Iftar Dengan Team Denaihati Network


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, AJ sempat meluangkan masa bersama team Denaihati Network di Caurosel, Palace of The Golden Horses 14 Julai yang lepas.....
Terima kasih Tuan Haji Amir dan teamnya yang sudi menerima kehadiran AJ....

Iftar ni santai je.... Ada beberapa orang blogger yang turut sama hadir....
Selain makan, macam-macam kami semua berkongsi cerita....
Pasal blog, pasal hal-hal semasa, pasal bisnes.....
Masa tu jugak AJ dapat rasa Codi Belle dan Codi Cafe.....
Sedapnyaaaa.. Insyaallah lepas raya nanti AJ nak join diorang consume dengan produk Codi ni.....

Masa iftar ni pulak AJ semeja dengan Abg Kid, Deqnoor..
So makan memang takde control-control dah since diorang pun sedia maklum AJ ni buruk lantak!
Hahahahhahahahha....
Dari masakan melayu, western, kambing, daging semua AJ try.... Kihkihkih....
Alhamdulillah.... Kenyang perut AJ dan partner in crime, Mr.JR....

Lagi sekali terima kasih buat Tuan Haji Amir dan team Denaihati Network sudi berkongsi dengan AJ....
Alhamdulillah... Mudah-mudahan bertambah rezeki kalian nanti....

Gambar pun tak banyak yang AJ amik....
Mehlah AJ belanja sekeping dua gambar....


Last but not least,
Partner in crime!


P/s : Dah abis dah episod iftar....
Nanti AJ buat entri raya pulak ye... =D

Baca Selanjutnya »

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masih lagi dengan entri Iftar yang tak abis lagi....
Heheheeee....

13 Julai AJ dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf di JW Marriot Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.....
Majlis ini diadakan dengan usaha sama Amelfawz Beaute, Mefmoda dan Serangkai Kreatif dianjurkan bersama FS Medical dengan kerjasama Cool Hijab.....
Terima kasih buat Halim dari HaiBlogger! sebab sudi jemput AJ.....


Majlis bermula seawal jam 5.30 petang....
AJ pukul 5 dah sampai dah.....
Maklumlah time tu jalan pun tak berapa jem dan dekat dengan ofis.....
Anak-anak yatim dan Asnaf yang diraikan pula sampai tak lama selepas tu....
Mereka semua datang dari 3 buah rumah kebajikan yang berlainan.....
Iaitu dari Rumah Titian Kasih, Rumah Darrul Kifayah dan Rumah Limpahan Kasih...
Alahai... Comel sangat anak-anak syurga ni.....
Sejuk mata AJ memandang..... Dalam pada sejuk, sinar mata diorang tu ade yang buat hati kecil AJ ni terusik...
Tak dapat nak gambarkan macam mana......


Majlis ni memang santai je....
Berbuka dan penyampaian sedikit cenderahati serta duit raya buat anak-anak syurga....
Seronok betul tengok anak-anak tu punya senyuman tau....
Lebih kurang 9 malam, majlis bersurai....

Macam biase jom kite tengok gambar yang sempat AJ snap semasa majlis tersebut berlangsung....


Okay last.......
Nak tanye ni, comel tak cik puan tanah??
#Ehhhh =P


P/s : 1 lagi entri Iftar yang AJ nak share dengan korang....
Lepas tu Raya! Yeayyy!!!!

Baca Selanjutnya »