Review : Sephora Waterproof Eye Makeup Remover "the makeup eraser"


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bermekap dah jadi 1 kemestian untuk AJ dan sure wanita kat luar sana pun sama kan.....?
Tapi part yang paling malas mesti bile nak cuci mekap.....
Kadang tu sampai tidur dengan muka yang masih bermekap mampan.... Big NO! Tak elok untuk kulit....
Hurmmm... Selalunya tu la yang jadi... T_T
Lebih lagi bila dah balik lewat malam dengan badan yang letih.... [Yup that's me! Si pemalas cuci mekap kalau dah letih sangat....] <(ˍ ˍ*)>

Arini AJ nak review 1 produk yang AJ biase gunakan bagi menanggalkan sisa mekap pada wajah.....
Sephora Waterproof Eye Makeup Remover "the makeup eraser"!


Ianya tak spesifik hanya untuk mekap pada bahagian mata, tapi boleh digunakan untuk seluruh wajah....
Mudah dan senang...

First, ambil beberapa helai kapas muka....
Goncang dan titik beberapa titis cecair Sephora Waterproof Eye Makeup Remover "the makeup eraser" pada kapas dan oleskan secara lembut pada wajah....


Selalunya AJ akan mulakan dari bahagian mata sebab normally situlah paling banyak kita guna mekap... Eyeshadow, eyeliner, mascara etc...
Kemudian barulah AJ bersihkan bahagian bibir, kulit wajah dan leher.....


Make sure korang guna kedua-dua side kapas muka okay... Setiap side tu, lap wajah kite sekali dua je dan tukar kapas bile dah terlalu banyak kesan mekap....


Hasilnya....
Tada!!!! Kulit bebas dari segala sisa mekap...
Kemudian korang boleh berehat tanpa perlu risau apa-apa especially JERAWAT!!!... *^▁^*


Seeloknya lepas pakai "makeup remover", cucilah muka tu ye.... Barulah kulit kite betul-betul bebas dari sisa mekap...
Nak tau pencuci muka apa yang AJ pakai sekarang???
Stay tuned.... Nanti AJ akan review.....

Okaylah... Till we meet again....
Thanks for reading...

P/s : Beauty without pain! (*^﹏^*)

Baca Selanjutnya »

Pelancaran dan Preview Deanoor di Metrojaya Mid Valley


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Datin Noor Fatimah Ishak @ Datin Deanoor

 DEANOOR | Satu jenama yang tidak asing di peringkat Antarabangsa.
 Bermula pada tahun 1986 sebagai sebuah entiti perniagaan milik tunggal yang pakar dalam reka bentuk, pembuatan, pengeluaran pelbagai jenis fabrik eksklusif buatan tangan bagi golongan eksklusif dan elit.

Syarikat itu akhirnya menceburi pengeluaran eksklusif "Batik Kontemporari" di bawah nama jenama DEANOOR TM singkatan daripada nama pemiliknya Datin Noor Fatimah Ishak aka Datin Deanoor yang didaftarkan untuk pasaran tempatan dan antarabangsamyang memiliki pelanggan bukan sahaja terdiri daripada individu, malahan kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan juga VIP dan VVIP.


Pada tahun 2009 "DEANOOR TM" mengambil bahagian dalam pelbagai pameran di luar negara mempromosikan batik eksklusif kontemporari di bawah  MATRADE sehingga tahun 2011 dan telah mendapat maklum balas yang sangat menggalakkan terhadap "MASTERPIECES HANDPAINTED CONTEM BATIK MADE IN MALAYSIA"

Sebagai mengiktiraf sumbangan besar beliau dan semangat Datin Deanoor ke arah pembangunan fesyen, DEANOOR telah dianugerahkan "The Great Woman of our Times Award 2009" di bawah reka bentuk dan kategori gaya oleh "Malaysian Woman's Weekly Magazine"

"DEANOOR TM" telah menempa kejayaan dalam Minggu Fesyen Milan 2008 mempamerkan rekaan eksklusif kepada nama-nama besar seperti Luciano Soprani, Georgio Armani, Moschino dan Marella Burani...
DEANOOR juga mengambil bahagian dalam pameran fesyen sempena Minggu Fesyen Antarabangsa seperti;

1. Minggu Fesyen Mercedes Benz Berlin 2010
2. Fashion Expo Abu Dhabi 2009/2010
3. Malaysia Pameran Dubai UAE 2009/2010
4. Dubai Fesyen Fiesta 2008/2009
5. Bangkok Fesyen Islam 2010
Peristiwa 6. Jakarta Malaysia Amal 2011/2012
7. Indonesia Batik Summit 2012
8. Perdagangan Malaysia 2014
9. Malaysia Fashion Weekend 2014

Pada tahun 2012 pula telah membuka Pusat Latihan Membatik "Deanoor Milano" di Pusat Kraftangan Sabah di Keningau dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah.

Dan paling terbaru, DEANOOR akhirnya telah membuka butik yang pertama di tanah air iaitu di Gedung Mewah Metrojaya Sdn Bhd, Mid Valley bagi membolehkan DEANOOR menyalurkan produk eksklusif berkonsepkan batik. DEANOOR percaya kerjasama berprestij ini akan menjadi titik permulaan kepada jenama DEANOOR dalam memajukan industri dan rekaan batik di dalam dan luar negara...
DEANOOR juga bakal melebarkan sayapnya di tanah air dengan membuka sebuah lagi jenamanya di Johor Bharu.



Bergambar dan bersemuka dengan Datin Deanoor yag sangat friendly dan merendah diri =D

DEANOOR bukan sahaja menawarkan koleksi pakaian untuk wanita, malahan label DEANOOR juga mempunyai koleksi pakaian lelaki, aksesori dan juga selendang batik yang menarik perhatian dan semestinya eksklusif!



AJ berpeluang menjadi antara beberapa orang terawal yang mengunjungi DEANOOR di Gedung Mewah Metrojaya sangat bangga dan teruja melihat kehalusan dan hasil rekaan batik DEANOOR.

Syabas dan tahniah buat Datin Deanoor atas usahanya dalam memartabatkan batik ke persada tempatan dan antarabangsa!


Datin Deanoor dan Datin Djalina
Untuk lebih info mengenai label DEANOOR :

DEANOOR Milano Sdn Bhd
Datin Deanoor
Conceptual Exclusive Fashion Director
+603 41019856 
timiishak@deanoor.com.my
sabahbatik1957@gmail.com
bydeanoor@gmail.com
Website : deanoor.com.my
 Instagram : BatekPatek

Berikut antara koleksi DEANOOR yang diperagakan oleh artis dibawah naungan GSR Production  (Liza Semian, Lia Asmizza, Elya Miera, Ikram Rashid)


Terima kasih Datin Deanoor dan Datin Djalina atas kesudian menjemput kami hadir ke Deanoor Soft Launch and Preview, Metrojaya Mid Valley...
AJ doakan semoga usaha kalian akan semakin berkembang dari masa ke semasa... =D

 
P/s : Cantik!

Baca Selanjutnya »