Internet DOWN!!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Keadaan yang menyukarkan bagi seorang blogger dan social freak like me!
Semalam sehari suntuk internet down.....
Baik P1, baik Unifi..... Perghhhhh.. Memang terbaik....!
AJ pun tak tau apa maslahnya lately internet kerap down kat kawasan AJ...
Mungkin tengah maintain system ke ape, wallahualam.....
Perkara-perkara macam ni sebenarnya agak menyukarkan......
AJ tak boleh nak berblog, lepas tu ade beberapa perkara yang tak dapat nak diselesaikan ikut waktu sepatutnya...

 Perlu tak buat gini??? Hehehehhe...

Semalam makan kat Menara Hup Seng kat tengah-tengah Kotaraya Kuala Lumpur pun takde line....
Ya ampun... Sakit pulak hati kita ni.....
Rase nak campak je peranti tu.... Kalau nak kata tak bayar bil, memang taklah....
Alhamdulillah, buat masa ni takde ape yang tertunggak....
In future tak taulah..... Harap-harap rezeki tu adeje la.... =D

Arini internet masih lagi suam-suam kuku.. Tapi masih boleh gunalah compared dengan semalam......
Hopefully sementara je la internet problem ni......

P/s : Busy pulak few days ni....
Ohhhh... Closing week... =D

Baca Selanjutnya »

Cinderella : Best Sangat!

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Cinderella, semua orang mesti familiar dengan fairytale seorang gadis bernama Ella yang mulanya hidup bahagia bersama keluarga.....
Selepas kematian ibu dan bapanya berkahwin lain, hidup Ella mulai berubah....
Dia diperhambakan oeh ibu dan 2 orang kakak tirinya lebih lagi lepas kematian bapanya tak lama selepas berkahwin...
 Dia digelar Cinderella oleh ibu dan kakak tirinya sebagai 1 penghinaan...
Bertemu Putera Raja didalam hutan yang memperkenalkan diri sebagai pemburu bernama En Kit dan jatuh cinta, hadir ke majlis tari menari dengan kenderaan dan pakaian serba indah dengan bantuan Fairy Godmother....
Melarikan diri tepat jam 12 tengah malam dan tertinggal sebelah kasut kaca....
Putera Raja berjaya menjejaki Cinderella melalui kasut kacanya.....
Dan akhirnya mereka hidup aman damai dan bahagia.....


Walaupun plot cerita Cinderella semua orang dah tau dan dah boleh jangka, korang kene jugak tengok Filem Cinderella ni....
Pelbagai emosi digarapkan dalam cerita antaranya sebak, sedih, kelakar, mendebarkan dan mengagumkan....
AJ paling suka part yang Cinderella jumpa Fairy Godmother dia tu....
Terpegun sangat mase dia tukarkan labu, tikus,angsa dan cicak jadi kereta kuda, pengiring dan pemandu....
Paling best time dia tukarkan dress Cinderella dan kasut kaca.....
Ya ampunnnnn..... Cantik sangat dress tu....
Sampaikan AJ cakap kat Mr.JR "kawen nanti dress i mesti macam tu..."
Lagi 1, dress masa perkahwinan Putera Raja dan Cinderella..... Cantik!

The super duper awesome dress!!!

AJ memang teruja sangat dapat tengok Cinderella.....
AJ bagi 10 bintang untuk filem ni....
Special thanks to Mr.JR sebab sudi temankan jiwa kanak-kanak AJ ni.....
Tak pasal kene layan cerita Fairytale....
Korang kene tengok! Rugi sangat tak tengok....

I'm 29 years old and insisting to watch Cinderella.... Who cares??? Hehehehe.....

"HAVE COURAGE AND BE KIND" - Cinderella

P/s : I wish life could be the same as Fairytale...
"Happily ever after" (*^﹏^*)



Baca Selanjutnya »

Tak Nampak Pun Hot Air Balloon?

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Semalam AJ ke Putrajaya, niat hati nak tengok Hot Air Balloon.....
Tapi sampai je kat Monumen Alaf Baru tu, seketul hot air balloon pun AJ tak nampak.....
Yang "Night Glow" tu kene beli tiket secara online.... AJ bukak website dia few days before tak dapat nak beli pulak.... Maybe dah abis la kot sebab tiket dia limited up to 300 visitor per day....

Pic *Google*

Or maybe AJ pegi salah time kot....
Tu pasal takde belon udara panas kat ruang udara tu......
AJ ade update status kat FB....
Ade sorang kawan AJ komen kemungkinan salah timing tu....
Lepas tu komen yang sorang lagi tu, dia cakap mase dia pegi dia diberitahu yang belon udara panas tu takboleh terbang sebab angin terlalu kuat.....
Hurmmmm.... Mungkin takde rezeki kot nak tengok.... Lain kali je la cite dia....
Tu pun kalau ade lagi la.... Hehehehehe.....

Frust sekejap..... Nasiblah kat situ dah ade IOI City Mall.... Hehehehehhe.....
Last-last sebelum balik lepak kedai mamak kat Precint 9..... ≧﹏≦

P/s : Yo yo oo je AJ bawak kamera bagai....
Penyudahnya amik gambo bangunan je....


Baca Selanjutnya »