunjuk yang sahih suatu hari nanti.....


P/s : MH370 takkan luput diingatan...

Baca Selanjutnya »

Selamat Tinggal Gemul....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Hari ahad yang sedih buat AJ......
Khamis lepas, AJ hantar kucing AJ pegi vet...
Tak tau kenapa tetibe kat bahagian hidung dan pipi dia bengkak....
Lepas tu kucing AJ pun monyok, takmo makan.....


Doc kate, simptom dia tu nampak macam sporo...
Tapi kucing AJ ni indoor.... So memang chances unuk dijangkiti sporo tu tersangatlah kurang....
Bila diagnose, memang kucing AJ bebas dari penyakit tu....
AJ pun tak tau kenapa... Dia macam kene sengat something je nampak.....

Semalam AJ datang jenguk dia kat vet, doc cakap hidung dia dah start berdarah.....
AJ bersihkan hidung dia sebab dia takmo orang lain usik bahagian tu.....
Di pun duk ngiau-ngiau lemah je masa AJ dukung, peluk dia tu......
Doc cakap keadaan dia agak membimbangkan..... =(

Tadi dalam pukul 1 lebih, AJ dapat call dari vet...
Gemul dah takde.... Terus airmata AJ berjurai-jurai jatuh...
Takpelah Gemul, dari terseksa baiklah Gemul pegi.....
Mummy sayang Gemul.... Walaupun jodoh kita ni tak panjang.....
Sekurang-kurangnya seksa Gemul dah habis..... 
Sekejap lagi AJ nak pegi amik Gemul kat vet dan tanam dia.... 
Ya Alllah... Sedihnya perasaan.....

Gambar terakhir Gemul malam tadi....

I know u will left me.... I can feel it last night when the doc said u're in a critical condition...
Goodbye Gemul... U will be missed my naughty boy...

P/s : Selamat tinggal Gemul..... =(

Baca Selanjutnya »

Hi P1 Wimax!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Setelah dikira, ditambah, ditolak dan dibahagi..... Akhirnya AJ memlih P1 Wimax sebagai portable wifi AJ......
Selama ni, AJ pakai mobile data dari maxis dan tunetalk....
Tetiap bulan memang 2 data ni hidup je......
Lepas tu AJ ade 1 lagi nombor tambahan untuk AJ maintain selain maxis dan tunetalk tu.....
Kat rumah memang AJ pakai Unifi je untuk segala gadget yang AJ ade...
Cuma yang on the go tu la yang AJ duk fikir-fikir...

Memula ingat nak amik YES 4G tu... Sebabnya kakak ipar AJ cakap dia pakai internet tu okay jugak....
Tapi dia kate data dia dalam 4GB je sebulan.... Tu pun tak salah AJ RM58 ke RM68 ntah....
Lepas tu last month mase pegi Pikom PC fair, kawan AJ ade tanye jugak...
Orang tu cakap sebulan dalam berapa puluh je dan dapat freee tablet...
Mula macam teruja jugak... Tapi bile cakap mifi modem tu ade warranty setahun je terus tak jadi....

Kitorang pun duk compare antara YES dengan P1....
Dah compare tu AJ pilih P1...


Sebab AJ pilih P1???

1. Peranti dia tu lifetime warranty.... So kalau kate peranti korang tu dah 100 kali rosak, makanya 100 kali la korang boleh tukar secara PERCUMA!

2. Sebulan AJ maintain topup dalam RM160++... (Anggaran kasar)
Yelah maxis data sahaja dalam RM68, tunetalk pun RM68... Itu data sahaja tau....
Itupun untuk 3GB setiap 1...
Kalau untuk call semua ade la topup extra RM 20-RM30 setiap 1 line tu....
AJ ade 3 nombor untuk maintain, yang U-mobile tu pun selalunya miss sokmo topup... :(

3. P1 wimax ni Unlimited data... Diulang UNLIMITED!
Harganya pulak RM109 sebulan.... Jimatlah sikit kan dari asik nak topup je....
Gadjet AJ yang boleh guna wifi ni pulak ade 4... =P
Memang extra jimatlah!

4. Peranti dia pun comel je, mudah nak diusung kehulu kehilir...
Lepas tu tahan lama jugak bateri dia....
AJ try semalam dari start activate pukul 3 petang tu sampailah ke tengah malam, bateri dia still bertahan...
Tu pun siap share lagi wifi tu dengan Mr. JR dan kengkawan lain.....

Ni je la kot...
AJ pun baru pakai sehari je... Tak boleh nak komen panjang lebar....
Pasal coverage pulak, AJ kene try bawak mende alah tu merayap sini sana dulu....
Barulah boleh story morry lagi....
Korang pun jangan tanye AJ soalan extreme sangat! AJ newbie lagi pakai peranti ni.... =D

So say HI to my new friend!
P1 WIMAX..
Be good okay! =D

P/s : Such a wifi freak! Hahahhahaha..
Takde wifi ke internet ke tak boleh hidup gamaknya... =P



Baca Selanjutnya »

Pemenang New Year Giveaway Eversoft Skinz Yoth Recall by AJ


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pertama sekali AJ minta maaf lambat keluarkan senarai pemenang ni....
Keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan....
Walau bagaimanapun, AJ dah laksanakan tugasan pemilihan pemenang ni....


Kini, masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba....
AJ dengan ini nak mengumumkan 5 orang pemenang bagi "New Year Giveaway Eversoft Skinz Yoth Recall by AJ"
 Sebelum AJ umumkan pemenangnya, AJ nak ucapkan jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang turut sama membantu AJ dalam urusan pemilihan pemenang..
Tanpa mereka, susah jugak AJ nak pilih.... =D

Tanpa berlengah AJ dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim mengumumkan 5 orang pemenang yang bertuah ini....

1. http://adna2029.blogspot.com/2014/12/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

2. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/12/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

3. http://sallyyatiey.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

4. http://miszrockers.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

5. http://khatijahnurain.blogspot.com/2015/01/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html

Sekalung tahniah AJ ucapkan buat kalian.....
Pemenang boleh memberikan detail (Nama penuh, alamat, link blog, email dan nombor telefon)
melalui PM di facebook Ayue-Jer Rejaluddin ataupun email kepada ayuejean@gmail.com
sebelum atau pada 20 Januari 2015.
Sekiranya anda gagal berbuat demikian, pemenang lain akan dipilih....

Keputusan adalah muktamad hasil pilihan bersama dengan rakan-rakan lain...
Bagi yang tidak terpilih, jangan berkecil hati dan bersedih okay...
Terima kasih kerana sudi menyokong dan join Giveaway pertama AJ ni...
Insyaallah, ade rezeki AJ akan anjurkan Giveaway lagi.....

P/s : Baru tau memang susah nak pilih....

Baca Selanjutnya »

Akhirnya.... Kalah Dengan Demam!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Sejak dari minggu lepas, AJ dah rasa tak sedap badan...
Mungkin penat sangat tambah kurang rehat kot.....
Seawal Januari memang macam-macam yang nak dikejar dan diselesaikan.....
Alhamdulillah... Now banyak yang dah settle....

Ahad lepas AJ dah start srot sret srot sret (selsema)...
Diikuti pulak dengan tekak yang dah start perit....
Tapi AJ cuba jugak bertahan......
Akhirnya.... Semalam AJ kalah jugak dengan demam.... Huhuhuhuh...
AJ pegi jugak ofis... Diorang suruh balik awal pun AJ refuse...
Yelah, dah sampai pun ofis kan....
Walau kebas-kebas badan pun gigihkan jugaklah....

Petang semalam balik keje terus pegi klinik.....
Dah tu, doc bagi la MC hari ni.....
Kalah jugak aku dengan demam....
Takpelah, Alhamdulillah.... Sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil... =D


Sekarang ni, ko hadaplah ubat setimbun tu...
Huhuhuhuhu.....
Part ni yang lemah ni bila sakit...
Makan ubat!!! Tidakkkkkkkkk.......

P/s : Ade  bende lagi kene buat....

Baca Selanjutnya »