Little Rara Thai Noodle House, Jalan Kia Peng

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sape suka makan Thai Noodle kat sini?? Angkat tangan!!!
Okay dalam ramai-ramai yang membaca ni (ramai ke), mesti ade yang suka kan???


Okay meh sini AJ nak bagitau pasal 1 stall thai noodle ni.........
Name stall tu Little Rara Thai Noodle House.....
Lokasinya agak tersorok sikit di Jalan Kia Peng....
Landmark dia senang je... Berdekatan Pavillion je.....
Kalau dari Pavillion, jalan kaki pun boleh.....
Stall Little Rara ni terletak di antara Restoran Hakka dan Menara HLA....
Dekat kelab Orange lama.... Sekarang dah jadi Pixie Mansion.....
Tau? Kalau tak tau waze je, mesti jumpa.... =D

Apa yang bestnya kat Little Rara ni???
Semestinya Thai Boat Noodle!
Kat sini korang boleh pilih nak noodle yang berkuah ataupun dry.....
Lepas tu mi dia pun boleh pilih sama ada mi thai, maggi dsbnya.....
Portion dia besar.... Tak macam kat restoran boat noodle yang femes tu.....
Tapi AJ mampu makan 2 mangkuk.....
Rase dia pedas mengancam! Walaupun pedas tetap jua ku telan sampai kebas-kebas mulut....
Pekena pulak dengan kombinasi Teh Ais Thai.... Lagi bertambah sedap dia....



Thai Noodle Berkuah dan "Dry"

Lepas tu, kat sini korang kene try Beef Grill dia....
Cecah pulak dengan sos yang pedas-pedas masam.... Pergghh meleleh ayaq lioq! Hehehehehe.....
Kalau ade yang kurang gemar thai noodle, korang boleh cuba makanan bergoreng jugak....
Tapi yang goreng-goreng sampai 10.30 malam je....

Beef Grill

Minuman pulak macam biase la dan beberapa jenis minuman botol thai....
Ehemmmm... Non alcoholic okay....
Kat sini makanan yang dihidangkan dijamin halal.... =D


Sebarang info korang boleh rujuk FB Little Rara Thai Noodle House

Bukti sedap! Tapi muka cam nak nangis pasal pedas ya amat..... =P

P/s : Support bisnes kengkawan.... =D

Baca Selanjutnya »

Internet DOWN!!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Keadaan yang menyukarkan bagi seorang blogger dan social freak like me!
Semalam sehari suntuk internet down.....
Baik P1, baik Unifi..... Perghhhhh.. Memang terbaik....!
AJ pun tak tau apa maslahnya lately internet kerap down kat kawasan AJ...
Mungkin tengah maintain system ke ape, wallahualam.....
Perkara-perkara macam ni sebenarnya agak menyukarkan......
AJ tak boleh nak berblog, lepas tu ade beberapa perkara yang tak dapat nak diselesaikan ikut waktu sepatutnya...

 Perlu tak buat gini??? Hehehehhe...

Semalam makan kat Menara Hup Seng kat tengah-tengah Kotaraya Kuala Lumpur pun takde line....
Ya ampun... Sakit pulak hati kita ni.....
Rase nak campak je peranti tu.... Kalau nak kata tak bayar bil, memang taklah....
Alhamdulillah, buat masa ni takde ape yang tertunggak....
In future tak taulah..... Harap-harap rezeki tu adeje la.... =D

Arini internet masih lagi suam-suam kuku.. Tapi masih boleh gunalah compared dengan semalam......
Hopefully sementara je la internet problem ni......

P/s : Busy pulak few days ni....
Ohhhh... Closing week... =D

Baca Selanjutnya »

Cinderella : Best Sangat!

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Cinderella, semua orang mesti familiar dengan fairytale seorang gadis bernama Ella yang mulanya hidup bahagia bersama keluarga.....
Selepas kematian ibu dan bapanya berkahwin lain, hidup Ella mulai berubah....
Dia diperhambakan oeh ibu dan 2 orang kakak tirinya lebih lagi lepas kematian bapanya tak lama selepas berkahwin...
 Dia digelar Cinderella oleh ibu dan kakak tirinya sebagai 1 penghinaan...
Bertemu Putera Raja didalam hutan yang memperkenalkan diri sebagai pemburu bernama En Kit dan jatuh cinta, hadir ke majlis tari menari dengan kenderaan dan pakaian serba indah dengan bantuan Fairy Godmother....
Melarikan diri tepat jam 12 tengah malam dan tertinggal sebelah kasut kaca....
Putera Raja berjaya menjejaki Cinderella melalui kasut kacanya.....
Dan akhirnya mereka hidup aman damai dan bahagia.....


Walaupun plot cerita Cinderella semua orang dah tau dan dah boleh jangka, korang kene jugak tengok Filem Cinderella ni....
Pelbagai emosi digarapkan dalam cerita antaranya sebak, sedih, kelakar, mendebarkan dan mengagumkan....
AJ paling suka part yang Cinderella jumpa Fairy Godmother dia tu....
Terpegun sangat mase dia tukarkan labu, tikus,angsa dan cicak jadi kereta kuda, pengiring dan pemandu....
Paling best time dia tukarkan dress Cinderella dan kasut kaca.....
Ya ampunnnnn..... Cantik sangat dress tu....
Sampaikan AJ cakap kat Mr.JR "kawen nanti dress i mesti macam tu..."
Lagi 1, dress masa perkahwinan Putera Raja dan Cinderella..... Cantik!

The super duper awesome dress!!!

AJ memang teruja sangat dapat tengok Cinderella.....
AJ bagi 10 bintang untuk filem ni....
Special thanks to Mr.JR sebab sudi temankan jiwa kanak-kanak AJ ni.....
Tak pasal kene layan cerita Fairytale....
Korang kene tengok! Rugi sangat tak tengok....

I'm 29 years old and insisting to watch Cinderella.... Who cares??? Hehehehe.....

"HAVE COURAGE AND BE KIND" - Cinderella

P/s : I wish life could be the same as Fairytale...
"Happily ever after" (*^﹏^*)



Baca Selanjutnya »